Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Zulliana binti Hassan, pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana berjaya menerima Sijil Penghargaan Tik-Tok Pendidikan Popular (Lebih 1000 orang pengikut dalam tempoh 1 minggu).
Dr. Zulliana Hassan menerima sijil penghargaan daripada En Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGKI.
Sijil Penghargaan ini disampaikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah, IPG Kampus Ipoh di Perhimpunan Organisasi April dan Majlis Santunan Budi pada 31 Mac 2023 di Dewan Seri Tanjung, IPGKI.
Sempena Kursus Tik-Tok dalam Pendidikan anjuran Unit Ilmu Pendidikan telah menawarkan hadiah kepada peserta kursus yang berjaya mendapatkan lebih 1000 pengikut dalam tempoh 1 minggu. Lantaran itu, Dr. Zulliana adalah peserta kursus yang berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan