21.06.2021 - Tahniah Cikgu Norzety : Pelajar Prasekolah Seri Mawar menghasilkan Piramid Makanan

SYABAS dan TAHNIAH kepada Cikgu Norzety Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh yang telah melaksanakan Aktiviti Pemakanan Sihat (Piramid Makanan) berasaskan butiran di bawah :

Tarikh : 21 Jun 2021 (Isnin)
Masa : Jam 8.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing

Aktiviti ini mempunyai beberapa objektif iaitu :

a)       Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang piramid makanan dan makanan yang berkhasiat.

b)    Memberi peluang kepada murid-murid berkongsi pendapat dengan ibubapa

c)       Melahirkan murid-murid yang berilmu dan bermaklumat.

d)    Membentuk murid yang sentiasa berwaspada dan peka dalam aspek pemakanan

e)    Mengalakkan kerjasama dan perkongsian kreativiti antara guru murid dan ibubapa

f)     Merapatkan hubungan di antara murid, ibu bapa dan guru atas projek yang diberikan


Cikgu Norzety bt Abd Aziz,  dan Pn Shamshaiton bt Ilyas (PPM) telah membuat demonstrasi cara membina piramid makanan. Rakaman video demonstrasi dihantar menerusi aplikasi telegram ibu bapa pelajar. Para pelajar dapat melakukan aktiviti tersebut sungguh menarik dengan bimbingan ibu baa di rumah. Beberapa contoh hasilan pelajar ada seperti di bawah.

















Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1