Tahniah kepada 2 orang pensyarah IPG Kampus Ipoh, Tn Hj Mohd Nizam bin Mohd Tajeri, pensyarah JIP, IPGKI dan Dr.Hjh Nornajwa Ghazali, Jabatan Kecermerlangan Akademik, IPGKI kerana dapat melaksanakan strategik objektif pertama iaitu menjadi pakar rujuk kurikulum mengikut bidang kepakaran masing-masing. .
Kursus Perguruan Agama Swasta melibatkan Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar, Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar dan i-Quranic Centre Johor Bharu berjalan lancar secara dalam talian.
9 Mac 2022 : Slot Psikologi Pendidikan disampaikan oleh Tn Hj Mohd Nizam bin Mohd Tajeri, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.
10 Mac 2022 : Slot Asas Pedagogi pula disampaikan oleh Dr Hjh Nornajwa Ghazali, Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Ipoh.
Kursus ini melibatkan guru-guru yang baharu berkhidmat dan memerlukan pendedahan asas berkaitan perkara asas dalam bidang pendidikan.
Semoga kursus ini dapat membantu memantapkan perjalanan proses PdP ke arah memenuhi aspirasi sekolah seperti yang diharapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan