04.09.2024 - Tahniah Dr. Ganesan : Penulis Buku GPPP1092 : Pengantar Pengajian Pendidikan

Syabas dan tahniah kepada Dr. Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah berjaya menulis dan menerbitkan Buku Rujukan untuk Kursus GPPP1092 : PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN bagi Pelajar PPISMP : SEMESTER 2.

"Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh turut berbangga dengan penghasilan penulisan dan penerbitan Dr Ganesan untuk rujukan para siswa guru di 27 kampus di Malaysia", kata Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan.

Dr. Ganesan bersama rakan penulis lain iaitu Dr. Nazri bin Halim, Pensyarah Akademik IPGM Kampus Perlis dan Pn. Malar Arasi Sundaram, Pensyarah Akademik IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah memilik kepakaran dalam subjek Pengantar Pengajian Pendidikan lebih 10 tahun. 

Buku ini dapat membantu Siswa Guru yang mengikuti pengajian perguruan di IPGM dan lain-lain institusi pendidikan di Malaysia. Asasnya, Pengantar Pengajian Pendidikan berfokus kepada definisi dan konsep pendidikan, tokoh-tokoh pendidikan mengikut era, perkembangan pendidikan, aspirasi dan hala tuju pendidikan, guru berjiwa pendidik, kompetensi guru serta guru dan pemuafakatan komuniti. Hakikatnya, kursus ini juga ditawarkan supaya pelajar dapat membentuk sahsiah guru cemerlang dalam memartabatkan profesion keguruan. 




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1