Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan kepada Pn. Sarini binti Sulaiman dan Pn. Yumi binti Abd Rahim yang berjaya melaksanakan tugas Penceramah di Bengkel Latihan Digital Peringkat Pertengahan dan Lanjutan : Kemahiran Set Minda Digital (Pedagogi Digital) Siri 4 seperti ketetapan berikut :
Tarikh: 30 Jun - 1 Julai 2025 (Isnin-Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Bestari, IPGMKI
Anjuran: Jabatan Kecemerlangan Akademik
Sejumlah 40 orang peserta pelbagai jabatan dan unit yang ikuti bengkel ini mendapat manfaat berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk kegunaan dalam tugas harian sebagai pendidik dan pengaplikasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan penulisan akademik.
Pn Sarini yang sentiasa bersemangat ketika menyampaikan maklumat berkaitan Kecerdasan Buatan (AI)
Pn Yumi sedang menyampaikan maklumat penting semasa bengkel/kursus berlangsung.
Pn Yumi kekal ceria menyampaikan maklumat dan membimbing peserta bengkel berkaitan Kecerdasan Buatan (AI)
Peserta bengkel Kecerdasan Buatan (AI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan