Syabas dan tahniah untuk penganjuran Majlis Persaraan "Sesaat Bersama, Seabad Terasa" khas untuk Tn. Hj. Mazlan bin Ahmad yang bakal bersara pilihan pada 01.06.2023.
Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan turut berbangga dengan kekuatan dan kejelekitan warga JIP dalam penganjuran majlis ini di Cafe Cottage 75, Meru, Ipoh.
En Mohd Khadri bin Fazil Rahman (berdiri kiri), Timbalan Pengarah IPGKI dan Dr Ganesan (berdiri kanan) sedang mendendangkan lagu khas buat Tn Hj Mazlan.***************
MAJLIS PERSARAAN
*"SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA"*
Tarikh: 30.5.2023
Masa: 2.15-5.30 petang
Tempat: Cafe Cottage 75 (Berhampiran Bank Rakyat Bandar Meru Raya)
LOKASI AKAN DIBERIKAN.
Aturcara majlis:
2.15 petang:
Ketibaan semua pensyarah dan tetamu yang diraikan.
2.30 petang:
-Ucapan aluan pengerusi majlis
-Ucapan ketua jabatan
-Tayangan montaj
-Ucapan Yang diraikan
-Bacaan doa makan
3.00 petang:
-Jamuan bermula
-Sesi karaoke
-Jemputan Karaoke khas: En Abdul Aziz bin Shamsudin
1. Selamat Tinggal Bungaku
2. Jalak Lenteng
-Penyampaian hadiah peribadi pensyarah (jika ada) sila maklumkan.
5.30 petang: Bersurai








Tiada ulasan:
Catat Ulasan