TAKLIMAT PENGGUNAAN RUBRIK ANALITIK ATAU HOLISTIK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN,KESAHAN, KEOBJEKTIFAN DAN STANDARD PEMARKAHAN PENTAKSIRAN
Tarikh : 23
Ogos 2021
Masa : 2.30
hingga 4.00 petang.
Anjuran : Unit Peperiksaan dan Penilaian , IPG Kampus Ipoh
Dr Tan, selaku Ketua Pemeriksa Dalam (PD) memberikan satu taklimat ringkas tentang penggunaan rubrik analitik atau holistik untuk penggubalan Peperiksaan Alternatif (OBT) Oktober 2021 untuk PISMP. Kumpulan sasaran yang terlibat adalah semua penggubal untuk peperiksaan Oktober 2021, semua SME (Subject Matter Experts) dan semua PD (Pemeriksa Dalam) IPG Kampus Ipoh.
Taklimat ini diberikan ekoran daripada penerimaan
Surat Siaran Keputusan Mesyuarat Senat Institut-institut Pendidikan Guru Kali
ke 56 Tahun 2021 tentang penggunaan rubrik analitik atau holistik untuk
meningkatkan kebolehpercayaan,kesahan, keobjektifan dan standard pemarkahan
pentaksiran yang memerlukan tindakan segera oleh semua penggubal peperiksaan,
SME dan PD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan