• ;

25-27.02.2025 - Tahniah Pn Yumi dan Pn Sarini : Fasilitator di Bengkel Kerja Kawal Kualiti Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027

Tahniah dan syabas kepada Yumi binti Abd Rahim dan Puan Sarini binti Sulaiman dari Unit Sains Komputer, Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyumbang bakti sebagai fasilitator di Bengkel Kerja Kawal Kualiti Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 pada 25 hingga 27 Februari 2025, anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Bengkel ini bertujuan memastikan dokumen kurikulum bagi sesi persekolahan tahun 2027 disemak dengan teliti dan menepati piawaian yang ditetapkan sebelum diguna pakai dalam sistem pendidikan negara.

Bengkel ini turut melibatkan perbincangan interaktif dan sesi refleksi bersama panel penilai dari pelbagai bidang, bagi memastikan dokumen kurikulum yang dihasilkan memenuhi keperluan pendidikan selari dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri. 









Kongsi:

20.02.2025 - Tahniah Pra Sekolah Seri Mawar : Program Gotong-Royong Keceriaan IPG Kampus Ipoh.

Syabas dan tahniah kepada anak-anak comel Prasekolah Seri Mawar yang mengikuti Program Gotong-Royong Keceriaan IPG Kampus Ipoh. Anak didik ini beraktiviti menbersihkan kawasan taman ceria Blok Seri Budiman. Pastinya anak didik ini mendapat nilai kebersihan dalam kehidupan.


Program ini seperti ketetapan berikut. :

Tarikh : 20.2.2025 (Khamis)

Masa : 8.30am

Tempat : Perkarangan Blok Seri Budiman, IPG Kampus Ipoh.








Kongsi:

20.02.2025 - Tahniah JIP - Penyertaan dalam Bengkel Asas Seni Seramik

Syabas dan tahniah, empat orang wakil JIP dalam menyertai Bengkel Asas Seni Seramik anjuran Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20.02.2025 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang.

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI.






Kongsi:

20.02.2025 : Tahniah JIP - Turut Menyumbang Tenaga Sempena

Syabas dan tahniah kepada Warga JIP yang turut serta menyumbang tenaga dalam aktiviti kampus iaitu Gotong-royong Keceriaan IPG Kampus Ipoh seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 20.02.2025
Hari : Khamis
Masa : 9.00pagi







 

Kongsi:

28.01.2025 - Selamat Tahun Baru Cina 2025

Dr. Mariah binti Kamarudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2025 kepada warga JIP, dan para pelajar IPGM Kampus Ipoh. 


Kongsi:

24.01.2025 - Tahniah UBNK : Majlis Perasmian Makmal Kaunseling dan Kelab Bimbingan & Kerjaya (KBK), IPGM Kampus Ipoh.

Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang telah melaksanakan Majlis Perasmian  Makmal Kaunseling dan Kelab Bimbingan & Kerjaya (KBK), IPGM Kampus Ipoh.

Majlis ini berlangsung pada 24 Januari 2025, Jam 3.00 petang, bertempat di Dataran Tanjung, IPGM Kampus Ipoh.

Majlis ini dirasmikan oleh Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Turut meraikan majlis ini ialah Dr. Hj. Moh Taufik bin Ahmed, Timbalan Pengarah, Dr. Mariah binti Kamarudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Dr. Zulliana binti Hassan, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan dan para pelajar pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, IPGM Kampus Ipoh.


Barisan Kepimpinan IPGM Kampus Ipoh.

Ucapan Dr. Zulliana binti Hassan,
Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Ucapan Dr. Mariah binti Kamaruddin,
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, 
IPGM Kampus Ipoh

Ucapan Perasmian
Dr. Hamidah binti Samsudin
Pengarah, IPGM Kampus Ipoh.













Kongsi:

20-22.02.2025 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai ADVISORY BOARD MEMBER " International Conference on Arts, Humanities, Management, Law and Technologies" Kerala, India.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai ADVISORY BOARD MEMBER  bagi International Conference    on  " Arts, Humanities, Management, Law and Technologies   "  yang telah diadakan selama tiga hari dari 20-22 FEBRUARI 2025 di Kerala,India. 

Persidangan  Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India Dan  Cape Comorin Trust India dengan Kerjasama Periyar University Centre for Post Graduate and Research Studies, Tamil Nadu, St.John's College of Arts and Science , Kanyakumari, India dan MGV's Arts, Commerce & Science College, Maharashtra, India. Seramai 100 orang peserta telah menyertai Persidangan  Antarabangsa ini yang diadakan secara Hybrid.




Kongsi:

17-19.01.2025 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Research Writing and Publications in the Age of Artificial Intelligence.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Research Writing and Publications in the Age of Artificial Intelligence  "  yang telah diadakan selama tiga hari dari 17-19 JANUARI,2025 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.



Kongsi:

16.01.2025 - Tahniah Unit Prasekolah ,: Majlis Apresiasi & Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah

Syabas dan tahniah kepada En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah, dan Cikgu Zety Abdul Aziz, Guru Prasekolah Seri Mawar, IPGM Kampus Ipoh yang telah melaksanakan Majlis Apresiasi & Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah pada 16.01.2025 bertempat di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh.

Dr. Hj. Mohd Taufik bin Ahmed, Timbalan Pengarah, IPGM Kampus Ipoh turut hadir merasmikan majlis ini.


Dr. Hj. Mohd Taufik bin Ahmed, 
Timb. Pengarah, IPGMKI turut hadir meraikan dan merasmikan majlis.

Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan turut memberi ucapan.















Kongsi:

08.01.2025 : Tahniah Pn Mastura : Penceramah Let's Talk : Intervensi Minda Sihat

Tahniah Pn Mastura binti Karimuddin, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh telah melaksanakan tugas sebagai Penceramah Program "Let's Talk : Intervensi Minda Sihat pada 08.01.2025 bertempat di SMK Sultan Muzaffar Shah Lambor Kanan, Perak.

Program ini adalah perkongsian bersama pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4  untuk memastikan kesejahteraan mental untuk kehidupan yang  lebih sihat serta langkah-langkah menangani stress dalam kalangan pelajar. Pelajar boleh belajar dengan baik apabila kesejahteraan mental yang sihat. 







Kongsi:

6-7.01.2025 : Tahniah Pn Mastura dan Dr Sriraj : Lantikan Panel Penilai Luar bagi Program Diploma Pend. Awal Kanak-kanak , Kolej Antarabangsa TAJ.

Syabas dan tahniah kepada Pn Mastura Karimuddin dan Dr. Sriraj a/l Durailimgam, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPM Kampus Ipoh yang melaksanakan tugas dengan jayanya sebagai Panel Penilai Luar (External Examiner) bagi Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Jarak Jauh (ODL), Kolej Antarabangsa TAJ pada 6-7 Januari 2025 di TAJ International College

Sebagai panel penilai luar dalam melaksanakan proses penilaian External Examiner di mana ia merupakan salah satu kriteria yang perlu dipenuhi dalam penyediaan dokumen Penilaian Pematuhan Akredetasi Penuh Program dibawah badan akredetasi MQA.3. bagi Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Jarak Jauh (ODL) di TAJ College.






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1