21 Mei 2024 : Program ini telah dilaksanakan di SK Seri Pangkor, Pulau Pangkor, Perak bertujuan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Melayu murid dan guru.
En Mustafa Kamal bin Elias, Pensyarah Kanan JIP telah memberi taklimat berkaitan Teaching School kepada warga sekolah. Kefahaman dan hala tuju Teaching School dapat memberi impak kepada warga sekolah khususnya guru-guru dan murid.
Program ini juga dibahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan Pertama kategori guru-guru. Kumpulan ini diketuai oleh Dr.Hjh Nor Aziah binti Abdul Aziz. Kumpulan Dua pula bagi murid-murid Tahap 2. Kumpulan murid Tahap 2 diketuai oleh Encik Shamsudin bin Abu Bakar dan Kumpulan ketiga pula bagi murid-murid Tahap 1, diketuai oleh Puan Nor Anis Izzati binti Mohd Sahlan. Bagi kategori guru-guru, mereka dibimbing berkaitan Pedogogi Terbeza. Mereka juga diberi taklimat berkaitan Teaching School, TS 25 dan Program Ijazah Sarjana Pendidikan (PISP). Bagi murid-nurid Tahap 2, mereka diberi pendedahan berkaitan Aktiviti Bijak Menulis dan bagi murid-murid Tahap 1 pula mereka dibimbing tentang Sasuba iaitu memantapkan kemahiran membaca murid.
Program ini diharapkan tidak hanya meningkatkan kefahaman Bahasa Melayu para murid, tetapi juga memupuk minat mereka dalam mata pelajaran tersebut melalui cara pembelajaran yang menyeronokkan.
Semoga program ini memberi impak positif kepada pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid SK Seri Pangkor.
👨🏫👩🏫IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan