27.08.2021 : Tahniah Pn Saripah dan Pn Anis Salwa - Mencetuskan Idea Siswa Guru Melaksanakan KPPB EDUP3043

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Saripah Rabea'ah binti Syed Ali, Timbalan Ketua Jabatan, JIP dan Pn Anis Salwa binti Adenan, Pensyarah JIP  yang telah membimbing siswa guru Unit V3 dan V9 untuk melaksanakan KPPB bertajuk Intervensi Menangani Tingkah laku Bermasalah Menggunakan Terapi Seni.

Justeru, En Zulkufli bi Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan terus merangsang dan menggalakkan para pesnyarah Jabatan Ilmu Pendidikan untuk melaksanakan KPPB dalam sesi pembelajaran.





**********************************

Program Tea-Talk EDUP3043: INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH MENGGUNAKAN TERAPI SENI (KPPB-Rakan Pembelajaran)

1.       Bertujuan:

·    Untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada pelatih berkaitan dan perasaan berada di tempat pelaku

·     Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana melaksanakan aktiviti intervensi terapi seni terhadap pelajar.  Melalui rakan pembelajaran bagi meningkatkan amalan Kompetensi Global 6C dalam proses pembelajaran tersebut

 

2    Program ini berlangsung pada :

-          Tarikh  : 27.08.2021 (Jumaat), Masa : 2.30- 4.30 petang

-          Tempat: Google Meet (https://meet.google.com/pmj-zuqr-cyf)

 

3.       Siapa terlibat:

-          Penceramah jemputan: Pn Nurul Shuhada binti Sharif Mudin

                                           (Kaunselor Pentadbir, IPG Kampus Ipoh)

-          Pensyarah Penasihat    : Puan Anis Salwa binti Ahmed @ Adnan

-          Perasmian                      : Pn Saripah Rabea’ah binti Syed Ali,

                                           Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

-          Peserta                            : Semua siswa siswi Unit V3 dan V9

 

4.       Impak program terhadap peserta:

-          Ciri kolaboratif berlaku disebabkan siswa guru, pensyarah dan penceramah saling bertukar pendapat serta berkongsi idea mengenai tajuk yang dibincangkan.

-          Sahsiah yang baik juga dapat ditanamkan dalam diri siswa guru iaitu memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai intervensi menangani tingkah laku bermasalah menggunakan terapi seni.

-          Siswa guru lebih yakin untuk berkomunikasi apabila dapat memberikan pandangan dan soalan kepada penceramah.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1