• ;

30.12.2026 : Mesyuarat JIP Bil.7/2025

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat JIP Bil.7/2025 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30.12.2026 
Hari : Selasa
Masa : 3.30pm
Tempat : Atas talian (GoogleMeet)

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya. Pelbagai aktiviti JIP telah berjaya dilaksanakan dan menepati dengan sasaran sepanjang tahun 2025.



Kongsi:

19.12.2025 : Showcase Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi (Sesi 2)

 Showcase Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi (Sesi 2) berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19.12.2025 (Jumaat)
Masa :  2.45pm - 5.00pm (sesi 2)
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Barisan Ketua Pengkaji yang berjaya membentang hasil kajian sempena Showcase Bengkel Penyelidikan.

Dr. Nurul Shuhada binti Sharif Mudin,
sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Pendidikan Jasmani.

Pn. Shafizah binti Mohd Zangi
sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Pendidikan Agama Islam.

En. Thayalan A/L Muniandy
sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Bahasa Cina.


Kongsi:

19.12.2025 - Showcase Sempena Bengkel Penyelidikan dan Penulisan di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Showcase Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19.12.2025 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari (sesi 1)
              2.45pm - 5.00pm (sesi 2)
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Ketua Kumpulan Penulisan membentang hasil penulisan jurnal dan sesi  soal jawab berlangsung dengan jayanya. 

Dr. Sriraj a/l Durailimgam, sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Bahasa Melayu.

Dr. Zulliana binti Hassan sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling

Dr. Shella Devi a/p Govindarajan sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP, Pengkhususan Muzik 

Kongsi:

19.12.2025 - Kepimpinan KPPB

Jabatan Ilmu Pendidikan menjayakan Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18-19 Disember 2025
Masa : 8.30 am - 4.30pm
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Slot perkongsian ilmu pada 19.12.2025, jam 8.00-10.00 pagi, berlangsung dengan Perspektif Kepimpinan KPPB yang disampaikan oleh Dr. Abd Hadi bin Mat Dawi. Perkongsian ilmu ini memberi impak kepada pensyarah selaku pemimpin dalam pelaksanaan KPPB di IPG.

Dr. Abd Hadi bin Mat Dawi memberi input berkaitan Kepimpinan KPPB.










Kongsi:

18.12.2025 : Sambutan Hari Lahir Disember 2025.

Warga JIP mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tn Hj Mohd Nizam, Dr. Kanthasamy, Dr. Baskaran, Dr. Shuhada dan Dr. Zulliana yang menyambut hari kelahiran di bulan Disember 2025. Sambutan ini berlangsung di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Sambutan Hari Lahir Disember 2025. Tn Hj Nizam dan Dr. Zulliana

Nyanyian lagu Selamat Hari Lahir bersama-sama dalam kalangan Warga JIP





Kongsi:

18.12.2025 - Hari Keluarga JIP 2025 (Sesi 1)

 Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan Hari Keluarga JIP 2025 di Virgo Batik Resort, Teluk Batik dengan pelbagai aktiviti. Setelah selesai berbengkel penulisan ilmiah, Pn Yumi mengendalikan 3 aktiviti kebersamaan Warga JIP:

1. Penukaran hadiah (bersama warga JIP)
2. Hadiah Khusus (Tajaan En Syed Jahangir)
3. Tepuk-tepuk Warna

Kebersamaan dan adrenalin kegembiraan jelas terpancar di wajah ahli JIP dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.








Kongsi:

18.12.2025 : Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah

Syabas dan tahniah. Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18-19 Disember 2025
Masa : 8.30 am - 4.30pm
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Bengkel ini dirancang khusus untuk pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini bertujuan memperkasa kemahiran penyelidikan dan  menulis karya akademik berkualiti, meningkatkan penerbitan ilmiah serta menyumbang kepada perkembangan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan penulisan di peringkat institut dan kebangsaan.

Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan mempamerkan contoh hasilan jurnal yang bakal dimurnikan.
Dr. Ganesan yang komited sedang memberi penjelasan tentang konteks penerbitan jurnal.








Kongsi:

10.12.2025 - Tahniah Dr. Ganesan : INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD (Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa)TAHUN 2025

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh kerana menerima Dua INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD  ( Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa) bagi tahun 2025 seperti berikut:

1. Anugerah sebagai "BEST PRESENTER"

2. Anugerah sebagai "BEST MODERATOR"

Semua Anugerah di atas diberi kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu atas penglibatan dan sumbangan  beliau dalam  " International Virtual Workshops and Conferences on Research, Thesis Writing, Soft Skills and Publications in High Impact Journals " yang diadakan di Tamil Nadu,  India secara "Virtual" bagi tahun 2025.

Bengkel dan Persidangan  Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.




Kongsi:

10.12.2025 - Mesyuarat JIP Bil.6/2025

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.6/2025 telah berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10.12.2025
Masa : 9.30pagi
Tempat : Mini Teater, IPGKI

Dr. Mariah Kamarudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mempengerusikan Mesyuarat JIP Bil.6/2025.

Dr. Shella Devi, Setiausaha Jabatan yang aktif dan progresif.










Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1