• ;

21 & 22. 03.2022 - Tahniah Pn Norhani Bebe - Penceramah Bengkel Menulis dan Menerbit

Tahniah dan syabas kepada Pn Norhani Bebe binti Altha Miah, Pensyarah Kanan JIP berkongsi pengetahuan dan pengalaman sebagai penulis sewaktu bengkel menulis dan menerbit sepanjang 21 dan 22 Mac 2022.

Bengkel ini anjuran Unit Perpustakaan IPGKI yang berlangsung di Dewan Seri Melati, IPGKI. Tn Hj Mohd Nizam bin Tajeri dan Tn Hj Azlan Lin turut hadir sebagai peserta bengkel mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan. 








****************

MENULIS BENGKEL & MENERBIT

Unit Perpustakaan IPGKI bersama Unit Pembangunan Latihan IPGKI akan mengadakan bengkel seperti ketetapan berikut :


🗓️ Tarikh : 21 & 22 Mac 2022

⏰ Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang


🎤 Penceramah :

1. En. Shamsudin bin Abu Bakar. 

Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI 


2. Tn. Hj. Abdul Rani bin

Pensyarah Cemerlang, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI 


3. Pn.Norhani bebe binti

Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI. 


🎀 Perasmi :

En.Mohd Khadri bin Fazil Rahman. 

Timbalan Pengarah, IPGKI. 


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa" 


Kongsi:

19.03.2022 - Tahniah Dr Hamdiah, Pensyarah EDUP3033 dan Siswa Guru Unit W : Tea Talk KPPB Rakan Pembelajara

 Tahniah dan syabas kepada Dr Hamdiah Jailani, pensyarah JIP, Pensyarah EDUP3033 - Murid dan Pembelajaran serta Siswa Guru Unit W telah menganjurkan Program KPPB : Tea-Talk Rakan Pembelajaran secara dalam talian. 




*********************************



KPPB: RAKAN PEMBELAJARAN

′TEA TALK′ KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH. 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Penceramah jemputan : Puan Norashikin binti Jasmon, Pensyarah Cemerlang Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO)


Tarikh : 19 Mac 2022 (Sabtu)

Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi

Tajuk : Keberkesanan PdP Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas

Youtube Live : https://youtu.be/uLy2-2VL_dE


Anjuran : Siswa guru Unit W dan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Ipoh

Terima Kasih.


Kongsi:

17.03.2022 - Tahniah Pn. Saripah, Dr. Vasuki dan Dr. Tan Aii Lee : Tea-Talk (Rakan Pembelajaran) KPPB - EDUP 3073

Syabas dan tahniah kepada Pn. Saripah binti Rabea'ah binti Syed Ali, Timb. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan pelajar Unit V1 dan V2 kerana menganjurkan Program KPPB bagi Kursus EDUP3073, Budaya dan Pembelajaran pada 17 Mac 2022 (Khamis), jam 9.30am-11.00am secara dalam talian. Penceramah yang terlibat ialah Dr. Vasuki Muniandy, Pensyarah Kanan, JIP dan Dr Tan Ai Lee. 


Program Tea-Talk EDUP3073 membincangkan tajuk berkaitan Kepelbagaian Sosiobudaya Dan Implikasinya Terhadap Peranan Guru Di Sekolah













****************************************************************************

TEA-TALK (RAKAN PEMBELAJARAN)
KURSUS: EDUP 3073

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 

TAJUK: 

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PERANAN GURU DI SEKOLAH

PANEL JEMPUTAN:

1. DR TAN AI LEE

2. DR VASUKI MUNIANDY

TARIKH DAN MASA: 

17 MAC 2022

(9.30 PAGI - 11.00 PAGI)


PAUTAN: 

https://meet.google.com/bhj-oiki-wdp


ANJURAN: UNIT V1 DAN V2 & JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Kongsi:

16.03.2022 - Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP - Gotong-royong Laman Terapi UBNK, IPGKI

Pada 16 Mac 2022, satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Laman Terapi Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk menanam beberapa jenis pokok di laman terapi serta menyusun buku-buku kaunseling yang baharu di makmal kaunseling. Oleh itu, tugas-tugas gotong-royong seperti mencangkul tanah, menanam pokok, menyusun tanaman, menyiram pokok dan membalut buku diagihkan kepada semua pelajar secara adil.

Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong, para pensyarah dan pelajar diberi sarapan terlebih dahulu seperti nasi lemak dan kuih-muih. Difahamkan jamuan gotong-royong tersebut juga ditaja oleh beberapa orang pensyarah. Aktiviti gotong-royong ini telah mendapat kerjasama yang sangat hebat daripada beberapa orang pensyarah Bnk, pensyarah bahagian Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) serta pelajar-pelajar daripada unit W14 dan W15. Antara pensyarah yang turut membimbing serta bertungkus-lumus dalam aktiviti gotong-royong ini seperti Tn. Hj Mohd Nizam, Tn. Hj Mazlan, Pn. Mastura, Dr. Mariah, En. Milatu, En Ahmad Jalalluail, En. Azlan,  dan lain-lain.

Justeru, aktiviti gotong-royong ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar sekaligus mendatangkan impak yang positif seperti memupuk semangat kerjasama dan merapatkan hubungan antara para pelajar unit W14 dan W15 dengan pensyarah-pensyarah BnK.








Kongsi:

16.03.2021 - Tahniah Dr Mariah : Lantikan Pakar Penilai Kesahan Instrumen

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Modul Intervensi Kaunseling Spiritual Kajian Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 

Kajian tersebut bertajuk   :

“ Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Intervensi Kaunseling Terhadap Kemurungan, Kecerdasan Emosi dan Strategi Daya Tindak Pelajar Sekolah Menengah ."



Kongsi:

14.03.2022 - Tahniah Tn Hj Mohd Nizam : KPPB - Bengkel Literasi Media & Maklumat.

Tahniah kepada  Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri sebagai  pensyarah pembimbing Unit W14 dan W15 bagi subjek Psikologi Remaja  (PBKK3203) yang melaksanakan KPPB (Rakan Pembelajaran) bersama Unit Perpustakaan iaitu Bengkel Literasi Media & Maklumat secara dalam talian. 

Penceramah ialah Pn. Sharmila bt Siron (Pembantu Pustakawan Kanan) yang telah menyampaikan promosi penggunaan u-Pustaka dengan baik.

Beliau juga berkongsi penggunaan e-Perpustakaan. Diharapkan semua perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pelajar.




Kongsi:

09 & 10.03.2022 - Tahniah Tn. Hj. Nizam bin Tajeri : Penceramah di Kursus Perguruan Sekolah Agama Swasta, Johor

Tahniah kepada 2 orang pensyarah IPG Kampus Ipoh, Tn Hj Mohd Nizam bin Mohd Tajeri, pensyarah JIP, IPGKI dan Dr.Hjh Nornajwa Ghazali, Jabatan Kecermerlangan Akademik, IPGKI kerana dapat melaksanakan strategik objektif pertama iaitu menjadi pakar rujuk kurikulum mengikut bidang kepakaran masing-masing. . 

Kursus Perguruan Agama Swasta melibatkan Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar, Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar dan i-Quranic Centre Johor Bharu berjalan lancar secara dalam talian. 

9 Mac 2022 : Slot Psikologi Pendidikan disampaikan oleh Tn Hj Mohd Nizam bin Mohd Tajeri, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan. 

10 Mac 2022 : Slot Asas Pedagogi pula disampaikan oleh Dr Hjh Nornajwa Ghazali, Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Ipoh. 

Kursus ini melibatkan guru-guru yang baharu berkhidmat dan memerlukan pendedahan asas berkaitan perkara asas dalam bidang pendidikan. 

Semoga kursus ini dapat membantu memantapkan perjalanan proses PdP ke arah memenuhi aspirasi sekolah seperti yang diharapkan.







Kongsi:

08.03.2022 - Tahniah Dr Kanthasamy dan Siswa Guru V3 : KPPB EDUP3063

RAKAN PEMBELAJARAN (KPPB) EDUP3063 : Merungkai Standard & Penjajaran Konstruktif

TEMA : Pentaksiran dalam Pembelajaran

TARIKH : 8 MAC 2022 (Selasa)

MASA : 8.00 MALAM - 10.00 MALAM

PENCERAMAH : Tn Syed Jahangir Ali bin Ilhan Mohaideen, JIP

Sejauh manakah guru memahami standard kandungan yang terdapat dalam kurikulum tersebut dan seterusnya dapat merancang pengajaran danpembelajaran serta pentaksiran yang sesuai supaya pengetahuan dankemahiran yang terdapat dalam standard tersebut tercapai??

Mari merungkai standard dan indikator mata pelajaran untuk menentukan dengan tepat apa yang pelajar :

📔tahu (konsep atau kandungan) dan

📔boleh lakukan (kemahiran) melalui

📔konteks tertentu (apa yang guru guna untuk mengajar konsep dan kemahiran tersebut)


Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi
Irdina: 019-6820768



Kongsi:

09.03.2021 - Tahniah TaskForce KPPB IPGKI - Bengkel bersama SISC+ PPD Kuala Kangsar

Bengkel Pembangunan Professional Berterusan KPPB 2.0 kepada pegawai-pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Dearah Kuala Kangsar. 

Bengkel ini dilaksanakan pada 9 Mac 2022 Masa 8.00 pagi - 4.30 petang bertempat di Pusat Kegiatan Guru Manjoi. 

Seramai 14 orang pegawai SISC+ menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dikendalikan oleh En Zulkufli bin Mahyudin dan En Abdul Aziz bin Shamsuddin serta dibantu oleh Pn Saripah Rabea'ah bt Syed Ali, Pn Anis bt Ahmed @ Adnan







Kongsi:

05.03.2022 - KPPB : Tahniah Unit Bimbingan Kaunseling, JIP (Ad-HTP - Pentafsiran Lukisan Projektif)

 BENGKEL PENTAFSIRAN LUKISAN PROJEKTIF SENI LUKISAN RUMAH-POKOK-ORANG (AD-HTP)

Tarikh : 05 Mac 2022 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Dewan Seri Tanjung Penceramah : Tn. Mohd. Radhi bin Abu Shahim Penyelidik dan Pengamal Ad-HTP Universiti Malaysia Terengganu Seramai 71 orang pelajar Bimbingan dan Kaunseling (B&K) dari Unit V dan Unit W dan para pensyarah Bimbingan dan Kaunseling telah menghadiri Bengkel Pentafsiran Lukisan Projektif Art Drawing House-Tree-Person.


Pengamal ADHTP yang memberi ceramah pada bengkel tersebut ialah Tuan Mohd Radhi bin Abu Shamin. Beliau merupakan pengamal dan pengkaji ADHTP yang diiktiraf dan merupakan pensyarah kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu. Bengkel telah dimulakan pada jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Sesi dimulakan dengan penerangan sejarah ADHTP dan kepentingan ilmu ADHTP terhadap guru Bimbingan dan Kaunseling dan kegunaan AD-HTP dalam Intervensi Kaunseling. Pelbagai aktiviti menarik berkaitan AD-HTP dilaksanakan sepanjang berbengkel.








Kongsi:

04.03.2022 - TAHNIAH Tn. Hj. Azlan Lin - Anugerah Webmaster Jabatan Terbaik 2021.

Syabas dan tahniah kepada Tn Hj Azlan bin Lin, Webmaster Portal/Laman Web Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang telah menerima Sijil Penghargaan sebagai Webmaster Jabatan Terbaik Tahun 2021.

Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh En Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah, IPGKI di Majlis Perhimpunan Organisasi dan Majlis Santunan Budi pada 04.03.2022 yang bertempat Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Anugerah ini telah adalah penghargaan kepada seluruh Warga JIP yang bekerjasama dan berkomitmen untuk berkongsi berita aktiviti jabatan sepanjang tahun 2021 hingga kini. 

En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan sentiasa menyokong dan menggalakkan Warga JIP untuk berkongsi berita aktiviti jabatan dan unit dalam Laman Web Jabatan Ilmu Pendidikan.




Kongsi:

02.03.2022 - TAHNIAH Dr Tan Aii Lee : Moderator dalam Program Meja Bulat Siri 1/2022.

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Tan Aii Lee, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang dilantik sebagai moderator untuk Program Meja Bulat Siri 1/2022 bagi membincangkan isu-isu dalam Pentaksiran Berterusan.

Program ini anjuran  Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGKI seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 2 Mac 2022 (Rabu) 

⏰ Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi.

🖥️ Platform : Google Meet - https//meet.google.com/ati-panp-aqp


Moderator :

Dr Tan Aii Lee

Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKI 

📍Kehadiran akan direkodkan dalam SPLKPM. 

📍Penyertaan terbuka untuk staf IPG Kampus Ipoh. 



Terima Kasih

Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1