Pada 17 Ogos 2022, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Perak melaksanakan Bengkel Konsep Kendiri Tafsiran Lukisan Projektif (Artdrawing House -Tree-Person) bagi tahun 2022.
Majlis Perasmian Pembukaan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh En. Mohd. Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGKI. Turut hadir pada majlis tersebut adalah En Zulkufli Mahayudin Ketua JIP, Tn. Hj. Aznan bin Karim Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Negeri Perak, Pn. Mazirah binti Saidi Penolong Pengarah HEM Unit Kaunseling dan Kerjaya Murid, JPN Perak. Fasilitator bagi bengkel ini ialah En. Mohd. Radhi bin Abu Shahim dari Universiti Terengganu Malaysia. Bengkel dilaksanakan pada jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang. Peserta bengkel merupakan 100 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling dari seluruh negeri Perak dan para pensyarah Bimbingan dan Kaunseling IPGKI.
Matlamat bengkel adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Teknik Konsep Kendiri Tafsiran Lukisan Projektif sebagai Intervensi Kaunseling Kanak-kanak, remaja dan orang dewasa melalui aplikasi Artdrawing House-Tree-Person, ADHTP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan