28.03.2023 - Majlis Berbuka Puasa (IFTAR) Perdana IPG Kampus Ipoh.

MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTAR) PERDANA IPG Kampus Ipoh bersama Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Shafruddin bin Ali Hussin, Sektor Pembangunan dan Profesionalisme.

Iftar Perdana ini anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, di Surau IPG Kampus Ipoh.

Turut bersama menjayakan majlis adalah 800 orang siswa guru yang tinggal di asrama termasuk siswa guru bukan Islam serta 60 orang pensyarah dan staf kampus.

 Selesai iftar YBhg TKPPM turut meluangkan waktu menunaikan solat sunat tarawih bersama-sama pensyarah dan siswa guru IPG Kampus Ipoh.

Penghargaan khas buat YBhg. TKPPM atas kesudian berkunjung serta turut bersama memeriahkan majlis. Terima kasih En Nadimin, pegawai khas TKPPM dan Puan Lailati Mohd Noh, wakil rasmi YBhg. Dr Rektor yang turut bersama membantu kelancaran majlis.

Semoga usaha dan kerja buat ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah Yang Maha Esa.

Dr. Mariah, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan bersama Pn Lailati, KPP Disiplin dan Kebajikan, IPGM (wakil rasmi Rektor), En Mohd Khadri Fazil Rahman, Timb Pengarah IPGKI.

Warga JIP dan siswa guru bersama YBhg. TKPPM

En Mohd Khadri Fazil Rahman, Timb Pengarah IPGKI menyampaikan cenderamata kepada YBhg TKPPM.

En Mohd Khadri Fazil Rahman, Timb. Pengarah, IPGKI menyampaikan cenderamata kepada YBhg TKPPM.


Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1