• ;

30.04.2022 - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2022M/ 1443H


Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022M/1443H kepada warga IPG Kampus Ipoh.
Maaf Zahir dan Batin. Selamat bergembira bersama sanak saudara walau di mana jua berada.

En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh turut mengucapkan selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya. 

Kad Ucapan Hari Raya pengganti diri


Video Ucapan Hari Raya daripada En Zulkufli bin Mahayudin
kepada Warga JIP, IPG Kampus Ipoh

Kongsi:

29.04.2022 - Meraikan Kanak-kanak PraSekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh

Tahniah kepada Warga JIP yang telah meraikan pelajar Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh sempena Hari Raya Aidilfitri 2022M/1443H pada hari Jumaat (29.04.2022) jam 9.30 pagi.

Sesi bersalaman dan pemberian 'duit raya' bagi meraikan kegembiraan antara warga JIP dengan pelajar di Prasekolah Seri Mawar, IPGKI.

Turut hadir di majlis itu ialah Pn Saripah Rabea'ah binti Syed Ali, Penolong Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, mewakili Ketua Jabatan JIP yang melaksanakan tugas rasmi di luar kawasan. En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah, JIP dan beberapa orang pensyarah JIP yang hadir bersama dalam majlis tersebut.






Kongsi:

25-27. 04.2022 - Bengkel Penyelarasan Fungsi Komunikasi Korporat IPG KPM 2022

Syabas dan tahniah kepada En Azlan bin Lin, pensyarah JIP yang mewakili IPG Kampus Ipoh mengikuti Bengkel Penyelarasan Komunikasi Korporat IPG KPM 2022 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Pn Lailati binti Mohd Noh, Unit Komunikasi Korporat IPGM, Tn. Hj. Haris bin Hameed, Ketua Seksyen Hal Ehwal Korporat UKK KPM, En. Muhd Iqwan bin Md Nor, Pegawai Perhubungan Awam, UKK KPM dan 10 orang pensyarah IPG Kampus mewakili zon masing-masing



Kongsi:

22.04.2022 - Tahniah Dr Ganesan : Perkongsian Informasi Menerusi YouTube.

 Tahniah dan syabas kepada Dr. Ganesan, Pensyarah Kanan JIP, IPGKI yang terus meneroka dan berkongsi kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi menghasilkan video dan perkongsian ilmu menerusi Laman YouTube. 


Sebagai langkah mula, beberapa video panorama sejarah setempat di Batu Gajah telah berjaya dikongsikan. Sama-sama kita nantikan paparan video yang penuh informasi dan ilmu kepakaran beliau dalam dunia pendidikan.


Pautan Youtube beliau ialah : https://www.youtube.com/channel/UCdpe4qE3NahNg3Veu_07axw/videos
--------------------

Dear All.

I just started my YouTube channel on 14.4.22. My Channel ID is: drganes@

I will be sharing info on Education,Motivation, Soft Skills, Self Development and other General Information on various topics. Pls View, Like, Share and SUBSCRIBE my channel. It's Free. Thank You Very Much for the support.🙏🙏🙏🙏🙏Dr.S.Ganesan

My YouTube Channel ID:

drganes@

Kongsi:

22.04.2022 - SUARA PELAJAR - Terbitan Anekdot KPPB EDUP3023 & EDUP3013

TAHNIAH dan SYABAS kepada En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, En Mustafa Kamal bin Alias dan Pn Liew Phaik Hoon kerana berjaya membimbing dan merangsang pelajar Unit W1 dan W2 sehingga terlaksana penerbitan sebuah buku Catatan Anekdot bertajuk Suara Pelajar.

SUARA PELAJAR merupakan koleksi hasil penulisan pelatih Unit W1 dan W7 yang diterbitkan bagi tujuan pemahaman tentang perkaitan Teori Lev Vigotsky dengan pengalaman hidup penulis. Teori dan falsafah atau pengalaman hidup ini memang merupakan kajian dan fokus pelatih sesuai dengan matapelajaran yang telah diinterdsiplinarikan iaitu EDUP 3023 (Perkembangan Kanak-kanak) dan EDUP3013 (Falsafah dalam Pendidikan di Malaysia).

Walaupun penulisan ini merupakan karya pertama penulis, ianya telah menyerlahkan bakat dalam bidang penulisan dan yang lebih penting lagi ialah penulis telah melalui sesi pembelajaran menggunakan pelbagai pendekatan. Ini bersesuaian dengan model yg terdapat dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yg pertama iaitu Kapasiti Pedagogi atau cara belajar.




Kongsi:

21.04.2022 - Tahniah Dr Mariah : Jemputan Sebagai Panel Penilai Pra Defend Proposal Master Mod A (Full Research) Bimbingan dan Kaunseling, UPSI

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dijemput sebagai Panel Penilai Pra Defend Proposal Master Mod A (Full Research) Bimbingan dan Kaunseling, UPSI.








Kongsi:

21.04.2022 - Tahniah kepada Unit Prasekolah, JIP dan Unit Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh

TAHNIAH dan SYABAS kepada En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah, JIP,  Cikgu Norzety binti Abd Aziz, Guru Prasekolah Sri Mawar, IPGKI dan bersama murid prasekolah Sri Mawar, IPGKI telah menyertai Program Jom Baca Bersama sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang berlangsung di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada 21 April 2022 (Khamis), jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Penganjur bersama program ini ialah Unit Perpustakaan (Pn Saidatul Nadiah binti Shamsudin, Ketua Unit Perpustakaan) dan Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan (En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah, JIP). Aktiviti yang berlangsung pada program tersebut ialah pertandingan mewarna dan pertandingan membaca kanak-kanak prasekolah. 


En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah, JIP telah sudi untuk meyampaikan hadiah kepada para pemenang.



Kongsi:

20.04.2022 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Workshop on Writing Research Proposal, Grant Proposal & Funding Agencies"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International  Workshop on Writing Research Proposal, Grant Proposal and Funding Agencies"

 yang  diadakan selama tiga hari  dari 10 - 12 April, 2022 di Tamil Nadu, India. Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 80 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.








Kongsi:

12.04.2022 - Tahniah Dr. Vasuki : Perkongsian Instrumen/Soal Selidik dengan Kementeris Perpaduan Negara

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Vasuki Muniandy, Pensyarah Kanan, JIP, IPG Kampus Ipoh yang telah berkongsi instrumen soal selidik dengan Kementerian Perpaduan Negara untuk kajian berkaitan stress Guru Tabika Kemas.


Dr Vasuki Muniandy





Kongsi:

11.04.2022 - Tahniah Dr. Mariah : Lantikan Panel Pakar Kesahan Kandungan Soal Selidik

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang atas pelantikan panel pakar bidang bagi menilai kesahan kandungan soal selidik kajian. Soal selidik tersebut dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.







Kongsi:

08.04.2022 - Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil 3/2022

Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.3/2022 berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 08.04.2022 (Jumaat)

Masa : 09.00 pagi.

Tempat : Dewan Mini Teater, IPGKI.

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya dan pelbagai maklumat telah dikongsikan bersama.







 

Kongsi:

04.04.2022 - Tahniah En Shaddin Sabri : Penceramah Program Transformasi Minda Siri 3/2022

Pada 4 April 2022, En. Shaddin bin Sabri dari Jabatan Ilmu Pendidikan telah diberi tanggungjawab sebagai penceramah dalam Slot 2 Program Transformasi Minda (PTM2022) secara dalam talian. 

Peserta program Slot 2 ini seramai 60 orang guru Gred DG41 dari seluruh negeri Perak. Tajuk yang disampaikan oleh beliau ialah Negara dan Perkhidmatan Awam dan dibahagikan kepada 4 segmen iaitu

Segmen Pertama : Hala Tuju Negara

Segmen Kedua : Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia

Segmen Ketiga : Sistem Pentadbiran Negara

Segmen Keempat:Overview Perkhidmatan Awam







Kongsi:

04.04.2022 - Tahniah En Zulkufli : Penceramah KPPB di IPGK Kampus Sultan Abdul Halim.

Syabas dan tahniah En Zulkufli kerana terus menyumbang kepakaran sebagai Penceramah KPPB.

Bengkel Bimbingan KPPB ini berlangsung pada 28 & 29 Mac 2022 di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.



Kongsi:

04.04.2022 - Tahniah En Zulkufli - Panel Bengkel Penyediaan Webinar SGMy di SSTP, Shah Alam


Tahniah dan syabas kepada En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPKGI telah menyumbang kepakaran dalam Bengkel Penyediaan Webinar SGMy anjuran Bahagian Profesional Guru, KPM.

Bengkel tersebut berlangsung pada 30& 31 Mac 2021 di Sektor & Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Shah Alam. P Shah Alam.



Kongsi:

03.04.2022 : Salam Ramadhan 1443H

 En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mewakili ahli JIP mengucapkan SALAM RAMADHAN 2022/1443H kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh.

Marhaban Ya Ramadhan, Pucuk Selasih Bertunas Menjulang, Dahannya Patah Tolong Betulkan, Puasa Ramadhan Kembali Menjelang, Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1443H



Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1