Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Unit Ilmu Pendidikan yang telah menganjurkan Kursus Pemanfaatan Digital Pengajaran dan Pembelajaran Berimpak Tinggi pada 9 - 10 Mac 2023 bertempat di Makmal Simulasi Bestari, IPG Kampus Ipoh.
Penceramah jemputan ialah En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, Pegawai Pengurusan, Unit Penilaian dan Peperiksaan yang memiliki pengetahuan luas dalam bidang Teknologi Maklumat.
Para pensyarah JIP seramai 25 orang telah mendapat pengetahuan baharu dengan aplikasi Tik-Tok dalam pendidikan.
Kursus ini amat bermakna kerana dunia digital amat pantas berlaku perubahan demi perubahan. Pensyarah JIP terus bersemangat mempelajari dan mengaplikasi Tik Tok dalam dunia pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan