Syabas dan tahniah kepada Pn Yumi binti Abd Rahim yang telah melaksanakan tugas sebagai Penceramah di Program PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) – LESSON STUDY PEMULIHAN KHAS PPD KINTA SELATAN pada 10 Disember 2024, bertempat di SK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak, anjuran Pejabat Pendidikan Kinta Selatan (PPDKiS).
Program ini bertujuan memperkasakan guru pemulihan khas melalui pendekatan Lesson Study, iaitu satu kaedah kolaboratif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam program ini, Puan Yumi binti Abd Rahim hadir sebagai pembimbing dan penyelia sesi PdPC guru pemulihan khas. Beliau memantau secara langsung pelaksanaan sesi PdPC oleh guru tersebut dan seterusnya memberikan komen serta cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
Program ini juga menekankan kepentingan refleksi dan kerjasama dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan guru-guru Pemulihan Khas Daerah Kinta Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan