• ;

29.06.2021 - Tahniah Dr. Hamdiah : Pembentang DLO KPPB IPG Kampus Ipoh.

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Hamdiah binti Jailani kerana telah BERJAYA melaksanakan perkongsian ilmu  dengan warga IPG seluruh Malaysia. Perkongsian ini dalam Showcase Maya, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, Semester 1/2021 anjuran IPGM. Showcase ini bertemakan "KPPB Melangkaui Ekosistem Pembelajaran Dinamik"

Oleh yang demikian, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh berbangga dengan Dr. Hamdiah binti Jailani sebagai Pembentang DLO KPPB IPG Kampus Ipoh.

Pembentang: Dr. Hamdiah binti Jailani 

Kursus: EDUP3033 dan PBKK3052

Tarikh : 29 Jun 2021 (Selasa) 

Panel : Tn. Hj. Hashim Asman (Pengarah IPGKDA) & En. Zulkufli Mahayudin (Task force KPPB)


Pautan pembentangan : https://youtu.be/1kP2KeCYMvo

Pautan Googlesite DLO : https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/dlo-ipoh/home

Pautan Live Bilik 2 Sesi 1 : https://youtu.be/7VgwZ7W2MJo






Kongsi:

28.06.2021 - Syabas dan Tahniah kepada En Ahmad Jalalulail dan Prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh

SYABAS dan TAHNIAH kepada Prasekolah Seri Mawar dan Unit Pra Sekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menyertai pertandingan Penghasilan Video/Poster Aktiviti Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) bagi inisiatif 2.4.5: Memberi Penekanan Yang Lebih Terhadap Kepentingan Nilai Murni Insan Dalam Silibus Pendidikan Prasekolah. 

Pertandingan ini adalah anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan saranan penyertaan oleh Jabatan/Unit Prasekolah di setiap IPG Kampus. Penghasilan video/poster perlu dihantar sebelum 30 Jun 2021 kepada pihak urusetia inisiatif (BPK).

Justeru, Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan mengambil tindakan proaktif melaksanakan mesyuarat penyelarasan dan perbincangan. Perbincangan awal pada 26 April 2021 berlangsung di Perpustakaan IPGK Ipoh. Perbincangan awal melibatkan En Zulkufli bin Mahayuddin, Ketua Jabatan, JIP, Dr. Sheal Velakshemi, Ketua Unit Prasekolah, En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf, Pensyarah Unit Prasekolah, JIP, Cikgu Norzety binti Abdul Aziz, guru prasekolah Seri Mawar dan En. Azlan bin Lin, pensyarah JIP.

Perbincangan awal di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Selanjutnya, En, Ahmad Jalalulail bersama Cikgu Norzety binti Abdul Aziz, dan Pn Shamsiaton binti Ilyas merungkai nilai murni prasekolah berkaitan kepentingan nilai murni insan untuk menyertai pertandingan tersebut. Kerjasama dan komitmen yang erat dan bersepadu, Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh berjaya menghasilkan poster tersebut. 

Tema : Kasih Sayang Membawa Kegembiraan

Pelbagai kemahiran digital telah dimanfaatkan. En Ahmad Jalalulail terus membimbing dan memantau proses penghasilan poster digital tersebut. Beberapa kali perbincangan berlangsung menerusi maya berlandaskan pelantar Google Meet.

Google Meet : Perbincangan En Ahmad Jalalulail, Cikgu Norzeti dan Pn Shamsiaton

Sesungguhnya, En Ahmad Jalalulail, Penyelaras Prasekolah IPGKI, Cikgu Norzety binti Abdul Aziz, guru Prasekolah Seri Mawar, IPGKI dan Pn Shamsiaton binti Ilyas, Pembantu Prasekolah Seri Mawar amat teliti ketika merungkai nilai murni agar bersesuaian dengan tema untuk pertandingan tersebut. Selain itu, pasukan ini meneroka pelbagai aplikasi digital yang bersesuaian untuk menghasilkan poster tersebut.

Aplikasi Digital menerusi telefon bimbit

Poster tersebut telah dihantar pada 26.06.2021 menerusi emel kepada urusetia. Jabatan Ilmu Pendidikan amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah dipamerkan. Kerjasama seperti inilah memacu transformasi sistem pendidikan negara. Cikgu Norzeti dan Pn Shamsiaton dengan bimbingan En Ahmad Jalalulail dan Dr Sheal.






Kongsi:

25.06.2021 - Tahniah En Zulkufli : Lantikan Ketua Panel Penilai di Showcase KPPB anjuran IPGK Bahasa Melayu

 

Komitmen yang padu dan usaha berterusan amat diperlukan agar Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) di IPG Kampus Bahasa Melayu berlangsung dengan jayanya. Showcase tersebut berasaskan pelantar Google Meet berlangsung pada 25 Jun 2021 (Jumaat), jam 9.00 pagi -1.00 tengah hari. 

En Zulkufli bin Mahayudin dilantik sebagai Ketua Panel Penilai sepanjang showcase itu. Dua (2) orang panel penilai  iaitu Pn Jurina Ibrahim dan Pn Aida Rahayu binti Sharifudin turut menyumbang kepakaran di showcase tersebut.

Keperibadian En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang amat komited berkaitan Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) sungguh membanggakan warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh. Syabas dan tahniah.



Kongsi:

23.06.2021 : Tahniah Dr Subramaniam : Penataran Pendidikan Sivik Dalam PDPC Sekolah Rendah (U9)

 Syabas dan tahniah kepada Dr. Subramaniam a/l Kolandan yang dilantik oleh Unit Praktikum IPG Kampus Ipoh untuk melaksanakan Penataran Pendidikan Sivik Dalam PDPC Sekolah Rendah bagi Unit U9. Seramai 20 orang pelajar dibimbing. Tujuan penataran adalah sejajar dengan surat siaran KPM bilangan 7 tahun 2019 yang memerlukan pelaksanaan pendidikan sivik di prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah KPM berkuatkuasa 3 Jun 2019.  

Talimat umum berkaitan penataran berlangsung secara maya berasaskan pelantar Google Meet pada jam 10.00-12.00 tghari. Selain itu, Jabatan Kecemerlangan Akademik akan melaksanakan taklimat khusus untuk guru pelatih Unit U secara khusus.

Jabatan Ilmu Pendidikan berbangga dengan komitmen Dr Subramaniam yang sentiasa komited dengan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.



Kongsi:

21.06.2021 - Tahniah Cikgu Norzety : Pelajar Prasekolah Seri Mawar menghasilkan Piramid Makanan

SYABAS dan TAHNIAH kepada Cikgu Norzety Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh yang telah melaksanakan Aktiviti Pemakanan Sihat (Piramid Makanan) berasaskan butiran di bawah :

Tarikh : 21 Jun 2021 (Isnin)
Masa : Jam 8.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing

Aktiviti ini mempunyai beberapa objektif iaitu :

a)       Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang piramid makanan dan makanan yang berkhasiat.

b)    Memberi peluang kepada murid-murid berkongsi pendapat dengan ibubapa

c)       Melahirkan murid-murid yang berilmu dan bermaklumat.

d)    Membentuk murid yang sentiasa berwaspada dan peka dalam aspek pemakanan

e)    Mengalakkan kerjasama dan perkongsian kreativiti antara guru murid dan ibubapa

f)     Merapatkan hubungan di antara murid, ibu bapa dan guru atas projek yang diberikan


Cikgu Norzety bt Abd Aziz,  dan Pn Shamshaiton bt Ilyas (PPM) telah membuat demonstrasi cara membina piramid makanan. Rakaman video demonstrasi dihantar menerusi aplikasi telegram ibu bapa pelajar. Para pelajar dapat melakukan aktiviti tersebut sungguh menarik dengan bimbingan ibu baa di rumah. Beberapa contoh hasilan pelajar ada seperti di bawah.

















Kongsi:

18.06.2021 - Tahniah En Zulkufli : Showcase Maya berkaitan DLO & KPPB

SYABAS dan TAHNIAH kepada En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh yang sering mengadakan Bicara Profesional dalam talian bersama rakan sinergi di 27 buah IPG Kampus seluruh Malaysia.

Terkini, pada 18 Jun 2021, beliau mengadakan Bicara Profesional 2 bersama IPGK Tun Abdul Razak, Sarawak. Perkongsian ilmu di dalam talian Microsoft Team adalah berkaitan Showcase Maya, Suatu Perkongsian Pengalaman Pembelajaran Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan e-Citra Digital Learning Objek (DLO) dengan tema Merentas Sempadan Kecemerlangan Pendidikan. Perkongsian ini berlansung mulai jam 2.30pm hingga 5.30pm.

Jabatan Ilmu Pendidikan turut bangga dengan komitmen beliau dalam menyebarluaskan pengetahuan berkaitan KPPB dan DLO.




 

Kongsi:

15-16.06.2021 - Bengkel Semakan dan Pemurnian Maklumat Kursus (MK) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)- Bimbingan dan Kaunseling

  Bengkel Semakan dan Pemurnian  Maklumat Kursus (MK) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)- Bimbingan dan Kaunseling

Tarikh : 15 -16 Jun 2021

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Medium : Google Meet

Laporan :

Pensyarah kursus major bimbingan dan kaunseling dari  9 buah kampus Institut Pendidikan Guru telah menghadiri bengkel Semakan dan Pemurnian MK untuk PISMP. IPG Kampus Darulaman (IPGKDA) sebagai Tier 1 bagi bidang Bimbingan dan Kaunseling telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan bengkel ini. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Cik Najwa binti Mat Russ dari Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM.


Kongsi:

10.06.2021 - JIP, Laksanakan Tiga Program Serentak.

 Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan tiga (3) program serentak di pendemik Covid-19 iaitu seperti di bawah :


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MAJLIS PERTUKARAN EN. JAMALUDDIN B. ABDUL RAHMAN, TAKLIMAT & MESYUARAT JIP BIL.3/2021

TARIKH: 10 JUN 2021 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT: ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
EMEL : @ipgmipoh.edu.my

Semua pensyarah dikehendaki hadir.

ATURCARA

1. Majlis Pertukaran En. Jamaluddin b. Abdul Rahman
- Ucapan aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Ketua Jabatan
- Ucapan Yang Diraikan

2. Taklimat Untuk Semua Pensyarah Yang Membantu JIP bagi Semester 2/2021

TARIKH: 10 JUN 2021 (KHAMIS)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT: ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
EMEL : @ipgmipoh.edu.my

3. Mesyuarat JIP Bil 3/2021




Kongsi:

10.06.2021 - Tahniah Dr Baskaran : PBD anjuran SJKT Rawang, Selangor.

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Baskaran, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh kerana berjaya melaksanakan berjaya melaksanakan bengkel PBD anjuran SJKT RAWANG, SEL pada 10 Jun 2021 bermula jam 9.00 pagi - 12.30pm . Lebih kurang 100 orang guru dari SJKT Rawang,  SJKT Batu Caves,  SJKT Taman Melawati,  SJKT Saraswathy,  SJKT Kuang,  SJKT Batu Arang,  SJKT Bukit Dara (Daerah Gombak) menjadi peserta program. Walaupun program ini dilaksanakan dalam google meet namun berjaya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru-guru terhadap PBD.  Interaksi secara dua hala memberi peluang kepada peserta program meningkatkan keyakinan diri untuk menyoal dan meningkatkan kefahaman. Kini mereka menunggu dengan penuh semangat untuk fasa kedua.  Satu perkongsian ilmu akademik yang sangat bermakna dan membawa manfaat besar kepada penceramah dan peserta bengkel.









Kongsi:

08.06.2021 - Tahniah Pn Latifah A Jamil : Bimbingan Sekolah TS25 Kohort 6

Tarikh : 8 Jun 2021

Masa : 11 Pagi

Medium : Google Meet

Laporan :

SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Latifah A. Jamil, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan yang bertugas sebagai Rakan Elit (RE) TS25 IPGK Ipoh. Beliau terus berkomitmen untuk membimbing secara berkelompok bagi sekolah TS25 Kohort 6 dalam kelompok 10 daerah Batang Padang. Bimbingan adalah dalam kalangan Pengetua/ Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah. Bimbingan berfokus kepada tugasan bagi Modul 1. Personal yang terlibat ialah Pegawai Meja PPD Batang Padang, , RE IAB, RE SIC+, RE SIP+ dan RE dari IPG Kampus Ipoh.



Kongsi:

07.06.2021 - NCERIC 2021 : Tahniah Dr Ganesan dan En Zulkufli mewakili JIP IPGK Ipoh

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jab.Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh Dan En.Zulkufli Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana memenangi ANUGERAH PERAK dalam Seminar Penyelidikan Dan Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan ( NCERIC 2021) yang dianjurkan oleh IPG Kampus Kota Bahru, Kelantan yang diadakan dari 24-25 Mei, 2021. Pasukan Dr.Ganesan dan En.Zulkufli diketuai oleh  Pensyarah dari UPSI iaitu Prof.Madya Dr.Nadarajan Thambu bersama Prof.Madya Dr Aminah Abd.Rhapor dari UiTM. Mereka telah menyertai Pertandingan ini di bawah kategori Pensyarah. TAHNIAH kepada pasukan ini kerana telah memenangi ANUGERAH PERAK  bagi tajuk Inovasi
" Kelestarian Inovasi Teater Forum Dalam Pedagogi P&P Pendidikan Moral".




Kongsi:

07.06.2021 - Tahniah Dr Ganesan - Lantikan Presiden Untuk International Virtual Faculty Development Programme on Research Design and Research Proposal Writing

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Faculty Development Programme on Research Design and Research Proposal Writing,  yang akan diadakan dari 5 - 11 Julai,2021di Tamil Nadu, India.

Program ini dianjurkan bersama oleh Department of English, Kalasalingam Academy of Research India, Cape Comorin Trust India,Lavender Literary Club India Dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.




Kongsi:

06.06.2021 - Pameran Maya KPPB Sem 1/2021

 Pameran Maya KPPB Sem. 1/2021

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, mohon para pensyarah dan pelajar yang terlibat dengan pameran di atas hadir ke sesi taklimat pada hari Ahad (06.06.2021) jam 3.00 ptg secara dalam talian di link berikut :

Kehadiran Dr/tuan/puan amatlah dihargai bagi melancarkan program yang akan diadakan ini. Terima kasih.



Kongsi:

01.06.2021 - Kewibawaan Perkongsian Ilmu - Tahniah Dr Ganesan

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah menjadi penceramah dalam 3 Webinar Peringkat IPGM Seperti Berikut :

1. BENGKEL SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN pada 11 Mac 2021, Anjuran IPG Kampus Gaya, Sabah.
2. PENULISAN DAN PENERBITAN JURNAL BERIMPAK TINGGI, pada 23 April, 2021, Anjuran IPG Kampus Ipoh.
3. PENYELIDIKAN DALAM BIDANG SEJARAH, pada 6 Mei 2021, Anjuran IPG Kampus.Ipoh.






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1