• ;

08.06.2022 - Tahniah En Ahmad Jalalulail : Mewakili Perak dalam PSKPPM

 Tahniah diucapkan kepada En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang  mewakili negeri Perak dlm PSKPPM di Kelantan telah layak ke semi final.

Semua warga IPG Kampus Ipoh mendoakan kejayaan beliau ke peringkat seterusnya.

***********

KEPUTUSAN :

Majlis Sukan Kakitangan Pegawai Pendidikan Malaysia berlangsung pada 3-9 Jun 2022 d Kelantan. Perak mendapat tempat ke 3.

Pusingan 1

Perak kalahkan MESCOM 5-0

Perak Kalahkan Pahang 4-1

Perak kalah kepada Kelantan 2-3

Suku akhir kalahkan Terengganu 4-1

Separuh akhir kalah kepada Selangor 2-3

Kalahkan Sarawak 4-1

Keputusan tempat ke 3










Kongsi:

04.06.2022 - Tahniah Dr. Mariah : Lantikan Panel Pakar Kesahan Kandungan Instrumen Kerjaya Anjuran Bahagian Psikologi & Kaunseling, KPM

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Kesahan Kandungan Instrumen Kerjaya Di Bawah Inisiatif #111 Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program ini anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM dan berlangsung pada 1-3 Jun 2022, bertempat di Impiana Hotel, Ipoh, Perak. 






Kongsi:

03.06.2022 - Tahniah Dr. Mariah Kamaruddin: Lantikan Panel Pakar Penilai Pengesahan Instrumen, UPSI.

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Penilai Pengesahan Instrumen Kajian  Siswazah Sarjana Sains, UPSI.



Kongsi:

02.06.2022 - Tahniah En Zulkufli dan Dr Abd Hadi : Bualbicara KPPB di Jelajah Aspirasi Kekuarga Malaysia.

Tahniah kepada En. Zulkufli bin Mahayudin Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI dan Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah Cemerlang, Jusa C, Jabatan Teknologi Pendidikan & Multimedia, IPGKI  kerana telah berkongsi kepakaran di Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Terengganu dalam segmen Bual Bicara Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) di Pentas Mini Citarasa pada jam 10 pagi.

IPGM memberi penghormatan kepada IPGKI dalam melaksanakan sesi bualbicara KPPB ini. Pelbagai konsep dan pendekatan telah dilaksanakan dengan jayanya.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dan impak yang besar kepada semua pengunjung yang menyertainya.






Kongsi:

27.05.2022 - Tahniah Dr. Hamdiah dan Pn. Zulliana - Penyelarasan Maklum Balas KPBB EDUP Sem III Tahun 2022

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani dan Puan Zulliana binti Hassan yang berjaya menyelaras maklum balas KPPB subjek bagi Semester III Tahun 2022 untuk Jabatan Ilmu Pendidikan.

Penyelarasan ini berlangsung pada 27.05.2022 (Jumaat), pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Dahlia, IPG Kampus Ipoh.

Warga JIP telah membawa softcopy Pentaksiran Berterusan (PB) bagi proses merungkai dan merangkai kerja kursus yang telah berlangsung.

En Zulkufli bin Mahayudin telah mengendalikan proses maklumbalas bagi Jabatan Ilmu Pendidikan. 








Kongsi:

24.05.2022 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM & Anugerah Khas IPGKI 2021

Syabas dan tahniah kepada 7 orang warga JIP yang telah menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2021 yang berlangsung pada 24.05.2022 di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Seramai  3 orang warga JIP yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 iaitu :

1. En. Zulkufli bin Mahayudin

2. Dr. Tan Ai Lee

3. Dr. Baskaran a/l Kannan

Manakala, 4 orang  yang menerima Anugerah  Khas IPG Kampus 2021 ialah

1. Pn Saripah Rabea'ah binti Syed Ali (Anugerah Khas Khidmat Terpuji)

2. Pn Norhani Bebe binti Alta Mia (Anugerah Khas Kecemerlangan Konsultasi, Penyelidikan Inovasi dan Penerbitan) 

3. Dr. Mariah binti Kamaruddin (Anugerah Khas Kecemerlangan Webinar/CPD)

4. En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab (Anugerah Khas Kecemerlangan Khidmat Terpuji)





Kongsi:

23.05.2022 - Tahniah kepada En Ahmad Jalalullail : Jejak Kejayaan Pasukan Tenis PSKPP 2022.

Syabas dan tahniah kepada En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manab, Pensyarah Kanan JIP antara 9 orang pensyarah IPG Kampus Ipoh telah mengambil bahagian dalam Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan (PSKPP) yang mewakili ibu pejabat JPN Perak, berjaya menduduki tempat ke -3. Kejohanan tersebut dijalankan seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 20 - 22 Mei 2022

Masa : 8.00 am - 5.00 pm

Tempat : UPSI

Pemain :

1. Sabri bin Tan 

2. Azmi bin Mohamad @ Jalani

3. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab

4. Dr Abdul Razak bin Noruzzaman

5. Hajimolkan bin Abu Bakar

6. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar

7. Saiful Bahri bin Mat

8. Mohd Mokhtar bin Sulaiman

9. Dr Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris

Pihak pengurusan dan warga IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah dan syabas dengan kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut dapat memberi motivasi kepada rakan-rakan pensyarah dan staf yang lain.






Kongsi:

21.05.2022 - Tahniah Dr Vasuki - Lantikan Pakar Penilai dan Pengesahan Protokol Temubual Kajian PHD, UPM

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Vasuki Muniandy, Pensyarah Kanan JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Penilai dan Pengesahan Protokol Temubual Kajian PHD dari Universiti Putra Malaysia (UPM).



Kongsi:

20.05.2022 - Tahniah kepada Dr Tan Ai Lee dan Dr. Ooi Soo Yuan :Pemenang The Ultimate Ramadhan Quiz anjuran Highly Immersive

 Syabas dan tahniah kepada 2 orang warga JIP yang terpilih sebagai Pemenang The Ultimate Ramadhan Quiz anjuran Highly Immersive Program IPG Kampus Ipoh.

Penyampaian sijil diberikan oleh YBrs. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh sempena Majlis Perhimpunan Pelajar dan Santunan Budi yang berlangsung pada 20.05.2022 (Jumaat), bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPGKI.

Kategori Pensyarah/Staf Non Muslim

1. Dr. Tan Ai Lee (JIP)

2. Dr. Ooi Soo Yuan (JIP)




Kongsi:

19.05.2022 - Tahniah En Zulkufli Mahayudin : Pingat Penghormatan Guru Tahun 2022

Syabas dan Tahniah kepada En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah dinobatkan sebagai Penerima Pingat Penghormatan Guru Tahun 2022 sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak yang bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

Sambutan ini berlangsung pada 19.05.2022 (Khamis), Jam 8.30pagi dan bertempat di Dewan Tuanku Censelor, Universiti Pendidikan Sultan Idris,  Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak.

Semoga penerimaan pingat ini sebagai lonjakan semangat dan iltizam kepada beliau dan rakan sekerja lain agar meneruskan legasi pendidikan yang sentiasa membara di jiwa. 

"Guru Tunjang Sekolah Sejahtera."





En. Zulkifli berbaris dan bersedia ke pentas 

En Zulkufli Mahayudin menerima Pingat Perkhidmatan Guru Tahun 2022.

YAB Dato Seri Ahmad Saarani bin Mohamad menyampikan Pingat.


YBrs. Dr. Yahya bin Osman turut hadir.

Rakan IPG Kampus Ipoh turut hadir

Kongsi:

18.05.2022 - Tahniah En Azlan bin Lin : Memperkenal dan Mempromosi UKK IPG Kampus Ipoh.

Syabas dan tahniah kepada En Azlan bin Lin, pensyarah JIP yang berjaya memperkenalkan Model Unit Komunikasi Korporat IPG Kampus Ipoh kepada wakil  27 IPG di Malaysia. 

Taklimat telah berlangsung secara maya (GoogleMeet) dalam Mesyuarat Penyelarasan Fungsi Unit Komunikasi Korporat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) pada 18.05.2022. 

Unit Komunikasi Korporat, IPG Kampus Ipoh bersandarkan motto "Memacu Transformasi, Membina Reputasi".









Kongsi:

12-14.05.2022 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Research Methodology and Research Article Writing".

 Lantikan  Sebagai PRESIDEN "International Virtual  Workshop on  Research Methodology and Research Article Writing".

-----------

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual  Workshop on Research Methodology and Research Article Writing " yang  diadakan selama tiga hari  dari 12 - 14 Mei, 2022 di Tamil Nadu, India. 

Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 100 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.









Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1