27.07.2021 - Tahniah En Rosli Ngah : Pelaksanaan Bimbingan Intruksional Pencerapan PDPR Secara Dalam Talian

Tahniah kepada En Rosli bin Ngah, pensyarah kanan Jabatan Ilmu Pendidikan yang melaksanakan kuliah (PDPR) Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia (EDUP3013) secara dalam talian berasaskan Google Meet pada 27.07.2021 (Selasa) bersama 15 orang siswa guru Unit  W11 (PJK).

Justeru, En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan berkesempatan melaksana proses bimbingan instruksional pencerapan sewaktu proses PDPR subjek EDUP3013 itu berlangsung.

Siswa Guru unit W11 juga berkesempatan berbual-bicara dengan En Zulkufli bin Mahyudin berkenaan hala tuju dan skop KPPB dalam Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

Interaksi yang bersifat dua hala dan pelbagai soalan dapat dikemukan oleh siswa guru untuk memantapkan kefahaman mereka berkenaan pelaksanaan KPPB dalam sistem pendidikan di IPG. Penjelasan En Zulkufli yang mudah, ringkas dan padat mampu meningkatkan kefahaman siswa guru Unit W11(PJK).




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1