• ;

22-23.07.2024 : Tahniah En. Azlan dan En Ahmad Jalalulail : Interdisiplinari KPPB - PACK3013 & GLFS3013

Syabas dan Tahniah kepada En. Azlan bin Lin (Penyelaras PACK3013 - Pengurusan Acara) dan En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf (Penyelaras Subjek GLFS3013 - Kemahiran Asas Golf) telah melaksanakan Interdisiplinari KPPB : Bengkel Pengurusan Acara dan Penyampaian Sijil Asas Golf pada 22 & 23 Julai 2024 di Dewan Makmur, Seri Makmur Chalet, Cameron Highland. Program ini adalah anjuran Unit W dan Jabatan Ilmu Pendidikan.

Seramai 30 orang pelajar dan diiringi oleh 8 orang pensyarah. Program dimulakan dengan pelajar menerima amanat dan taklimat daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGM Kampus Ipoh sebelum bergerak ke Cameron Highland.

Setiba di Padang Awam, Cameron Highland, pelajar menerima amanat dan motivasi daripada Timbalan PPD Cameron Highland, Sektor Hal Ehwal Pelajar, En Badrul Hisham bin Mohd Tahir. Seterusnya, pelajar GLFS3013 membuat pukulan 'Chipping' untuk penilaian kursus dan dilihat oleh Timbalan PPD, Cameron Highland. 

Sesi penyampaian Sijil Kemahiran Asas Golf (GLFS3013) telah berlangsung tepat jam 8.00 malam di Dewan Makmur, Seri Makmur Chalet, Cameron Highland. Sesi ini adalah sesi penilaian bagi pelajar PACK3013 untuk mengurus majlis. En Shaddin bin Sabri, Penolong Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah merasmikan majlis dan menyampaikan sijil kepada pensyarah terlibat dan para pelajar kedua-dua kursus.

Pelajar dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan berkesan. Pelaksanaan dan latihan secara langsung dapat meningkatkan pengetahuan, menambah pengalaman pelajar apabila bertugas sebagai guru di masa akan datang. 


















Kongsi:

17-19.07.2024 : Tahniah JIP -Perkongsian Profesionalisme IPGM Kampus Ipoh bersama PPN Padang Besar,Prasekolah Pendidikan Khas Sk Kuala Perlis dan IPGM Kampus Perlis

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga JIP yang telah berjaya melaksanakan Perkongsian Profesionalisme IPGM Kampus Ipoh bersama PPN Padang Besar,Prasekolah Pendidikan Khas Sk Kuala Perlis dan IPGM Kampus Perlis pada 17-19 Julai 2024. Program ini berlangsung di IPGM Kampus Perlis,Sk Kuala Perlis dan Pusat Permata Negara,Padang Besar.

Tujuan lawatan kali ini adalah untuk persediaan Jabatan Ilmu Pendidikan untuk menerima kursus PDPP PAKK pada bulan Oktober tahun ini. Sekurang-kurangnya para pensyarah dapat menambah info berkaitan parasekolah Pendidikan Khas dan Taska Pusat Permata Negara.

Pada 18hb. Julai ,rombongan IPGM Kampus Ipoh telah sampai di Sk Kuala Perlis. Peserta rombongan disambut oleh GB dan guru-guru sekolah berkenaan dan diberi taklimat tentang sekolah yang terkenal dengan keceriaan yang menarik.

Ahli rombongan JIP, juga telah diberi taklimat dan info baru berkaitan prasekolah pendidikan khas.Pelatih dan pensyarah telah  membuat  aktiviti Seni dalam Pendidikan bersama kanak-kanak berkeperluan khas.

Manakala program kedua  diteruskan bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Perlis. Perjumpaan singkat tersebut diisi dengan perkongsian tentang inovasi IPGM Kampus Ipoh yang diwakili Dr. Zuliana telah membentangkan tajuk inovasi bertajuk kesihatan mental.

Pada hari ke tiga,  lawatan diteruskan ke ke PPN Padang Besar .Kami diberi taklimat berkaitan pengurusan, kurikulum, kewangan, fizikal pusat dan perkara lain tentang Pusat Permata Negara.Kanak-kanak sempat melakukan aktiviti Seni dalam Pendidikan bersama pelatih dan pensyarah Kampus Ipoh.

Kesimpulannya, lawatan kali ini sungguh bermakna dan mencapai objektif  kepada para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.

















Kongsi:

15.07.2024 - Tahniah En Ahmad Jalalulail : Program Perasmian Kelab Golf IPGM Kampus Ipoh

Syabas dan tahniah, En Ahmad Jalalulail bin Abd Manaf, Penyelaras Kursus GLFS3013, Kemahiran Asas Golf telah menjayakan Program Perasmian Kelab Golf IPGM Kampus Ipoh pada 15 Julai 2024 (ISNIN), bertempat di Lubang 2, Kelab Golf Mini IPGM Kampus Ipoh yang dianjurkan oleh Siswa Guru Unit W,  Elektif Asas Kemahiran Golf (GLFS3013) dan Elektif Pengurusan Acara (PACK3013)

Perasmian Kelab Golf IPGM Kampus Ipoh telah disempurnakan oleh Dr Haji Mohd Taufik Bin Ahmad d lubang 2 kelab golf .

Kelab Golf 2 Lubang ini belum lagi sempurna dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Lokasinya yang menarik sangat sesuai dijadikan tempat riadah dan permainan baru bagi para pensyarah, staff dan bakal guru untuk belajar asas bermain golf.

Program perasmian turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Dr Mariah binti Kamaruddin, Penolong Ketua Jabatan PJPK, Ketua Unit Kokurikulum , para pensyarah dan guru-guru pelatih dua kursus elektif yang berkaitan.
















Kongsi:

11.07.2024 - Tahniah Pn Yumi : Penceramah di Bengkel Pedagogi Berkesan Pemulihan Khas Dalam PdPc berdasarkan SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4

Syabas dan tahniah kepada Pn Yumi yang berjaya melaksanakan amanah sebagai Penceramah di Bengkel Pedagogi Berkesan Pemulihan Khas Dalam PdPc berdasarkan SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4 bertarikh 11 Julai 2024, bertempat De5 @PPDKiS, Gopeng dan anjuran Pejabat Pendidikan Kinta Selatan (PPDKS). 

Bengkel ini telah disampaikan kepada 50 orang Guru Pemulihan daerah Kinta Selatan tentang Pedagogi Berkesan Pemulihan Khas Dalam PdPc berdasarkan SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4.






Kongsi:

10.07.2024 : Tahniah Tn Hj. Azlan : PLC-Pengurusan Acara.

Syabas dan tahniah kepada Tn Hj Azlan bin Lin yang merancang dan merangsang pelajar PACK3103 untuk mengendalikan Program PLC : Pengurusan Acara. Program ini berkaitan TeaTalk : Teknik Penulisan Teks Pengacara Majlis pada 10.07.2024 di Mini Teater, IPGM Kampus Ipoh, anjuran Unit W : PACK bersama Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Keberkesanan program ini memberi input kepada 17 orang pelajar mengikuti kursus PACK3013 (Pengurusan Acara)  berkaitan teknik penulisan teks pengacaraan majlis. 

Penceramah jemputan ialah En Mohd Faizul bin A. Halim, Pensyarah Akademik, Jabatan Pengajian Melayu. Perasmi program ini ialah En Shaddin bin Ahmad, Pen. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Semoga program ini dapat dilaksanakan di masa akan datang bagi menyediakan pengetahuan kepada pelajar sebelum bertugas sebagai guru di masa akan datang. 











Kongsi:

04-06.07.2024 : Tahniah Dr. Ganesan - Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on "Research Article Writing, Editing Techniques and Impact Publications" 4-6 Julai 2024

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Research Article Writing, Editing Techniques and Impact  Publications "  yang telah diadakan selama tiga hari dari 4 - 7 Julai 2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1