16.03.2022 - Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP - Gotong-royong Laman Terapi UBNK, IPGKI

Pada 16 Mac 2022, satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Laman Terapi Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk menanam beberapa jenis pokok di laman terapi serta menyusun buku-buku kaunseling yang baharu di makmal kaunseling. Oleh itu, tugas-tugas gotong-royong seperti mencangkul tanah, menanam pokok, menyusun tanaman, menyiram pokok dan membalut buku diagihkan kepada semua pelajar secara adil.

Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong, para pensyarah dan pelajar diberi sarapan terlebih dahulu seperti nasi lemak dan kuih-muih. Difahamkan jamuan gotong-royong tersebut juga ditaja oleh beberapa orang pensyarah. Aktiviti gotong-royong ini telah mendapat kerjasama yang sangat hebat daripada beberapa orang pensyarah Bnk, pensyarah bahagian Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) serta pelajar-pelajar daripada unit W14 dan W15. Antara pensyarah yang turut membimbing serta bertungkus-lumus dalam aktiviti gotong-royong ini seperti Tn. Hj Mohd Nizam, Tn. Hj Mazlan, Pn. Mastura, Dr. Mariah, En. Milatu, En Ahmad Jalalluail, En. Azlan,  dan lain-lain.

Justeru, aktiviti gotong-royong ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar sekaligus mendatangkan impak yang positif seperti memupuk semangat kerjasama dan merapatkan hubungan antara para pelajar unit W14 dan W15 dengan pensyarah-pensyarah BnK.








Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1