Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan (Ketua Unit, Unit Bimbingan dan Kaunseling merangkap Pencipta Inovasi KIT BiEMO) telah melaksanakan Peluasan Produk Inovasi KIT BiEMO (Bijak Emosi) bersama pelajar PPISMP di Makmal Kaunseling, IPGM Kampus Ipoh.
Justeru, Dr. Zulliana binti Hasan selaku innovator Kit BiEMO telah membentangkan inovasi beliau. Pembentangan Inovasi KIT BiEMO untuk tujuan peluasan dan promosi telah dilaksanakan kepada Pelajar Pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling Unit B ambilan Ogos 2024.
Kit yang dinamakan BiEMO iaitu Bijak Emosi merupakan satu kit untuk literasi emosi yang boleh digunakan daripada murid sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan peringkat universiti untuk membolehkan mereka berkongsi emosi secara sihat tanpa paksaan.
Kit BiEMO telah menggunakan teori asas emosi yang diperkenalkan oleh Paul Ekman (1992) yang memperjelaskan tentang 7 emosi asas yang ada dalam dunia. Peluasan ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada pelajar dan menyatakan serta memberikan komen yang sangat membina untuk memantapkan lagi Kit BiEMO sebelum dipertandingkan.
Dr. Zulliana sedang membentangkan KIT BiEMO kepada pelajar PPISMP, Pelajar Pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling Unit B ambilan Ogos 2024.
Pelajar sedang bermain sambil belajar terhadap KIT BiEMO di Makmal Kaunseling, IPGKMI
Latihan pengukuhan dalam kumpulan
Setiap pelajar teruja dengan permainan terhadap KIT BiEMO.
Dapatan dan respon pelajar secara individu