03.08.2021 - KPPB : Program Tea-Talk (EDUP3023 & EDUP3013)

Tahniah dan syabas kepada Dr. Baskaran, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan dan rakan-rakan pensyarah lain yang turut melaksanakan Program Tea-Talk untuk EDUP3023 (Perkembangan Kanak-kanak) dan EDUP3013 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia)

Tajuk perbincangan ialah Isu Sosiemosi Kanak-kanak Sekolah Rendah (Hubung kait dengan Teori Erik Erikson)- KPPB Rakan Pembelajaran

Program Tea-Talk EDUP3023 dan EDUP3013 Isu Sosioemosi Kanak-kanak Sekolah Rendah (Hubung kait dengan Teori Erik Erikson) berlangsung dengan tujuan:

i. Untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada guru pelatih kepentingan mengenalpasti isu-isu sosioemosi kanak-kanak sekolah rendah.

ii. Memberi pendedahan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari unit W1, 3, 4, 7 dan PDPP bagaimana melaksanakan aktiviti Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) melalui Rakan Pembelajaran di samping meningkatkan amalan Kompetensi Global 6C dalam proses pelaksanaan sesuatu program.

Program ini berlangsung seperti butiran seperti di bawah:

Tarikh  : 03.08.2021 (Selasa – 8.30 pm – 10.30 pm)

Tempat  :  Google Meet (https://meet.google.com/xhu-sjfn-tjt)

Penceramah Jemputan  :  Dr Suguna Sankaran (Pensyarah kanan – IPGK Bahasa Antarabangsa, merangkap panel penggubal RMK EDUP3023)

Pensyarah Penasihat  :  Dr Baskaran Kannan

Perasmian  :  En Zulkufli Mahayudin – KJ JIP, IPGKI)

Impak Program dari sudut peserta

Secara keseluruhannya, sesi ‘Tea-Talk’ ini sangat bermanfaat kepada para pelajar unit W1, W3, W4, W7 dan PDPP kerana banyak maklumat dapat dikongsikan sekaligus mendorong pelajar lebih faham akan Teori Erik Erikson dengan jelas. Cara penyampaian Dr. Suguna sebagai penceramah amat menarik dan tidak membosankan. Perbincangan dan penerangan secara dua hala memberi manfaat secara maksima kepada para pelajar dalam menyiapkan kerja kursus EDUP3013 dan EDUP3023. Di samping itu, pendekatan berbentuk interaktif yang dipraktikkan oleh Dr. Suguna seperti mentimeter, jamboard dan mind map sudah nyata bukan sahaja menarik minat semua pelajar untuk terus fokus malah meningkatkan semangat para pelajar untuk terus mendengar perkongsian beliau secara teliti. Pensyarah-pensyarah dari IPG Kampus Ipoh juga memainkan peranan penting dalam menjayakan sesi 'Tea-Talk' kerana mereka bukan sahaja memberi bimbingan dalam melaksanakan program ini malah memberi komen-komen yang membina. Kami belajar banyak perkara baharu dan tambahan melalui program berbentuk KPPB.  Akhirnya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami Dr. Baskaran A/L Kannan. Atas usaha beliau yang mempertemukan pelajar-pelajar dari unit W1, W3, W4, W7 dan PDPP dengan Dr. Suguna telah memudahkan urusan kami dalam melaksanakan tugasan kerja kursus dengan cemerlang.

Poster Program Tea Talk 


Program Tea Talk sedang berlangsung



Sebahagian peserta dalam kalangan Siswa Guru IPGKI


Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1