Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan program Perkongsian Pintar: Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling yang bertempat secara atas talian pada 08.03.2023, jam 2.00 hingga 4.30 petang.
Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling.
Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Kamaruddin bin Ilias, pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh dan sasaran program ini merupakan semua pensyarah dan siswa guru major Bimbingan dan Kaunseling seramai 80 orang.
Tujuan ceramah ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada siswa guru berkenaan Penyelidikan Kuantitatif dan analisis data, membudayakan aktiviti penyelidikan yang berkualiti dalam kalangan siswa guru dan mewujudkan kefahaman yang mendalam berkenaan penyelidikan kualitatif serta analisis data.
Program ini dimulakan tepat pada jam 2.00 petang dengan dimulai bacaan doa daripada Muhammad Izham, siswa guru dari unit V18, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh dan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling oleh Dr. Kamaruddin bin Ilias.
Peserta hadiri dalam Google Meet
Dr. Kamaruddin telah menyampaikan perkongsian secara dua hala yang juga melibatkan komunikasi bersama para siswa guru walaupun secara atas talian. Pada akhir program, para siswa guru telah mempunyai celik akal mengenai penyelidikan kuantitatif yang termasuk dalam aspek jenis-jenis penyelidikan kuantitatif, jenis-jenis instrumen yang digunakan, cara mengumpul data, cara melaksanakan penyelidikan secara kuantitatif dan banyak lagi. Program ini tamat pada tepat jam 4.30 petang.
Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyampaikan cenderamata kepada penceramah.
Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan kerana dapat memberi pendedahan dan maklumat yang baru terhadap para siswa guru IPG Kampus Ipoh mengenai penyelidikan secara kualitatif sekaligus dapat membantu para siswa guru menyelesaikan tugasan kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (PBKK3143) yang diambil oleh para siswa guru pada semester ini.