• ;

18.06.2022 - KPPB : Bengkel Pelaksanaan Kurikulum (BPK)

Tahniah kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan berjaya melaksanakan KPPB :  Bengkel Pelaksanaan Kurikulum (BPK) untuk merungkai dan merangkai subjek yang ditawarkan bagi subjek yang ditawarkan. 

Bengkel ini dilaksanakan pada 18 Julai 2022 (Isnin), jam 9.00 pagi dan bertempat di Dewan Seri Budiman, IPG Kampus Ipoh. 

Pn. Saripah Rabea'ah binti Syed Ali, Pen Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah merasmikan bengkel tersebut.

Bengkel diteruskan dengan taklimat Dr. Hamdiah Jailani berkaitan proses merangkai dan merungkai kandungan subjek. Pendekatan Backward Design mampu memberi kefahaman kepada pensyarah dan pelajar untuk memahami kandungan subjek. 

En. Abdul Aziz bin Shamsuddin, TaskForce KPPB IPG Kampus Ipoh juga memberi huraian lanjut untuk mengulas dan membina kefahaman yang jelas dalam kalangan peserta kursus.

En. Azlan bin Lin sebagai pengacara majlis bengkel tersebut.

Pn. Saripah Rabea'ah binti Syed Ali telah merasmikan bengkel tersebut 

Dr. Hamdiah binti Jailani sebagai penceramah bengkel tersebut.

En. Abdul Aziz bin Shamsuddin mengupas dan menghuraikan dengan lebih lanjut untuk membina kefahaman peserta kursus.

Peserta bengkel











Kongsi:

15.07.2022 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Thesis Writing and Publication "

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual  Workshop on Thesis Writing and Publication " yang  diadakan selama tiga hari  dari 8 - 10 Julai, 2022 di Tamil Nadu, India. 

Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.





Kongsi:

06.07.2022 - PROGRAM 'LETS EAT HEALTHY' BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UNIT PERPUSTAKAAN ANJURAN UNIT PERPUSTAKAAN DENGAN KERJASAMA PRASEKOLAH SERI MAWAR, UNIT PRASEKOLAH, JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH.

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program 'Lets Eat Healthy' dan dikendalikan oleh pelajar latihan industri Cik Nursyahira bt Mohd Fesal dan Cik Nur Atikah bt Ishak. 

Program ini adalah berkaitan makanan sihat berdasarkan piramid makanan dan telah disampaikan melalui aktiviti bermain kepada kanak-kanak prasekolah.Aktiviti "suku suku separuh" ini telah berjaya menarik minat kanak-kanak untuk mengamalkan budaya makanan sihat .

Unit Perpustakaan merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama dalam menjayakan program ini. 

Turut hadir, Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan), Pn. Saripah Rabea'ah binti Syed Ali (Penolong Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) , En. Ahmad Jalalulail b. Abdul Manab (Ketua Unit Prasekolah),Cikgu Norzeti binti Abd Aziz dan staff perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Semoga para peserta mendapat input yang baik melalui program ini.

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"





Kongsi:

06.07.2022 : Tahniah kepada Tn. Hj. Azlan bin Lin dan pasukan promosi IPG

 Syabas dan tahniah kepada Unit Komunikasi Korporat IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan dan Unit Kaunseling turut menjayakan Program Jom Masuk U & Program Pencegahan Dadah (PPDA) anjuran SMKA Sultan Azlan Shah, Bota pada 6 Julai 2022.

Pegawai yang bertugas ialah Tn. Hj. Azlan bin Lin, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (Penyelaras UKK IPGKI), En. Mohamad Termizi bin Rafie (Pen. KU Unit Pembangunan Latihan), En. Mohd Nazri bin Saad (Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling) dan Pn Kastina binti Mat Kassim (Pen KU UPsK).

Ramai pelajar yang mengunjungi ruang pameran Promosi IPG bagi mendapatkan info yang jelas berkaitan tawaran kemasukan ke IPG.












Kongsi:

03.07.2022 - Tahniah Dr. Mariah : Pelantikan Kaunselor Berdaftar Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak.

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang telah dilantik sebagai Petugas Kaunselor Berdaftar sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak.

Pelantikan ini daripada Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembagunan Wanita dan Masyarakat Malaysia.

Selamat bertugas.


 

Kongsi:

03.07.2022 - Tahniah Hj. Mohd Nizam - Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak.

1-3 Julai 2022 : Tahniah dan terima kasih kepada En Mohd Izhar bin Hj  Ahmad Zahari, Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar ,IPG Kampus Ipoh dan Tn. Hj. Mohd Nizam bin Mohd Tajeri Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang telah bertungkus lumus memastikan program di reruai K15 Kementerian Pendidikan Malaysia, Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perak Darul Ridzuan berjalan dengan lancar pada: 

Hari : Jumaat - Ahad.

Masa: 9:00 pagi - 6:00 petang.

Tempat: Litar Dato' Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan.

Pelbagai perkhidmatan menarik telah disediakan antaranya:

- Jom Jadi Cikgu

- eGTukar / SPAT KPM

- Pendaftaran anak-anak GENIUS

- Perkhidmatan Pendidikan Khas  3PK

- Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan  

- Jom Masuk Matrikulasi

Semoga informasi yang telah diberikan dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu kepada pengunjung.





Kongsi:

29.06.2022 - Tahniah Dr Ooi Soo Yuan : Lantikan Pakar Kesahan Instrumen, UM

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Ooi Soo Yuan,  Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai  Pakar  Kesahan Instrumen Sarjana Psikologi, Fakulti Pendidikan, UM.



Kongsi:

29.06.2022 - Tahniah Dr. Ooi Suo Yuan : Lantikan Pakar Kesahan Instrumen, UKM.

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Ooi Soo Yuan,  Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai  Pakar Analisa Kesahan Instrumen Saringan Asas Kesediaan Belajar Murid Berkeperluan Khas, Fakulti Pendidikan, UKM.


 

Kongsi:

28.06.2022 - Tahniah En. Zulkufli Mahayudin : Lantikan Pakar Rujuk Pengesahan Instrumen Doktor Falsafah, Univerisiti Malaya.

TAHNIAH dan SYABAS kepada En. Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Rujuk Pengesahan Instrumen Kajian  Siswazah Doktor Falsafah (Kepimpinan dan Dasar Pendidikan) Universiti Malaya. 







Kongsi:

28.06.2022 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Research Methods and Design "

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual  Workshop on Research Methods  and Design  "

 yang  diadakan selama tiga hari  dari 12 - 16 Jun, 2022 di Tamil Nadu, India. Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh 

 Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 80 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.








Kongsi:

26.06.2022 - Tahniah Dr. Tan Ai Lee dan pasukan 'Smart Team'

Tahniah dan syabas kepada Dr. Tan Ai Li dan ahli pasukan inovasi 'Smart Team

********************

Tempat : Johan (Anugerah Emas)


Tajuk Inovasi : INTAS (Intelligent Tools for Assessment)

NAMA KUMPULAN / KELAS : KUMPULAN “SMART TEAM”

NAMA AHLI KUMPULAN : 

- DR MIOR AHMAD TERMIZI BIN MIOR IDRIS (KETUA)

- DR FATIMAH BT IBRAHIM

- DR TAN AI LEE

- DR NORLIA BT MAT ESA

- PN SAIDATUL NADIAH BT SHAMSUDDIN

PENGENALAN KEPADA INTAS:

Tumpuan utama inovasi ini ialah untuk memperkenalkan pentaksiran formatif yang boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi digital yang sesuai bagi tujuan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Selaras dengan matlamat Pedagogi Masa Kini yang mengkehendaki guru pelatih menguasai aspek TMK.

Inovasi iNTAS ini merupakan satu projek rak maya yang menghimpunkan modul, pentaksiran formatif , RPH serta video pelaksanaan pentaksiran formatif dalam bentuk data studio yang boleh diakses melalui pautan/link. Melalui rak maya iNTAS ini, guru pelatih dapat memanfaatkan cara untuk melaksanakan pentaksiran formatif yang sesuai secara digital di dalam bilik darjah sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian sewaktu menjalani praktikum. Pada masa yang sama, iNTAS ini juga dapat memberikan pendedahan kepada guru terlatih yang sebelum ini bergantung kepada cara lama untuk melaksanakan pentaksiran formatif dengan menggunakan kertas dan pensel sahaja.



Kongsi:

24.06.2022 - BE FREE : Pasukan Inovasi JIP menerima anugerah

Syabas dan tahniah kepada pasukan inovasi Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah menerima JOHAN Kategori Pensyarah (PdP) dan JOHAN  persembahan video paling kreatif bagi kategori Pensyarah - PDP.

Penyampian Anugerah Sijil Penghargaan oleh En Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Pemangku Pengarah merangkap Timbalan Pengarah, IPGKI di Majlis Perhimpunan Organisasi dan Majlis Santunan Budi pada 24.06.2022 bertempat di Dewan Seri Tanjung, jam 9.00 pagi.



Pasukan Inovasi ini bernama Be Free. Ahli pasukan ini ialah Pn Hani Bebe binti Alta Mia, Pn Latifah binti Abd Jamil, Dr. Zulliana binti Hassan, Pn Mastura binti Karimuddin,  Dr. Mariah binti Kamaruddin, Tn Hj Mazlan bin Ahmad dan En Milatu Samsi bin Hayon.






Kongsi:

24.06.2022 - Tahniah Kepada Lima orang Pensyarah JIP : Bengkel Perancangan Pengajian Akademik sesi 2022/2023.

Pada 22-24 Jun 2022, bengkel tersebut telah dihadiri seramai 37 orang pensyarah dan dilaksanakan di IPGK Pulau Pinang. Ia bertujuan untuk menyelaras pengurusan dan struktur baharu akademik sesi 2022/23. 

Justeru, seramai lima orang pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan terlibat untuk menjayakan bengkel tersebut. Mereka ialah Dr. OOi Soo Yuan, Tn. Syed Jahangir bin Ilhan Mohaideen, Pn. Norani Bebe binti Alta Miah, Pn. Zulliana binti Hassan dan Tn. Hj. Mohd Nizam bin Mohd Tejeri. 

Bengkel ini telah dirasmikan dengan sempurna oleh Timbalan Pengarah IPGKI, En. Mohd Khadri bin. Fazil Rahman. Harapan beliau agar Jabatan Kecemerlangan Akademik bertindak sebagai host dapat berfungsi dengan penuh profesional demi kecemerlangan akademik pelajar IPGKI.

Moga dengan adanya bengkel ini, pengajian akademik sesi 2022/23 dapat dilaksanakan dengan jayanya dari segi perancangan, pelaksanaan pengajaran, kursus-kursus profesionalisme kepada para pensyarah dan lain-lainnya. Agar para pelajar dapat belajar dengan baik dan mendapat ilmu dengan penuh berkat. Moga ia juga mendatangkan impak yang positif seperti memupuk semangat kerjasama dan merapatkan hubungan antara para peserta.




Kongsi:

23.06.2022 - KPPB (EDUP3083 & PRKA 3042) - Siswa Guru Unit T :

SYABAS dan TAHNIAH kepada Siswa Guru Unit T10, T11 dan T12 di bawah bimbingan En Azlan bin Lin, pesnyarah JIP telah melaksanakan KPBB dengan penerbitan buku bertajuk Ciri Guru Profesional untuk interdisiplinari Kursus EDUP3083 (Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Guru)  dengan PRKA 4032 (Internship). 

Pengalaman dan pengamatan pelajar untuk kedua-dua kursus sehingga berjaya menerbitkan buku tersebut. 

Pn Anis Salwa binti Ahmed@ Adnan selaku Penyelaras Kursus EDUP3083 bagi Semester III Tahun 2022 sentiasa menggalakkan siswa guru meneroka kepelbagaian ilmu sepanjang berada di IPG Kampus Ipoh

Buku tersebut telah disampaikan oleh wakil siswa guru Unit T, Sdr. Mohammad Hafizal bin Shahrudin (T12) kepada Pustakawan IPGKI dan En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merangkap Taskforce KPPB IPGM.  Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi (Taskforce KPPB IPGM) turut hadir.






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1