Syabas dan tahniah kepada Dr. Zuliana binti Hassan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan serta Pensyarah Akademik yang terlibat telah berjaya melalui Sesi Pra Audit MQA bagi Kursus Bimbingan dan Kaunseling pada 02.10.2024, jam 8.30pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Bilik Dahlia, IPGM Kampus Ipoh.
Sesi Pra Audit ini dihadiri oleh Dr Mohd Zailani bin Ismail, selaku Panel/Task Force MQA dan Pakar Rujuk IPGM telah memberi bimbingan sewajarnya. Beberapa lawatan turut dilaksanakan.
Warga IPGM Kampus Ipoh telah memberi kerjasama yang sebaiknya.
Penyampaian cenderamata oleh Dr. Hj. Mohd Taufik bin Hj. Ahmed, Timb. Pengarah kepada Dr. Mohd Zailani bin Ismail, Panel/Task Force MQA.
Dr Mohd Zailani bin Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan