Syabas dan tahniah kepada seluruh warga JIP yang telah berjaya melaksanakan Perkongsian Profesionalisme IPGM Kampus Ipoh bersama PPN Padang Besar,Prasekolah Pendidikan Khas Sk Kuala Perlis dan IPGM Kampus Perlis pada 17-19 Julai 2024. Program ini berlangsung di IPGM Kampus Perlis,Sk Kuala Perlis dan Pusat Permata Negara,Padang Besar.
Tujuan lawatan kali ini adalah untuk persediaan Jabatan Ilmu Pendidikan untuk menerima kursus PDPP PAKK pada bulan Oktober tahun ini. Sekurang-kurangnya para pensyarah dapat menambah info berkaitan parasekolah Pendidikan Khas dan Taska Pusat Permata Negara.
Pada 18hb. Julai ,rombongan IPGM Kampus Ipoh telah sampai di Sk Kuala Perlis. Peserta rombongan disambut oleh GB dan guru-guru sekolah berkenaan dan diberi taklimat tentang sekolah yang terkenal dengan keceriaan yang menarik.
Ahli rombongan JIP, juga telah diberi taklimat dan info baru berkaitan prasekolah pendidikan khas.Pelatih dan pensyarah telah membuat aktiviti Seni dalam Pendidikan bersama kanak-kanak berkeperluan khas.
Manakala program kedua diteruskan bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Perlis. Perjumpaan singkat tersebut diisi dengan perkongsian tentang inovasi IPGM Kampus Ipoh yang diwakili Dr. Zuliana telah membentangkan tajuk inovasi bertajuk kesihatan mental.
Pada hari ke tiga, lawatan diteruskan ke ke PPN Padang Besar .Kami diberi taklimat berkaitan pengurusan, kurikulum, kewangan, fizikal pusat dan perkara lain tentang Pusat Permata Negara.Kanak-kanak sempat melakukan aktiviti Seni dalam Pendidikan bersama pelatih dan pensyarah Kampus Ipoh.
Kesimpulannya, lawatan kali ini sungguh bermakna dan mencapai objektif kepada para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan