• ;

27.11.2024 : Mesyuarat JIP Bil.6/2024

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil. 6/2024. Warga JIP dapat mengikuti mesyuarat dengan jayanya seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27.11.2024 (Rabu)

Masa : 2.30pm

Tempat : Bilik Mesyuarat Dahlia, IPGKI.







Kongsi:

25.11.2024 - Tahniah Dr Zulliana : Penceramah Sesi Temubual Kaunselor Berdaftar, IIUM

Syabas dan Tahniah Dr Zulliana binti Hassan, Ketua Unit BNK, JIP yang telah dilantik sebagai Penceramah Jemputan Temu Bual Kaunselor Berdaftar - Tugasan Kursus EFGC 1010 anjuran International Islamic University Malaysia (IIUM) pada 25.11.2024.

Temu Bual diperlukan bagi membantu Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling IIUM untuk memahami delima semasa menjalankan perkhidmatan menolong khususnya sesi kaunseling. 

Selain itu sesi temu bual ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar mahasiswa tentang kerja kaunselor dan amalan yang perlu diperkemaskan untuk mendepani sesuatu isu dengan penuh beretika. 

 


Kongsi:

25.11.2024 - Tahniah Dr Zulliana : Lantikan Pakar Pengesahan Kandungan Soal Selidik dan Soalan Temu Bual Separa Berstruktur, USM

Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasaan, Ketua Unit BNK yang telah dilantik sebagai Pakar Pengesahan Kandungan Soal Selidik dan Soalan Temu Bual Separa Berstruktur bagi Kajian Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2023, Universiti Sains Malaysia pada 25.11.2024.

Pelantikan ini sebagai pakar bagi tujuan penyelidikan yang bertajuk kerangka pengukuhan konsep kendiri berteraskan REBT terhadap murid bermasalah disiplin di sekolah menengah kawasan Felda.



Kongsi:

25.11.2024 - Tahniah Dr Zuliana : Penceramah di Program Jurulatih Literasi Kesihatan Mental Remaja Asia

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik sebagai penceramah pada 25.11.2024 di Program Jurulatih Literasi Kesihatan Mental Remaja Asia, bertempat di SMK Kg Dato Ahmad Said, anjuran Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan Pintar).

Penceramah lain yang turut hadir ialah Pn Zamzurina (Kaunselor MRSM Grik), En Hafiz (Kaunselor Persendirian) dan En Mohd Izhar bin Zahari (Kaunselor Berdaftar)

Program Literasi Kesihatan Mental adalah program yang dijalankan kepada semua pelajar berumur 18 tahun ke bawah. Dr. Zulliana binti Hassan telah dilantik sebagai Jurulatih telah menyampaikan tajuk Kesihatan Mental : Kemurungan dan Keresahan serta tajuk Penggunaan Media Sosial.

Program ini dijalankan kepada 100 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4. Ceramah yang disampaikan adalah berbentuk interaktif, dengan pendekatan sesuai tahap remaja. 

Aktiviti simulasi membantu pelajar memahami cara mengendalikan situasi tekanan dan kebimbangan dengan lebih baik. Sesi latihan memberi tumpuan kepada membangunkan kemahiran komunikasi yang efektif dan penyelesaian konflik.







Kongsi:

22 November 2024 : Tahniah UBNK, JIP : Penglibatan Afif Haikal bin Ahmad Zalizan (W15) sebagai penceramah.

Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hassan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP telah membuka ruang dan peluang kepada pelajar Afif Haikal bin Ahmad Zalizan (Siswa Guru Unit W15, Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan) sebagai penceramah kerohanian di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta , Ipoh , Perak.

Program Kuliah Agama Slot Kerohanian Bulanan Rumah ke Rumah (Rumah Seri Kenangan Sesi ke-226) bertarikh 22 November 2024, anjuran bersama  Persatuan India Muslim Perak dengan kerjasama Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Slot kerohanian merupakan aktiviti bulanan di Rumah Seri Kenangan dan sebagai sumbangan khidmat bakti kepada komuniti setempat. Ceramah dihadiri oleh 34 ayahanda dan bonda penghuni Rumah Seri Kenangan yang beragama Islam.

 Pengisian dalam program ini adalah mengimamkan solat fardhu secara berjamaah di Surau Rumah Seri Kenangan, menyantuni ayahanda dan bonda, sumbangan jamuan makan malam dan slot ceramah agama di bawah tajuk "Rasulullah S.A.W , Cinta dan Hikmah". 

Turut menghadiri program adalah ahli majlis tertinggi dan pengerusi jawatankuasa Rumah Seri Kenangan dan PRIM.





Kongsi:

13.11.2024 - Tahniah Dr Zulliana : Penceramah Kursus PFA (Psychological First Aid)

 Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hassan, Ketua Unit BNK, JIP sebagai Penceramah untuk Kursus PFA (Psychological First Aid) pada 13.11.2024 di Bilik Tutorial 3 dan 4, ILKKM SAS, anjuran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Suktan Azlan Shah.

Ceramah Kursus Asas Bantuan Psikologi atau lebih dikenali sebagai Psychological First Aid (PFA) bertujuan mendedahkan kepada semua staf dan kakitangan ILKKM menghadapi situasi krisis. Empat (4) prinsip asas dalam PFA telah diperkenalkan oleh Dr Zulliana iaitu Prepare, Look, Listen dan Link. Kakitangan yang terdiri daripada pensyarah dan staf sokongan seramai 40 orang telah didedahkan dengan kemahiran ini. Tajuk yang disampaikan adalah berkaitan Psychology First Aid dan Garis Panduan Pengurusan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial.









Kongsi:

04-05.11.2024 - Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling : Kejayaan Pembentangan Pelajar Unit W14 dan W15 di Seminar Penyelidikan dalam Pendidikan Unit W

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pelajar Unit W Pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling kerana telah berjaya dalam pembentangan (viva voice)  Seminar Penyelidikan dalam pendidikan Unit W anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGM Kampus Ipoh.

Pembentangan (viva voce) laporan projek tahun akhir pelajar unit W14 dan W15 telah dijalankan pada 4 dan 5 november 2024. Seramai 27 pelajar terlibat. 

Pembentangan selari dinilai oleh 8 orang penilai. Penilai terdiri daripada panel bidang iaitu Dr. Mariah kamarudin, Dr. Zulliana Hasan, Dr Sriraj a/l Durailimgam, Hj. Mohd Nizam bin Mohd Tejeri. Panel bukan bidang terdiri daripada Dr Chelvi, Tn Syed Jahangir, Dr Noor Azmi dan Pn Hjh Normiza.







Kongsi:

03.11.2024 - Tahniah Dr. Zulliana : Penceramah Motivasi dengan Pendekatan E.M.O.S.I.

Syabas dan tahniah kepada Dr Zulliana binti Hassan, Ketua Unit BNK yang telah melaksanakan tugas sebagai Penceramah di Program Motivasi Menjelang UASA pada 03.11.2024 di anjuran SK Manjoi 1.

Ceramah motivasi dilaksanakan khas untuk memberi kesedaran dan semangat untuk murid Tahun 6 menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Peserta murid Tahun 6 yang terlibat adalah seramai 88 orang. Mereka didedahkan dengan teknik persediaan yang menggunakan akronim E.M.O.S.I (E- ego, M-momentom, O- orang yang signifikan, S-speed, dan I-impian)






Kongsi:

27-29.10.2024 : Tahniah Dr Ganesan - Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on " Research Methods, Research Writing and Publication pada 27-29 Oktober 2024

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Research Methods, Research Writing and Publication  "  yang telah diadakan selama tiga hari dari 27-29 Oktober  2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini adalah anjuran  bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 60 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.









Kongsi:

31.10.2024 - Selamat Menyambut Deepavali 2024

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali buat semua yang beragama Hindu. Semoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan dengan penuh kebahagiaan.

Deepavali Valthukkal!✨🪔



Kongsi:

26.10.2024 - Tahniah Pn Yumi : Penceramah untuk MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024

Syabas dan tahniah kepada Pn. Yumi binti Abd Rahim, Pensyarah Akademik JIP telah melaksanakan amanah sebagai Penceramah  untuk MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024 pada 26 Oktober 2024, anjuran Pejabat Pendidikan Kinta Selatan (PPDKS).

Program MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya di SK Toh Indra Wangsa Ahmad. Program ini bertujuan untuk memperkasakan guru-guru pemulihan khas dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran melalui konsep "Lesson Study".

Pada tarikh tersebut, Puan Yumi binti Abd Rahim telah hadir ke SK Toh Indra Wangsa Ahmad untuk memantau dan membimbing guru pemulihan khas yang terlibat. Beliau memberikan tunjuk ajar serta panduan dalam pelaksanaan "Lesson Study", sekali gus membantu para guru memahami pendekatan yang lebih sistematik dan berfokus untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi dalam bilik darjah.


Program:

MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024 – PENJADUALAN SEMULA PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) – LESSON STUDY PEMULIHAN KHAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) BIL. 2/2024






Kongsi:

25.10.2024 - Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil. 5/2024

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan mesyuarat seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25.10.2024 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang.

Tempat : Google Meet.







Kongsi:

24.10.2024 - Tahniah Dr. Zulliana : Penceramah bertajuk Resilien Dalam Kesihatan Mental : Adaptasi Di Tempat Kerja dan Kehidupan.

Tahniah dan syabas kepada Dr Zulliana binti Hassan yang melaksanakan amanah atas pelantikan sebagai Penceramah di Kolokium Inovasi dan amalan : Adaptasi dan Responsif Terhadap Perubahan GBK & PRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak pada 24 Oktober 2024, bertempat di Dewan Resort Tasek Raban, Lenggong, Perak. 

Program ini adalah anjuran MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN HULU PERAK DAN Pejabat Pendidikan daerah Hulu Perak (PPDHU).

Ceramah yang bertajuk Resilien Dalam Kesihatan Mental : Adaptasi Di Tempat Kerja dan Kehidupan adalah topik yang disampaikan kepada pembimbing rakan sebaya dan guru-guru kaunseling untuk mendepani cabaran harian. Objektif ceramah ini adalah tips dan teknik bagi PRS menenteramkan diri dengan pemahaman berkaitan resilien sesuai dengan slogan PRS 'Bantu Diri Untuk Bantu Rakan"







Kongsi:

24.10.2024 : Tahniah Dr. Zulliana - Lantikan Ketua Juri Kolokium Inovasi dan amalan : Adaptasi dan Responsif Terhadap Perubahan GBK & PRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak.

Tahniah dan syabas kepada Dr Zulliana binti Hassan yang melaksanakan amanah atas pelantikan sebagai Ketua Juri Kolokium Inovasi dan amalan : Adaptasi dan Responsif Terhadap Perubahan GBK & PRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak pada 24 Oktober 2024, bertempat di Dewan Resort Tasek Raban, Lenggong, Perak. 

Program ini adalah anjuran MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN HULU PERAK DAN Pejabat Pendidikan daerah Hulu Perak (PPDHU).

Pertandingan ini telah disertai oleh 15 buah sekolah yang terdiri dari sekolah menengah dan rendah. Pertandingan ini memberikan pentas persembahan kepada peserta tentang amalan baik kepada peserta tentang amalan baik yang dilakukan di sekolah masing-masing dan inovasi yang dilakukan. 









Kongsi:

23.10.2024 - Tahniah Dr. Zulliana : Peramah di Pocket Talk berkaitan Mitos dan Fakta Gangguan Seksual.

Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hassan yang melaksanakan amanah sebagai Penceramah di Program Pocket Talk, Jelajah Kaunseling D'Hati Rakyat sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2024, Zon Utara pada 23 Oktober 2024, bertempat di IPGM Kampus Ipoh, Perak.

Program ini adalah anjuran Sukarelawan Kaunselor Berdaftar (SKB), Lembaga Kaunselor Malaysia dan IPGM Kampus Ipoh

Pengisian ceramah di Pocket Talk berkaitan Mitos dan Fakta Gangguan Seksual. Kesedaran tentang perbualan harian berkaitan seksual yang boleh ditapis untuk kesejahteraan semua.




Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1