31.07.2021 - Program Tea-Talk EDUP3043 : “Pengurusan Bilik Darjah Inklusif Yang Melibatkan Murid Berkeperluan Khas” (KPPB-Rakan Pembelajaran)

Program Tea-Talk  EDUP3043 : “Pengurusan Bilik Darjah Inklusif Yang Melibatkan Murid Berkeperluan Khas” (KPPB-Rakan Pembelajaran berlangsung dengan tujuan:

i.          Untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada pelatih bagaimana mengurus bilik darjah inklusif yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas.

ii. ii.                   Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana  melaksanakan aktiviti Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna,  melalui Rakan-pembelajaran disamping meningkatkan amalan Kompetensi Global 6C dalam  proses pembelajaran tersebut. 

Program ini berlangsung seperti butiran di bawah:

-          Tarikh  : 31.07.2021 (Sabtu), Masa : 9.00,

-          Tempat: Microsoft Teams (https://bit.ly/37jGZBX)

-          Penceramah jemputan: Dr Mohd Anuar bin Abdullah (Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, KPM)

-          Pensyarah Penasihat: Pn Saripah Rabea’ah binti Syed Ali

-          Perasmian: KJ JIP, En Zulkufli bin Mahayudin

-          Peserta: Semua siswa siswi PISMP Ambilan Jun 2020 (Unit V) seramai  370  dan pensyarah dijemput seramai 15 org

5.       Impak program terhadap peserta:

-          Kesedaran supaya semua peserta bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk menghadapi cabaran dalam menguruskan bilik darjah inklusif yang melibatkan murid berkeperluan khas

-          Dapat meningkatkan kefahaman bagaimana mengaplikasikan beberapa model dan kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam Amalan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)






Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1