• ;

17.02.2023 - Tahniah Pn Hani Bebe : Bengkel Penghasilan Inovasi JIP 2023

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Hani Bebe binti Alta Miah, Pensyarah Kanan JIP kerana melaksanakan sumbangan profesional dalam bidang inovasi untuk rakan pensyarah JIP. 

Tajuk : Bengkel Penghasilan Inovasi, JIP

Tarikh : 17.02.2023 (Jumaat)

Masa : 9.00 am - 5.00pm

Tempat : Bilik Dahlia, IPGKI

Pelaksanaan program ini untuk merangsang idea untuk membina inovasi berpasukan mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan untuk Tahun 2023. 









Kongsi:

16.02.2023 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Research Writing and Publications in High Impact Journals"

 

-------------

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on Research Writing and Publications in High Impact Journals yang telah diadakan selama tiga hari dari 13-15 , February 2023 di Tamil Nadu, India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 60  orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.









Kongsi:

16.02.2023 - Majlis Apresiasi : Tahniah Unit Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh.

Majlis apresiasi prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh bagi sesi 2022 telah berlangsung pada 16 Februari 2023 di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh. 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr Mariah binti Kamaruddin , Ketua Jabatan , Jabatan Ilmu Pendidikan. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Penolong Ketua Jabatan , Jabatan Ilmu Pendidikan , En Shaddin bin Sabri, Ketua Unit Prasekolah, En Jalalulail bin Abd Manab, Wakil Ibu bapa, En Azezuddin serta ibubapa dan penjaga kanak-kanak prasekolah seri Mawar.

Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan pergerakan kanak-kanak prasekolah “I Have a Dream” dan “Xi Shua Shua”. Manakala Pelatih Unit X telah menyampaikan dua buah lagu yang disampaikan oleh Ascendo Band dan persembahan tarian dari kumpulan Kirana Dance.

Kemuncak bagi majlis tersebut ialah penyampaian sijil dan anugerah khas kepada setiap kanak-kanak .Tahniah kepada Unit prasekolah , Cikgu Nor Zety dan Pembantu Pengurusan Murid, Pn Shamsiaton serta semua yang membantu menjayakan majlis apresiasi kali ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di bilik prasekolah dengan suasana penuh ceria dan harmoni.

Penyampaian Sijil oleh Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI


Sorakan gembira oleh anak-anak Prasekolah Seri Mawar yang tamat pengajian. Selamat menempuh alam persekolahan Tahun 1.

Ibu bapa turut hadir di Majlis Apresiasi

Ascendo Band

Jamuan bersama ibu bapa di Prasekolah Seri Mawar, IPGKI




Kongsi:

15.02.2023 - Tahniah Pn Mastura : Sumbangan Profesional di Program Intergenerasi Mahabbah

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn Mastura binti Karimudin, Pensyarah Kanan JIP selaku Naib Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Perak Tengah  yang melaksanakan sumbangan profesional sebagai fasilitator untuk Program Intergenerasi Mahabbah  bersama Warga Emas Anjuran PKKK Perak Tengah dan PPD Perak Tengah 2023

Tempat : RSK Seri Iskandar

Tarikh  : 15 Feb 2023

Peserta : 40 Pelajar, 30 Warga Emas, 10 Fasilitator 

Penglibatan : Pasukan Kebajikan Kanak2 Perak Tengah, Pej Pendidikan Daerah Perak Tengah, Guru2 dan Pelajar SMK Seri Iskandar, Warga Emas RSK Seri Iskandar









Kongsi:

14.02.2023 : Program Hari Kerjaya : Unit Bimbingan Kerjaya bersama Rakan Sinergi

Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP telah membina rakan sinergi dengan SK Tanjung Rambutan dan SK Pakatan Jaya.

Nama program: Hari Kerjaya

Tarikh: 14/2/2023

Tempat: Sk Tg.Rambutan dan Sk Pakatan Jaya

Seramai 80 orang pelajar telah melaksanakan program hari kerjaya di dua buah sekolah yang diselia oleh dua pensyarah Unit Bimbingan Kaunseling iaitu Tn. Hj Mazlan b Ahmad dan Tn Hj. Mohd Nizam b Mohd.Tajeri. 

Aktiviti hari kerjaya ini adalah untuk memenuhi kehendak kerja kursus PBKK 3213 pengurusan Bimbingan Kerjaya. Pelajar perlu menganjurkan satu program kerjaya dibsekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah eksplorasi kerjaya,ujian minat dan pameran laluan kerjaya

Tn. Hj Mazlan bersama dengan Siswa Guru Unit V15 & V16 di SK Tanjung Rambutan.


Program Hari Kerjaya di SK Tanjung Rambutan


Program Hari Kerjaya di SK Tanjung Rambutan

Tn Hj Mohd Nizam bersama Siswa Guru Unit V17 dan V18 di SK Pakatan Jaya.

Program Hari Kerjaya di SK Pakatan Jaya

l

Kongsi:

11.02.2023 - Tahniah Tn Hj Mazlan : Aktiviti Rehlah bersama mentee.

 Syabas dan tahniah kepada Tn Hj Mazlan bin Ahmad, pensyarah kanan Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana melaksanakan aktiviti mentor-mentee bersama Unit V16 pada 11 Februari 2023, jam 8.00am - 12.00 tengahari di Hutan Rekreasi Klebang Saiong,Meru.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti berikut :

1. Memasak

2. Memanggang ayam

3.Sukaneka seperti mencari 3 jenis daun hutan, berenang dan menikmati juadah.

Aktiviti seperti ini wajar dilakukan dalam membina hubungan yang mesra dan kejelekitan antara mentor dan mentee. 




Kongsi:

10.02.2023 - Tahniah Dr Zulliana & Dr. Hamdiah : Rakan Sinergi Pertandingan Frisbee

 Syabas dan tahniah kepada Dr Zulliana binti Hassan dan Dr. Hamdiah binti Jailani sebagai 'rakan sinergi' bagi melaksanakan aktiviti mentor-mentee.

Aktiviti mentor-mentee unit X6 dan X4 pada 10 februari 2023 di padang hoki, IPG Kampus Ipoh.

Pertandingan persahabatan Frisbee kendalian bersama mentor unit X6, Dr. Zulliana bt. hasan dan Pengadil pertandingan mentor X4 Dr. Hamdiah bt. Jailani. Pertandingan dimenangi oleh X4 dengan mata persaingan 5 mata (mentee X4) dan 4 mata (mentee x6).



Pertandingan boleh ditonton di youtube

https://www.youtube.com/live/ed96wVSa7O0?feature=share


Kongsi:

06. 02.2023 - Tahniah Unit Bimbingan Kaunseling : Kem Bestari Solat Siri Pertama

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit bimbingan dan kaunseling JIP, IPGKI yang telah menganjurkan Program Kem Perkongsian Bestari Solat 'Siri Pertama' dengan kerjasama Kolej Aminudin Baki UKM dan JK Masjid Jamek Tanjung Rambutan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 05.02.2023 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi

Tempat :  Masjid Jamek Tanjung Rambutan, Perak.

Peserta Program daripada pelajar SK Tanjung Rambutan dan SK Methodis

Program ini melibatkan 14 orang fasilitator Bimbingan dan Kaunseling, 4 pensyarah Bimbingan dan Kaunseling serta 87 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan dan SK Methodis Tanjung Rambutan.






Kongsi:

03.02.2023 - Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Soft Skills and Classroom Management"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on Soft Skills  and Classroom Management yang telah diadakan selama tiga hari dari 29-31, Januari 2023 di Tamil Nadu, India.

Beliau juga telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk " DEVELOPING SELF-ESTEEM". 

Dr. Ganesan Shanmugavellu

Bengkel Antarabangsa ini  dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.






Kongsi:

01.02.2023 - Mesyuarat JIP Bil 1/2023

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan,  Bil 1/2023 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 01.02.2023 (Rabu)

Masa : 2.30pm

Tempat : Bilik Dahlia, IPGKI

Pelbagai perancangan aktiviti jabatan tahun 2023 telah disepakati demi mencapai pelan perancangan strategi jabatan seiring Pelan Transformasi IPG 2016-2025



Dr. Mariah Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan sedang mempengerusikan mesyuarat jabatan.








Kongsi:

01.02.2023 : Mesyuarat JK Webmaster IPGKI

 Mesyuarat JK Webmaster IPG Kampus Ipoh berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 01.02.2023 (Rabu)

Masa : 9.00am

Tempat : Bilik Sakura, IPGKI

Jabatan Ilmu Pendidikan telah mewakilkan En Azlan bin Lin sebagai Webmaster JIP. Pelbagai isu dan cabaran telah dibincangkan termasuk perancangan aktiviti webmaster untuk tahun 2023.

En Azlan Lin mewakili JIP dalam mesyuarat JK Webmaster IPGKI







Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1