• ;

20.01.2023 : Tahniah Pn. Nor Hani Bebe - Perkongsian Kepakaran Dalam Penulisan Kreatif (Penulisan Anekdot)

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pn. Nor Hani Bebe binti Alta Miah, Pensyarah Kanan JIP yang telah berkongsi kepakaran dalam bidang penulisan kreatif untuk warga IPGKI dalam Bengkel Penulisan Anekdot anjuran Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI.

Bengkel tersebut telah berlangsung pada 19 dan 20 Januari 2023 bertempat di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. 

Pensyarah JIP yang turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Dr. Baskaran dan Tn Hj. Mohd Nizam. Semoga wakil JIP dapat memartabatkan penulisan kreatif ke peringkat lebih tinggi. 





Kongsi:

18-20.01.2023 - Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Research Writing, Editing and Publishing"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on Research Writing, Editing and Publishing yang telah diadakan selama tiga hari dari 18-20, Januari 2023 di Tamil Nadu, India.

Beliau juga telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk "Research Method in Historical Studies". 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 120 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini. 




Kongsi:

20.01.2023 - Tahniah Dr. Zuliana binti Hassan : Lantikan Task Force Akredetasi Program Pengajian IPG KPM 2023

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Zuliana binti Hassan, Pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPGKI atas pelantikan Ahli Task Force Akredetasi Program Pengajian  IPG KPM Tahun 2023.

Pelantikan ini bermula pada 17 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.




Kongsi:

18.01.2023 - Tahniah Unit Prasekolah dan Prasekolah Seri Mawar, IPGKI : Fun Learning @Library.

 Jabatan Ilmu Pendidikan merakamkan syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan yang menyokong dan berkerjasama dengan Unit Perpustakaan, IPGKI bagi menjayakan Program 'Fun Learning @ Library' yang dipenuhi dengan aktiviti sukan riang ria, syoknya ekperimen sains, make up cake dan aktiviti mari menari. 

Program yang telah disertai oleh adik-adik Prasekolah Seri Mawar, IPG kampus Ipoh yang berlangsung pada 18.01.2023 bertempat di Perpustakaan, IPGKI. 

Program ini dikendalikan oleh Pelajar Latihan Industri UITM Cawangan Merbuk, Cik Putri Norzehan Nasbi binti Elias, Cik Nur Nadzirah binti Shaharuddin dan Cik Nur Fatin Khalilah binti Saharudin

Turut hadir, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah), En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan), Cikgu Norzety binti Abdul Aziz (Guru Prasekolah), En. Mohamad Hafiz bin Hisamudin (Ketua Unit Khidmat pengurusan) dan semua kakitangan Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh.

Penyampaian cenderahati kepada adik-adik Prasekolah Seri Mawar telah disampaikan oleh En. Ahmad Jalalulail b. Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah) bersama En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan).

Semoga adik-adik Prasekolah Seri Mawar mendapat input yang baik melalui program ini.





Kongsi:

16.01.2023 - Tahniah Dr. Mariah : Lantikan AHLI SENAT Pensyarah Pakar IPG Sesi 2023-2024

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang diberi kepercayaan tinggi oleh IPGM.

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Senat Pensyarah Pakar IPG Sesi 2023-2024 bagi sidang Bimbingan dan Kaunseling.






Kongsi:

02.01.2023 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Research Methods and Research Writing".

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual  Workshop on  Research Methods  and Research Writing  " yang  diadakan selama tiga hari  dari 21- 23 Disember , 2022 di Tamil Nadu, India.

Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.




Kongsi:

31.12.2022 : Selamat Tahun Baharu 2023 untuk Warga JIP IPG Kampus Ipoh

 Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2023.

Semoga tahun 2023 menjadi tahun yang bertambah sejahtera, gemilang dan terbilang dalam kalangan warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh.

"Permulaan adalah elemen terpenting dalam sesuatu pekerjaan" - Plato.



Kongsi:

30.12.2022 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Research Methods and Research Writing".

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual  Workshop on  Research Methodolgy , Research Writing and Manuscript Editing" yang  diadakan selama tiga hari  dari 28 - 30 November , 2022 di Tamil Nadu, India. 

Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 80 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.





Kongsi:

19.12.2022 : Bengkel Penyediaan Dokumen LAM-PT-03, Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum.

 Syabas dan tahniah kepada pensyarah JIP yang telah berjaya mengikuti Bengkel Penyediaan Dokumen LAM-PT-03, Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum.

Bengkel ini berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19.12.2022 (Isnin)

Masa : 8.30am - 4.30am

Tempat : Bilik Dahlia.

Penceramah : Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin.















 

Kongsi:

16.12.2022 - Tahniah Dr. Mariah : Panel Penilai Proposal Pelajar PHD, UPSI

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Penilai Proposal Pelajar PHD (Falsafah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 Sesi Pembentangan Proposal berlangsung seperti berikut :

Tarikh 16.12.2022 (Jumaat)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Profesional Aras 1, Bilik 9, UPSI

Dr. Mariah bersama 
Prof. Mohd Aziz Shah bin Mohamed Arip, UPSI




Kongsi:

09.12.2022 : Tahniah Dr. Mariah : Perkongsian Kepakaran di Program Perkampungan Ilmu SPM 2022

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang berjaya menyumbang kepakaran dalam Sesi Motivasi di Program Perkampungan Ilmu SPM 2022  seperti berikut :

Tarikh : 09.12.2022 

Hari : Jumaat

Tempat : IPG Kampus Ipoh











Kongsi:

07.12.2022 : Mesyuarat JIP Bil.7/2022 (Rabu)

Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.7/2022 telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 07 Disember 2022 (Rabu)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat PULAKO, IPG Kampus Ipoh. 






Kongsi:

07.12.2022 - Tahniah Dr. Mariah : Pakar Kesahan Kandungan Instrumen.

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Penyemak Kesahan Kandungan Protokol Temu Bual Penilaian  dan Kebolehgunaan Modul Intervensi Kaunseling  Kebolehpercayaan Modul, Kajian  Spiritual  bagi Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Pendidikan  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


 

Kongsi:

01-02.12.2022 - Tahniah Pn Latifah A. Jamil : JU Kebangsaan PBD

Syabas dan tahniah kepada Pn Latifah binti A. Jamil sebagai JU Kebangsaan PBD dapat berkongsi profesionalisme bersama pensyarah IPG Kampus Ipoh.

Bengkel Penataran PBD Siri 1 ini berlangsung pada 01-02.12.2022 bertempat di Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh.


 

Kongsi:

01.12.2022 - Bengkel Penataran PBD Siri 1

Syabas dan tahniah kepada ahli Jabatan Ilmu Pendidikan dapat mengikuti Bengkel Penataran PBD Siri 1 anjuran UPL, IPG Kampus Ipoh.

Bengkel ini berlangsung pada 01-02 Disember 2022, dari jam 8.30am - 4.30pm bertempat di Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh.






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1