• ;

23.06.2022 : Penglibatan JIP dalam Showcase Maya 2.0 KPPB Sem III Tahun 2022.

IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan Showcase Maya 2.0, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Sem III Tahun 2022 pada 23 Jun 2022, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang secara maya berasaskan GoogleMeet.

Justeru, SYABAS dan TAHNIAH kepada Pen. Penyelaras JK Induk KPPB IPG Kampus Ipoh iaitu Dr. Hamdiah binti Jailani, pensyarah kanan Jabatan Ilmu Pendidikan.  

Seterusnya, beberapa orang pensyarah kanan JIP yang dilantik sebagai Panel  Penilai sempena Showcase Maya 2.0 ini. Pensyarah yang terlibat sebagai panel ialah Pn Saripah Rabe'ah binti Syed Ali, En Mustafa Kamal bin  Alias, En. Abdul Aziz bin Shamsudin.

Selain itu, pensyarah kanan JIP yang membimbing siswa guru untuk pembentangan dalam Showcase Maya 2.0.  En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab bagi kursus EDUP3073 (Budaya dan Pembelajaran) dan BMMB3083 (Drama Dalam Pendidikan) telah membimbing siswa guru iaitu Cik Ahmad Faqieh bin Saipuliza (Ketua), Muhammad daniel Anas bin Hassan, Henry Joshua A/L Johnson, Ng Xin Lin dan Hemalatha A/P Mariapan. 

Selain itu,  Pn. Norhani Bebe binti Alta Miah bagi kursus EDUP3073 (Budaya dan Pembelajaran) dan BMMB3083 (Drama Dalam Pendidikan) telah membimbing siswa guru iaitu Balkis binti Harun (Ketua), Athirah Sofea binti Asrul, Nur Aina Nadira binti Abd Malid dan Thivyasri A/P Tharmaratan.


*******************

Sesi pembentangan siswa guru








Kongsi:

21.06.2022 - Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.4/2022

Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.4/2022 berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 21.06.2022 (Selasa)

Masa : 02.30 petang.

Tempat : Bilik Mesyuarat Dahlia, IPGKI.

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya dan pelbagai maklumat telah dikongsikan bersama. 








Kongsi:

16.06.2022 - Tahniah Dr. Vasuki : Taksforce

 Syabas dan tahniah kepada Dr Vasuki Muniandy yang dilantik sebagai Task Force Bengkel Kerja Pembangunan Kerangka Standard Program Latihan Keguruan, KPM.

Bengkel Kerja ini berlangsung pada 15-17 Jun 2022 bertempat di Bahagian Profesionalisme Guru, KPM, Putrajaya.

Semoga sumbangan kepakaran ini memangkin kualiti pendidikan di Malaysia. 









Kongsi:

16.06.2022 - KPBB : Panel Penulis Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB)

 Syabas dan tahniah kepada pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang terlibat dalam Bengkel Pemurnian Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB) yang berlangsung pada 14 - 16 Jun 2022, bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highland, Tanah Rata, Pahang.

Pensyarah JIP, IPGKI yang terlibat ialah Dr. Hamdiah binti Jailani, En Mustafa Kamal bin Alias, Pn Saripah Rabea'ah binti Syed Ali, Pn Anis Salwa bin Ahmed, En Abd Aziz bin Shamsudin dan En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab. 

Sumbangan kepakaran pensyarah JIP akan memantapkan Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB) berkaitan Kapasiti Pedagogi  Pembelajaran Bermakna (KPPB) untuk kegunaan para pensyarah. 


 











Kongsi:

15.06.2022 - Tahniah En Zulkufli Mahayudin : Pembimbing KPBB bersama Warga IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

KURSUS BIMBINGAN PERANCANGAN KURIKULUM KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)

Tarikh : 14 - 15 Jun 2022

Tempat : Balai Ilmu IPGKTHO, Batu Pahat.

Penceramah : 

1. Encik Zukufli bin Mahayudin, TaskForce KPPB IPGM (Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI.)

2. Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi, TaskForce KPBB IPGM (Pensyarah Cemerlang Jusa C., Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia.)



En Zulkufli yang setiasa memberi penjelasan kepada para peserta KPBB 

Sesi memperkenalkan panel/penceramah Bemgkel KPBB di IPGK Tun Hussien Onn, Batu Pahat.

En Zulkufli sebagai penceramah yang senantiasa aktif merapati kumpulan bengkel.

Dr. Abdul Hadi menyampaikan maklumat kerangka konsep KPPB


En. Zulkufli Mahayudin, Ketua Jabatan JIP, IPGKI bersama En Mohd Rosman bin Salubin, Ketua Jabatan JIP, IPGKTHO

Dr. Masitah binti Mohammad Yusof A.M.N, Pengarah IPGKTHO menyampaikan cenderamata kepada En. Zulkufli


Dr. Masitah binti Mohammad Yusof A.M.N, Pengarah IPGKTHO menyampaikan cenderamata kepada Dr. Abd Hadi.

Warga IPGKTHO menyantuni  Penceramah KPPB.


Kongsi:

08.06.2022 - Tahniah En Ahmad Jalalulail : Mewakili Perak dalam PSKPPM

 Tahniah diucapkan kepada En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang  mewakili negeri Perak dlm PSKPPM di Kelantan telah layak ke semi final.

Semua warga IPG Kampus Ipoh mendoakan kejayaan beliau ke peringkat seterusnya.

***********

KEPUTUSAN :

Majlis Sukan Kakitangan Pegawai Pendidikan Malaysia berlangsung pada 3-9 Jun 2022 d Kelantan. Perak mendapat tempat ke 3.

Pusingan 1

Perak kalahkan MESCOM 5-0

Perak Kalahkan Pahang 4-1

Perak kalah kepada Kelantan 2-3

Suku akhir kalahkan Terengganu 4-1

Separuh akhir kalah kepada Selangor 2-3

Kalahkan Sarawak 4-1

Keputusan tempat ke 3










Kongsi:

04.06.2022 - Tahniah Dr. Mariah : Lantikan Panel Pakar Kesahan Kandungan Instrumen Kerjaya Anjuran Bahagian Psikologi & Kaunseling, KPM

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Kesahan Kandungan Instrumen Kerjaya Di Bawah Inisiatif #111 Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program ini anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM dan berlangsung pada 1-3 Jun 2022, bertempat di Impiana Hotel, Ipoh, Perak. 






Kongsi:

03.06.2022 - Tahniah Dr. Mariah Kamaruddin: Lantikan Panel Pakar Penilai Pengesahan Instrumen, UPSI.

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Penilai Pengesahan Instrumen Kajian  Siswazah Sarjana Sains, UPSI.



Kongsi:

02.06.2022 - Tahniah En Zulkufli dan Dr Abd Hadi : Bualbicara KPPB di Jelajah Aspirasi Kekuarga Malaysia.

Tahniah kepada En. Zulkufli bin Mahayudin Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI dan Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah Cemerlang, Jusa C, Jabatan Teknologi Pendidikan & Multimedia, IPGKI  kerana telah berkongsi kepakaran di Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Terengganu dalam segmen Bual Bicara Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) di Pentas Mini Citarasa pada jam 10 pagi.

IPGM memberi penghormatan kepada IPGKI dalam melaksanakan sesi bualbicara KPPB ini. Pelbagai konsep dan pendekatan telah dilaksanakan dengan jayanya.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dan impak yang besar kepada semua pengunjung yang menyertainya.






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1