03.09.2021 - Tahniah Pn Saripah dan Pn Anis Salwa : KPPB Sesi 3 - Unit V3, V8 dan V9

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Anis Salwa, Pensyarah JIP yang terus gigih membimbing siswa guru Unit V3, V8 dan V9 sehingga berjaya melaksanakan Tea Talk KPPB Sesi 3 yang bertajuk Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah Menggunakan Terapi Muzik.


**************************************************************

Laporan Tea Talk KPPB Sesi-3

Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah Menggunakan Terapi Muzik

 

            Pada 3 September 2021 yang lalu, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan program KPPB Sesi-3 yang bertajuk Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah Menggunakan Terapi Muzik. Program Tea Talk ini dirasmikan oleh Dr Tan Ai Lee dan dikendalikan oleh penyelaras Jabatan Sains Sosial iaitu Pn Hanizah Binti Abdul Bahar. Program ini juga telah berlangsung melalui platform Google Meet bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang dan guru pelatih daripada unit V3, V8 dan V9 telah terlibat dalam program ini.

 Tea Talk ini bertujuan untuk mendedahkan ilmu tentang intervensi menangani tingkah laku bermasalah menggunakan terapi muzik. Penceramah berkongsi ilmu berkaitan terapi muzik dan ini memberi impak yang positif kepada semua guru pelatih dalam menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang baru tentang cara mengaplikasikan terapi muzik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mula-mula penceramah menyuruh pelajar untuk memperkenalkan diri mereka dengan bernyanyi bersama irama lagu yang dipilih. Selepas itu, penceramah memainkan beberapa lagu dan mengarahkan guru pelatih untuk berkongsi perasaan mereka apabila diperdengarkan lagu-lagu tersebut. Antara lagu yang dimainkan ialah ‘Pirates of the Carribbean Theme’, ‘Dynamite’ oleh BTS, ‘Avenger Endgame Theme’, Tanggal 31, ‘Doraemon Theme’ dan lain-lain lagi. Muzik yang diperdengarkan oleh para guru pelatih meningkatkan semangat mereka serta menjadikan mereka gembira dan bertenaga.

Program KPPB ini berakhir dengan sesi soal jawab bersama penceramah. Pihak penganjur berasa gembira kerana program ini telah berjalan dengan lancar.  Adalah diharapkan program seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.






Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1