01.03.2023 - Perkongsian Pintar : Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling.

Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan program Perkongsian Pintar: Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling yang bertempat secara atas talian pada 01 Mac 2023,  jam 2.00 hingga 4.00 petang. 


Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Munirah binti Abdul Hamid, pensyarah Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh dan sasaran program ini merupakan semua siswa guru major Bimbingan dan Kaunseling seramai 80 orang. 

Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada siswa guru berkenaan Penyelidikan Kualitatif dan analisis data, membudayakan aktiviti penyelidikan yang berkualiti dalam kalangan siswa guru dan mewujudkan kefahaman yang mendalam berkenaan penyelidikan kualitatif serta analisis data.

Program ini dimulakan tepat pada jam 2.00 petang dengan dimulai bacaan doa daripada Muhammad Suhaid Irfan, siswa guru dari unit V17, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh dan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling oleh Dr. Munirah binti Abdul Hamid. 

Dr. Munirah telah menyampaikan perkongsian secara dua hala yang juga melibatkan komunikasi bersama para siswa guru walaupun secara atas talian. 

Pada akhir program, para siswa guru telah mempunyai celik akal mengenai penyelidikan kualitatif yang termasuk dalam aspek jenis-jenis penyelidikan kualitatif, jenis-jenis instrumen yang digunakan, cara mengumpul data, cara melaksanakan penyelidikan secara kualitatif dan banyak lagi. Program ini tamat pada tepat jam 4.00 petang. 

Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan kerana dapat memberi pendedahan dan maklumat yang baru terhadap para siswa guru IPG Kampus Ipoh mengenai penyelidikan secara kualitatif sekaligus dapat membantu para siswa guru menyelesaikan tugasan kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (PBKK3143) yang diambil oleh para siswa guru pada semester ini.





Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1