SYABAS dan TAHNIAH kepada Prasekolah Seri Mawar dan Unit Pra Sekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menyertai pertandingan Penghasilan Video/Poster Aktiviti Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) bagi inisiatif 2.4.5: Memberi Penekanan Yang Lebih Terhadap Kepentingan Nilai Murni Insan Dalam Silibus Pendidikan Prasekolah.
Pertandingan ini adalah anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan saranan penyertaan oleh Jabatan/Unit Prasekolah di setiap IPG Kampus. Penghasilan video/poster perlu dihantar sebelum 30 Jun 2021 kepada pihak urusetia inisiatif (BPK).
Justeru, Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan mengambil tindakan proaktif melaksanakan mesyuarat penyelarasan dan perbincangan. Perbincangan awal pada 26 April 2021 berlangsung di Perpustakaan IPGK Ipoh. Perbincangan awal melibatkan En Zulkufli bin Mahayuddin, Ketua Jabatan, JIP, Dr. Sheal Velakshemi, Ketua Unit Prasekolah, En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf, Pensyarah Unit Prasekolah, JIP, Cikgu Norzety binti Abdul Aziz, guru prasekolah Seri Mawar dan En. Azlan bin Lin, pensyarah JIP.
Selanjutnya, En, Ahmad Jalalulail bersama Cikgu Norzety binti Abdul Aziz, dan Pn Shamsiaton binti Ilyas merungkai nilai murni prasekolah berkaitan kepentingan nilai murni insan untuk menyertai pertandingan tersebut. Kerjasama dan komitmen yang erat dan bersepadu, Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh berjaya menghasilkan poster tersebut.
Pelbagai kemahiran digital telah dimanfaatkan. En Ahmad Jalalulail terus membimbing dan memantau proses penghasilan poster digital tersebut. Beberapa kali perbincangan berlangsung menerusi maya berlandaskan pelantar Google Meet.
Sesungguhnya, En Ahmad Jalalulail, Penyelaras Prasekolah IPGKI, Cikgu Norzety binti Abdul Aziz, guru Prasekolah Seri Mawar, IPGKI dan Pn Shamsiaton binti Ilyas, Pembantu Prasekolah Seri Mawar amat teliti ketika merungkai nilai murni agar bersesuaian dengan tema untuk pertandingan tersebut. Selain itu, pasukan ini meneroka pelbagai aplikasi digital yang bersesuaian untuk menghasilkan poster tersebut.
Poster tersebut telah dihantar pada 26.06.2021 menerusi emel kepada urusetia. Jabatan Ilmu Pendidikan amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah dipamerkan. Kerjasama seperti inilah memacu transformasi sistem pendidikan negara. Cikgu Norzeti dan Pn Shamsiaton dengan bimbingan En Ahmad Jalalulail dan Dr Sheal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan