Syabas dan tahniah kepada Tn Hj Azlan bin Lin yang merancang dan merangsang pelajar PACK3103 untuk mengendalikan Program PLC : Pengurusan Acara. Program ini berkaitan TeaTalk : Teknik Penulisan Teks Pengacara Majlis pada 10.07.2024 di Mini Teater, IPGM Kampus Ipoh, anjuran Unit W : PACK bersama Jabatan Ilmu Pendidikan.
Keberkesanan program ini memberi input kepada 17 orang pelajar mengikuti kursus PACK3013 (Pengurusan Acara) berkaitan teknik penulisan teks pengacaraan majlis.
Penceramah jemputan ialah En Mohd Faizul bin A. Halim, Pensyarah Akademik, Jabatan Pengajian Melayu. Perasmi program ini ialah En Shaddin bin Ahmad, Pen. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Semoga program ini dapat dilaksanakan di masa akan datang bagi menyediakan pengetahuan kepada pelajar sebelum bertugas sebagai guru di masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan