Syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah dengan kerjasama Klinik Pergigian Hospital Tanjung Rambutan yang telah menganjurkan aktiviti Pendidikan Kebersihan dan Rawatan Gigi pada 06 Ogos 2024 bertempat di Prasekolah Seri Mawar IPGM Kampus Ipoh.
Lawatan Tahunan Staf Klinik Pergigian ke Prasekolah Seri Mawar telah diadakan pada pagi ini jam 8.30 pagi. Pihak Klinik Pergigian telah membuat aktiviti pendidikan kebersihan gigi dan rawatan gigi. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepentingan penjagaan gigi kepada kanak-kanak pra dan membuat rawatan gigi secara percuma kepada semua kanak- kanak prasekolah Seri Mawar.
Program rawatan berakhir pada pukul 11.30 pagi.
Sebagai tanda penghargaan, sebelum majlis bersurai pihak staf pergigian d hidangkan jamuan ringan.Turut hadir d majlis tersebut ialah Ketua Unit dan Penolong Ketua Unit Prasekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan