Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat JIP Bil.7/2025 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 30.12.2026
Hari : Selasa
Masa : 3.30pm
Tempat : Atas talian (GoogleMeet)
Mesyuarat berlangsung dengan jayanya. Pelbagai aktiviti JIP telah berjaya dilaksanakan dan menepati dengan sasaran sepanjang tahun 2025.
30.12.2026 : Mesyuarat JIP Bil.7/2025
19.12.2025 : Showcase Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi (Sesi 2)
Showcase Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi (Sesi 2) berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19.12.2025 (Jumaat)
Masa : 2.45pm - 5.00pm (sesi 2)
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.
19.12.2025 - Showcase Sempena Bengkel Penyelidikan dan Penulisan di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.
Showcase Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19.12.2025 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari (sesi 1)
2.45pm - 5.00pm (sesi 2)
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.
Ketua Kumpulan Penulisan membentang hasil penulisan jurnal dan sesi soal jawab berlangsung dengan jayanya.
19.12.2025 - Kepimpinan KPPB
Jabatan Ilmu Pendidikan menjayakan Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18-19 Disember 2025
Masa : 8.30 am - 4.30pm
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.
Slot perkongsian ilmu pada 19.12.2025, jam 8.00-10.00 pagi, berlangsung dengan Perspektif Kepimpinan KPPB yang disampaikan oleh Dr. Abd Hadi bin Mat Dawi. Perkongsian ilmu ini memberi impak kepada pensyarah selaku pemimpin dalam pelaksanaan KPPB di IPG.
18.12.2025 : Sambutan Hari Lahir Disember 2025.
Warga JIP mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tn Hj Mohd Nizam, Dr. Kanthasamy, Dr. Baskaran, Dr. Shuhada dan Dr. Zulliana yang menyambut hari kelahiran di bulan Disember 2025. Sambutan ini berlangsung di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.
18.12.2025 - Hari Keluarga JIP 2025 (Sesi 1)
Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan Hari Keluarga JIP 2025 di Virgo Batik Resort, Teluk Batik dengan pelbagai aktiviti. Setelah selesai berbengkel penulisan ilmiah, Pn Yumi mengendalikan 3 aktiviti kebersamaan Warga JIP:
1. Penukaran hadiah (bersama warga JIP)
2. Hadiah Khusus (Tajaan En Syed Jahangir)
3. Tepuk-tepuk Warna
Kebersamaan dan adrenalin kegembiraan jelas terpancar di wajah ahli JIP dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.
18.12.2025 : Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah
Syabas dan tahniah. Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18-19 Disember 2025
Masa : 8.30 am - 4.30pm
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.
Bengkel ini dirancang khusus untuk pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini bertujuan memperkasa kemahiran penyelidikan dan menulis karya akademik berkualiti, meningkatkan penerbitan ilmiah serta menyumbang kepada perkembangan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan penulisan di peringkat institut dan kebangsaan.
10.12.2025 - Tahniah Dr. Ganesan : INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD (Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa)TAHUN 2025
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh kerana menerima Dua INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD ( Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa) bagi tahun 2025 seperti berikut:
1. Anugerah sebagai "BEST PRESENTER"
2. Anugerah sebagai "BEST MODERATOR"
Semua Anugerah di atas diberi kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu atas penglibatan dan sumbangan beliau dalam " International Virtual Workshops and Conferences on Research, Thesis Writing, Soft Skills and Publications in High Impact Journals " yang diadakan di Tamil Nadu, India secara "Virtual" bagi tahun 2025.
Bengkel dan Persidangan Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.
10.12.2025 - Mesyuarat JIP Bil.6/2025
Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.6/2025 telah berlangsung mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 10.12.2025
Masa : 9.30pagi
Tempat : Mini Teater, IPGKI
28.11.2025 - Taklimat Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah (Jurnal Berimpak) anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan bakal melaksanakan Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah (Jurnal Berimpak). Bengkel ini bertujuan untuk pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan menerbitkan jurnal berimpak tinggi berkaitan bidang pendidikan pada 18-20 Disember 2025 (Khamis - Sabtu) bertempat di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.
Justeru, taklimat ringkas dilaksanakan oleh Tn. Hj. Mohd Nizam, Dr. Ganesan dan Dr. Sriraj untuk menjayakan bengkel tersebut.
Tarikh : 28.11.2025 (Jumaat)
Masa : 11.00am
Tempat : Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh.
Perbincangan yang jelas dan terperinci amat bermakna bagi menjayakan bengkel tersebut.
29.10.2025 - Tahniah Hj Mohd Nizam : Lawatan Kontektual Kerjaya, SMK Dato’ Haji Hussein
Lawatan Kontekstual Kerjaya dari SMK Dato’ Haji Hussein ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah diadakan seperti berikut :
Tarikh : 29 Oktober 2025.
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Akasia, IPGKI
Sepanjang program, 40 orang murid dan guru seramai 4 orang disambut mesra oleh pihak IPG, diikuti sesi bergambar di tangga utama, pertemuan bersama pengarah, serta pertukaran cenderamata. Murid seramai 40 orang turut menghadiri taklimat syarat kemasukan ke IPG, ceramah Iventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) dan jamuan ringan sebelum bersurai. Lawatan ini memberi pendedahan bermakna kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di IPG serta mendorong minat mereka terhadap kerjaya dalam bidang perguruan.
10.10.2025 - Mesyuarat JIP Bil.5/2025
Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat JIP Bil.5/2025 mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 10.10.2025 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Dahlia, IPGKI
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan



























































