• ;

30.08.2021 - Tahniah Dr. Baskaran dan OUM : Lantikan sebagai Penyelia Pelajar Doktor Falsafah Pendidikan (EdD)

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Baskaran a/l Kannan , Pensyarah Kanan, JIP yang telah dilantik sebagai Penyelia untuk pelajar Doktor Falsafah Pendidikan (EdD)  dari Universiti Terbuka Malaysia



Kongsi:

30.08.2021 - Tahniah Dr. Baskaran dan IPGKI : Lantikan Pakar Penilai Manuskrip Artikel Jurnal Penyelidikan Dedikasi IPGKI Tahun 2021

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Baskaran a/l Kannan , Pensyarah Kanan, JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Manuskrip Artikel Jurnal Penyelidikan Dedikasi IPGKI Tahun 2021. 





Kongsi:

30.08.2021 - Tahniah Dr. Baskaran dan UPSI : Lantikan Pakar Penilai Instrumen Kajian Doktor Falsafah

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Baskaran a/l Kannan , Pensyarah Kanan, JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Instrumen Kajian Doktor Falsafah Dalam Bidang  "Pendidikan Multimedia" dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian tersebut bertajuk Keberkesanan Gamifikasi Mudah Alih Terhadap Minat Dan Pencapaian Dalam Kalangan Murid SJKT Di Daerah Kinta Selatan Dalam Subjek Matematik”.



Kongsi:

30.08.2021 - Tahniah Dr. Baskaran dan OUM : Lantikan Pakar Penilai Instrumen Kajian Doktor Falsafah

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Baskaran a/l Kannan , Pensyarah Kanan, JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Instrumen Kajian Doktor Falsafah Dalam Bidang  "Instructional Technology at the Cluster of Education and Social Sciences" dari Universiti Terbuka Malaysia. Kajian tersebut berkaitan TPACK looking at the factors influencing teachers' TPACK in primary schools in Malaysian”.



Kongsi:

29.08.2021 : Tahniah En Zulkufli dan UMK : Lantikan Pakar Penilai Instrumen Kajian Doktor Falsafah

 SYABAS dan TAHNIAH kepada En. Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan, JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Instrumen Kajian Doktor Falsafah Dalam Bidang Pembangunan dan Pendidikan Nilai dari Universiti Malaysia Kelantan. Kajian tersebut bertajuk “Evaluating Educational YouTube Video for Preschoolers”.



Kongsi:

29.08.2021 - Tahniah Dr Mariah dan UPSI : Lantikan sebagai Pakar Penilai Pengesahan Modul dan Instrumen

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Mariah binti Kamarudin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Pengesahan Modul dan Instrumen Kajian Doktor Falsafah (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. 

Kajian tersebut bertajuk "Kesan Modul Kelompok Bimbingan Neo-Cognitive Behavior Therapy (NEO-CBT) Terhadap Pengetahuan dan Aplikasi NEO-CBT, Konsep Kendiri dan Resilien dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah".



Kongsi:

28.08.2021 - TAHNIAH DR GANESAN : PENERBITAN ARTIKEL DALAM JURNAL ANTARABANGSA

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menerbitkan 5 Artikel dalam Jurnal Terindeks Antarabangsa sepanjang bulan Ogos 2021. Artikel beliau telah diterbitkan dalam EPRA International Journal of Multidisciplinary Research dan EPRA International Journal of Research & Development. Kedua-dua  Jurnal ini adalah bertaraf ISI ( International Scientific Indexing).









Kongsi:

28.08.2021 - KPPB W1-W4 : Pengalaman Sewaktu di IPGKI

Tahniah dan syabas kepada En Mustafa Kamal bin Elias, Pensyarah Kanan, JIP yang berjaya membimbing pelajar Unit W1-W4 sehingga berjaya melaksanakan Program Tea Talk.



*******

 Assalamualaikum dan salam sejahtera🌹

Untuk makluman semua, sabtu malam ini akan diadakan program "Tea Talk". Maklumat adalah seperti yang berikut:


🌹Tajuk: *Program Tea Talk*

🌹Tema: *Pengalaman Sewaktu di IPGKI*

🌹 Hari: *Sabtu*

🌹Masa: *8.00 malam - 9.00 malam*

🌹Peserta: *W1-W4*


Link meet:

https://meet.google.com/gck-tytb-ebm


Sehubungan dengan itu, diminta semua pelajar join gmeet pada pukul 8.00 malam. Kehadiran anda adalah diwajibkan. Terima kasih.

Kongsi:

28.08.2021 - Tahniah kepada Pn Hani Bebe, En. Azlan dan En Manimaran : KPPB - Chit Chat Session - Unit W8 & W9

 𝕎𝔼𝔹𝕀ℕ𝔸ℝ 𝕂𝔸ℙ𝔸𝕊𝕀𝕋𝕀 ℙ𝔼𝕄𝔹𝔼𝕃𝔸𝕁𝔸ℝ𝔸ℕ 𝔹𝔼ℝ𝕄𝔸𝕂ℕ𝔸 (𝕂ℙℙ𝔹) 𝔸ℕ𝕁𝕌ℝ𝔸ℕ 𝕀ℙ𝔾 𝕂𝔸𝕄ℙ𝕌𝕊 𝕀ℙ𝕆ℍ 

Tahniah kepada Pn Hani Bebe dan En Azlan bin Lin, pensyarah JIP dan En Manimaran, pensyarah JHEP yang membimbing  pelajar Unit W8 dan W9 sehingga berjaya melaksanakan Chit Chat Session. 

Pelaksanaan KPPB ini mengabungkan kemahiran subjek EDUP3013 & EDUP3023 yang berlangsung dalam talian.




************

Kami berbesar hati menjemput semua pelajar di seluruh Malaysia khususnya kepada pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru untuk turut serta memeriahkan _Chit Chat Session_:

🗒️ Tajuk : _Teori L. Kohlberg: Pembentukan Sahsiah Guru Profesional_

🎙️ Panel : 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐀𝐃

 _Kaunselor Pelajar IPG Kampus Ipoh_

🎙️ Perasmi : 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐔𝐅𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔𝐃𝐈𝐍

_Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh_

🎙️ Moderator  : 𝐂𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐑𝐔𝐋 𝐈𝐙𝐙 𝐀𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐑𝐏𝐀𝐍𝐃𝐈


🗓️ Tarikh    : 28 Ogos 2021 (Sabtu)

🕙 Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

📱 Tempat : YOUTUBE LIVE STREAM 

( https://youtu.be/BzgOi60LM2w )


🎟️ 𝐋𝐈𝐍𝐊 𝐏𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍

( https://forms.gle/3HUfWyoRtKok28379 )


🏆 Semua peserta yang menyertai _Chit Chat Session_ ini berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM150 dan e-sijil disediakan.


𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧,𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 :

☎️ Salihin : https://wa.me/601114065398

☎️ Aina : https://wa.me/60133912924


🔰 Anjuran Unit W8 dan W9 IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh


Bersama bimbingan :

💠𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐁𝐄 𝐀𝐋𝐓𝐀 𝐌𝐈𝐀𝐇

Jabatan Ilmu Pendidikan

💠𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐀𝐙𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐍

Jabatan Ilmu Pendidikan

💠𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀/𝐋 𝐕𝐀𝐃𝐈𝐕𝐄𝐋𝐔

Jabatan Hal Ehwal Pelajar


Sekian, terima kasih.

IPG KAMPUS IPOH 👨🏻‍💻


Kongsi:

28.08.2021 : Tahniah En Rosli bin Ngah- Konsultansi di SMK Tambun.

Tahniah kepada En Rosli bin Ngah, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan yang berkongsi kemahiran dan melaksanakan konsultansi bersama SMK Tambun. Lukisan Mural yang menjadi sasaran keindahan lanskap sekolah. Sekolah Indah, Pelajar Sejahtera.





Kongsi:

27.08.2021 - Tahniah En Mustafa Kamal : KPPB 2.0 - Kompetensi Global 6C

Syabas dan tahniah kepada En Mustafa Kamal bin Alias, Pensyarah Kanan JIP telah berkongsi Ilmu dalam Program Ipoh Campus Talk Siri 7/2021.

Perkongsian ilmu ini berkaitan KPBB 2.0  khususnya kompetensi global 6C.




************

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Datuk Dr./ Dato’ Dr./ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,  

HEBAHAN PROGRAM Ipoh Campus Talk 2021

2.          Sukacita dimaklumkan IPG IPOH akan menganjurkan program ICT Siri 7/2021 sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh    : 27 Ogos 2021 (Jumaat)

Masa     :  9.00 am

Tempat :  Secara dalam talian melalui aplikasi  google meet  https://meet.google.com/kna-kout-dmh 

3.            Sehubungan itu, IPGK Ipoh amat berbesar hati menjemput semua warga untuk menyertai program anjuran bersama JPPI dan UPL IPGKI

Kehadiran akan direkod dalam SPLKPM melalui QR Code yang akan ditayang semasa program.

4.           Penyertaan YBhg. Datuk Dr./ Dato' Dr./Dato’/ YBrs. Dr./ tuan/ puan ke program ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

"# Leading Future Model Teacher"

Kongsi:

27.08.2021 : Tahniah Pn Saripah dan Pn Anis Salwa - Mencetuskan Idea Siswa Guru Melaksanakan KPPB EDUP3043

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Saripah Rabea'ah binti Syed Ali, Timbalan Ketua Jabatan, JIP dan Pn Anis Salwa binti Adenan, Pensyarah JIP  yang telah membimbing siswa guru Unit V3 dan V9 untuk melaksanakan KPPB bertajuk Intervensi Menangani Tingkah laku Bermasalah Menggunakan Terapi Seni.

Justeru, En Zulkufli bi Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan terus merangsang dan menggalakkan para pesnyarah Jabatan Ilmu Pendidikan untuk melaksanakan KPPB dalam sesi pembelajaran.





**********************************

Program Tea-Talk EDUP3043: INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH MENGGUNAKAN TERAPI SENI (KPPB-Rakan Pembelajaran)

1.       Bertujuan:

·    Untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada pelatih berkaitan dan perasaan berada di tempat pelaku

·     Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana melaksanakan aktiviti intervensi terapi seni terhadap pelajar.  Melalui rakan pembelajaran bagi meningkatkan amalan Kompetensi Global 6C dalam proses pembelajaran tersebut

 

2    Program ini berlangsung pada :

-          Tarikh  : 27.08.2021 (Jumaat), Masa : 2.30- 4.30 petang

-          Tempat: Google Meet (https://meet.google.com/pmj-zuqr-cyf)

 

3.       Siapa terlibat:

-          Penceramah jemputan: Pn Nurul Shuhada binti Sharif Mudin

                                           (Kaunselor Pentadbir, IPG Kampus Ipoh)

-          Pensyarah Penasihat    : Puan Anis Salwa binti Ahmed @ Adnan

-          Perasmian                      : Pn Saripah Rabea’ah binti Syed Ali,

                                           Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

-          Peserta                            : Semua siswa siswi Unit V3 dan V9

 

4.       Impak program terhadap peserta:

-          Ciri kolaboratif berlaku disebabkan siswa guru, pensyarah dan penceramah saling bertukar pendapat serta berkongsi idea mengenai tajuk yang dibincangkan.

-          Sahsiah yang baik juga dapat ditanamkan dalam diri siswa guru iaitu memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai intervensi menangani tingkah laku bermasalah menggunakan terapi seni.

-          Siswa guru lebih yakin untuk berkomunikasi apabila dapat memberikan pandangan dan soalan kepada penceramah.

Kongsi:

26/08/2021 - TEA TALK KPPB - INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH SESI 1

 Syabas dan tahniah kepada Pn Anis Salwa, Pensyarah Kanan, JIP yang telah membimbing siswa guru Unit Unit V1, V8 & V9 melaksnakan Webinar berkaitan "Intervensi Menangani Tingkahlaku Bermasalah Sesi 1."




*****************************

TEA TALK KPPB - INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH SESI 1

 PANEL: DR AHMAD ZOHRI BIN ISHAK, KAUNSELOR / PENSYARAH JIP, IPG KAMPUS PULAU PINANG.

 TUJUAN PROGRAM: GURU PELATIH MENGENALI DAN MEMAHAMI INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH

 TARIKH : 26 OGOS 2021 (KHAMIS)

 MASA : 8.30 - 10.00 PAGI

 MEDIUM: GOOGLE MEET

 ANJURAN BERSAMA: JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS IPOH

 BILANGAN PESERTA : Unit V1, V8 & V9

Program ini memberi peluang kepada para guru pelatih untuk lebih memahami intervensi dalam menangani tingkah laku bermasalah. Melalui program ini, pelbagai bentuk intervensi yang boleh digunakan oleh para guru pelatih pada masa kelak telah diperkenalkan. Bukan itu sahaja, panel yang berpengalaman turut mengongsikan langkah-langkah pengaplikasian intervensi tersebut supaya pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada para guru pelatih untuk supaya lebih memahami informasi yang telah disampaikan. Secara tuntas, program ini memberi banyak manfaat kepada guru pelatih kerana dapat mempelajari daripada pengalaman berbanding memperoleh ilmu melalui pembacaan sahaja.

Kongsi:

24.08.2021 - Tahniah Dr Tan Ai Lee - Selaku Moderator Penyeliaan Berkesan Pascasiswazah Siri 2

Penyeliaan Berkesan Pascasiswazah Siri 2: Menangani Isu-isu dalam Analisis Data Kuantitatif Penyelidikan Pendidikan

Anjuran :  Pusat Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Unit Pembangunan Latihan.

Tarikh :  24 Ogos 2021

Masa :  9.00 pagi hingga 11 pagi

Penceramah jemputan :  Dr Ahmad Zamri bin Khairani, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Moderator :  Dr Tan Ai Lee

Kursus Penyeliaan Berkesan Pascasiswazah Siri 2 telah dimulakan tepat pada pukul 9 pagi..  Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Tn Pengarah IPG Kampus Ipoh, Dr Yahya bin Osman dan seterusnya beliau terus merasmikan Kursus Penyeliaan Berkesan Pascasiswazah Siri ke2 ini.

Penceramah jemputan telah memberikan ceramah yang komprehensif dan banyak pengalaman beliau mengenai isu-isu analisis data kuantitaif telah beliau kongsikan.

Majlis ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi dengan sesi bergambar.







Kongsi:

23.08.2021 - Tahniah Dr Tan Ai Lee : Taklimat Penggubalan Peperiksaan Alternatif (OBT) Oktober 2021

TAKLIMAT PENGGUNAAN RUBRIK ANALITIK ATAU HOLISTIK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN,KESAHAN, KEOBJEKTIFAN DAN STANDARD PEMARKAHAN PENTAKSIRAN

 

Tarikh :  23 Ogos 2021

Masa :  2.30 hingga 4.00 petang.

Anjuran :  Unit Peperiksaan dan Penilaian , IPG Kampus Ipoh

Dr Tan, selaku Ketua Pemeriksa Dalam (PD) memberikan satu taklimat ringkas tentang penggunaan rubrik analitik atau holistik untuk penggubalan Peperiksaan Alternatif (OBT) Oktober 2021 untuk PISMP.  Kumpulan sasaran yang terlibat adalah semua penggubal untuk peperiksaan Oktober 2021, semua SME (Subject Matter Experts) dan semua PD (Pemeriksa Dalam) IPG Kampus Ipoh.

Taklimat ini diberikan ekoran daripada penerimaan Surat Siaran Keputusan Mesyuarat Senat Institut-institut Pendidikan Guru Kali ke 56 Tahun 2021 tentang penggunaan rubrik analitik atau holistik untuk meningkatkan kebolehpercayaan,kesahan, keobjektifan dan standard pemarkahan pentaksiran yang memerlukan tindakan segera oleh semua penggubal peperiksaan, SME dan PD.








Kongsi:

21.08.2021 - Tahniah Dr Vasugi Muniandy : KPPB bertajuk Murid Inklusif Permata Dunia Pendidikan

Syabas dan tahniah kepada Dr Vasuki Muniandi, Pensyarah Kanan JIP yang terus membimbingpelajar Siswa Guru V2 untuk melaksanakan webinar KPPB bertajuk Murid Inklusif Permata Dunia Pendidikan.




*****************************************************

Nama Program :    Forum Rakan Pembelajaran (KPPB)

 Tajuk Forum     :    Murid Inklusif Permata Dunia Pendidikan

 Panel                :    1. Dr  Thilagha Jagaiah ((University of Hartford, Amerika Syarikat)

2.  Dr Shielathy Arumugam ( SMK Datuk Haji Abdul Wahab, Sungai Siput.

 Tarikh               :    21 Ogos 2021

 Masa                :    8.30-10.30 pagi

 Platform           :    Google Meet

 Anjuran            :    Siswa V2

 Bimbingan       :    Dr Vasuki Muniandy, JIP

 Tujuan          :       

Program Bicara Profesional ini memfokuskan kepada kursus EDUP3043 (Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku}.dengan tujuan  meningkatkan kefahaman pelajar terhadap tajuk pembelajaran Kanak-kanak.  Berkeperluan Pendidikan Khas. Melalui program ini pelajar mendapat pelbagai pendedahan terutamanya untuk mengimplementasi elemen 6C  melalui perkongsian Rakan Pembelajaran di peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Selain itu para peserta turut dapat membuat   perbandingan berkaitan polisi dan program pendidikan inklusif yang dijalankan di Malaysia dan Amerika Syarikat.


Kongsi:

15.08.2021 - Tahniah Dr Hamdiah - Webinar Tea Talk : Peningkatan Potensi Individu Memberi Kesejahteraan Hidup

 Syabas dan tahniah kepada Dr Hamdiah yang telah membimbing siswa guru melaksanakan webinar KPPB EDUP 3023 & EDUP 3013 bertajuk Tea Talk : Peningkatan Potensi Individu Memberi Kesejahteraan Hidup. Webinar ini anjuran Unit W11 & W12.





*******

Assalamulaikum | Salam Sejahtera

KPPB EDUP 3023 & EDUP 3013 | Tea Talk : Peningkatan Potensi Individu Memberi Kesejahteraan Hidup


Tarikh : 15 Ogos 2021 | Ahad

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Google Meet : https://meet.google.com/jmt-rtdu-ipe

Penceramah : Cik Nizatuledayu Binti Jamai, Ketua Unit Psikologi Dan Kaunseling, IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat

Moderator : Cik Nur Syaza Anati Binti Shaharud-din | W12

Anjuran : W11 & W12

Pensyarah Pembimbing : Dr. Hamdiah binti Jailani, En. Rosli bin Ngah (JIP) | Dr. Kamaruddin bin Ilias (JPPI)

Tentatif Program : 

10.00 pagi

- Pelajar dan pensyarah bersedia dalam Google Meet

- Ucapan aluan moderator 

- Ucapan aluan Ketua Jabatan JIP

- Program ‘Tea Talk’ bermula

- Sesi soal jawab

12.00 tengahari : Majlis bersurai

Terima kasih.

Kongsi:

11-12.08.2021 - LPS JIP : PdPr Menarik, Pelajar Tertarik

 Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan Latihan Pembangunan Staf (LPS)khusus untuk para pensyarah JIP. Pengerusi JK LPS Jabatan, Pn Mastura Kamaruddin telah merancang bersama JKuasanya sehingga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tarikh : 11 & 12 Ogos 2021
Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 8.30 - 4.30pm
Platform : GoogleMeet

Sesi 1 : Perasmian (Ketua Jabatan) dan Penceramah 1 (Dr Hamdiah)

Perasmian oleh En. Zulkufli bin Mahayudin, KJ JIP

Sesi 2 : Latihan/ Praktikal (Peserta membina Padlet utk kegunaan PDP)


Contoh paparan Padlet yang telah berjaya dibina oleh peserta


Sesi 3 (Penceramah : Cikgu Fatin binti Zulkefli)

Cikgu Fatin sedang memberi kursus 

Cikgu Fatin yang sedang menjelaskan beberapa perisian digital percuma yang
boleh digunapakai dalam PdPr


Aplikasi Canva yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan PdPr



Beberapa jenis aplikasi permainan secara maya untuk PdPr



Contoh aplikasi permainan secara maya untuk PdPr



Senarai aplikasi yang Cikgu Fatin kongsikan



Sesi bergambar bersama Cikgu Fatin

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Penceramah dan Peserta kursus yang telah mengikuti LPS ini. Semoag segala perkongsian ilmu ini bermanfaat dan memantapkan proses PdPr dan seiring dengan tema kursus ini iaitu PdPr Menarik, Murid Tertarik.

Kongsi:

5-7.08.2021 - Tahniah Dr Ganesan : Pembentangan Peringkat Antarabangsa (Malaysia - Indonesia - India)

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Conference on Language, Humanities, Social Sciences and Education yang telah diadakan dari 5 - 7 August,2021 di Tamil Nadu, India.

Beliau juga telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk " The Role of Tamil Newspapers in the Development of Tamil Education in Malaya, 1946-1960.".

Persidangan Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh State Islamic Institute, Madura, Indonesia, Universitas Muhammadiyah Sidenreng, Indonesia, Universitas Al Asyariah, Mandar, Indonesia,  Cape Comorin Trust India,Lavender Literary Club India Dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.




Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1