Pameran Maya KPPB Sem. 1/2021
06.06.2021 - Pameran Maya KPPB Sem 1/2021
01.06.2021 - Kewibawaan Perkongsian Ilmu - Tahniah Dr Ganesan
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah menjadi penceramah dalam 3 Webinar Peringkat IPGM Seperti Berikut :
28.05.2021 : Pedagogi Berimpak Tinggi - Tahniah kepada En Zulkifli Mahayudin dan Dr Tan Ai Lee
SYABAS dan TAHNIAH kepada penceramah tersohor En Zulkufli bin Mahayudin (KJ Jabatan Ilmu Pendidikan) dan Dr. Tan Ai Lee (KU Ilmu Pendidikan) yang memberi input dalam Taklimat Pedagogi Berimpak Tinggi iaitu " Pedagogi Kemanusiaan( Humanizing Pedagogy) dan Pedagogi Berasaskan Fenomena. Taklimat ini berlangsung dalam talian Google Meet pada 28.05.2021 (Jumaat).
Kedua-dua taklimat ini selaras dengan matlamat pendidikan yang termaktub dalam Pelan Strategik IPGK Ipoh (2021-2025). Pelan Strategik IPGK Ipoh (2021-2025) terdapat tujuh inisiatif berterusan dan sewajarnya menjadikan pedagogi pendidikan guru berimpak tinggi ke arah pembelajaran bermakna.
Taklimat telah dihadiri 43 orang peserta dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ipoh.
26.05.2021 : Tahniah Dr Ganesan - Kreadibiliti Berimpak Tinggi dalam pendidikan peringkat antarabangsa.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu,
Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan,IPG KAMPUS IPOH kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN untuk tiga INTERNATIONAL VIRTUAL WORKSHOP di India dari bulan Januari hingga Mei,2021 Seperti berikut:
1. International Virtual Workshop on Thesis Writing and Publication, 25-28 Januari, 2021.
2. International Virtual Workshop on Developing Soft Skills and Personality in Teaching, 18-22 Mac, 2021.
3. International Virtual Workshop on Institutional Management and Administrative Procedures, 23-25 Mei,2021.
Untuk makluman Dr.Ganesan Shanmugavelu juga telah membentangkan Kertas Kerja beliau dalam kesemua International Workshop berkenaan. Tajuk Kertas Kerja yang dibentangkan oleh beliau ialah : 'Research Method in Historical Studies', 'Developing Self-Esteem' dan ' Leadership in Organization'.
International Workshop berkenaan telah dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club India, Cape Comorin Trust India, St.John's College of Arts and Science dan Loyola Institute of Engineering Technology, India.
17.05.2021 : Tahniah Pn Mastura - Panel Penilai di Program Ipoh Prime Ideas Colloquium 2021 (DISTRICT)
Syabas dan tahniah kepada Pn Mastura Kamarudin yang menyumbang khidmat bakti sebagai Panel Penilai untuk Pembentangan Kajian Tindakan Ipoh Prime Ideas Colloquium 2021 (DISTRICT) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Program ini berlangsung secara dalam talian pada 17.05.2021 (Isnin). Guru yang menyertai kajian tindakan ini adalah dalam kalangan guru-guru peringkat negeri Perak.
En Zulkifli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Ipoh mengucapkan tahniah dan sentiasa menggalakkan pensyarah JIP untuk menyumbang khidmat bakti dalam pendidikan i peringkat IPGK, Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Galakan dan penghargaan ini mencetuskan Pedagogi Berimpak Tinggi.
14.05.2021 : Tahniah Dr Kanthasamy - Lantikan Pakar sebagai pembimbing pelajar Phd (USM)
13.05.2021 : Selamat Hari Raya AidilFitri 1442H
Seluruh Warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1442H.
06.05.2021 - Tahniah kepada Dr Ganesan dan Dr Subramaniam
WEBINAR ANJURAN JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI, PROSPEN DAN UPL IPG KAMPUS IPOH
'
Tajuk: Penyelidikan Dalam Bidang Sejarah
Tarikh : 06 Mei 2021(Khamis)
Masa : 10.00 pagi- 11.30 pagi
Panel:
1. Dr Ganesan a/l Shanmugavelu
(Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Ipoh)
2. Moderator
Dr Subramanian a/l Kolandan
(Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh)
Pautan:
Google meet: https://meet.google.com/azd-yurq-rss
YouTube (Siaran rakaman mulai jam 4.00 petang):
https://www.youtube.com/channel/UC8zrXewQv8KUry7uV8i1Z1A
Imbas kod QR yang akan ditayangkan dari masa ke masa untuk kehadiran dalam SPLKM.Terima kasih.
12.04.2021 : Tahniah Dr Mariah sebagai Pakar Penilai
Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah Dr. Mariah binti Kamarudin yang telah dilantik sebagai PAKAR PENILAI untuk kesahan dan kebolehpercayaan Modul dan Alat Kajian
10.4.2021 - Team KPPB 2.0 JIP, IPGKI : Bersama Guru SK Raja Perempuan Muzwin Kuala Kangsar
Kursus Latihan dalam perkhidmatan SK Raja Perempuan Muzwin di BTPN Perak. Kursus ini dilaksanakan pada 10 April 2021 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Kursus ini dihadiri oleh guru-guru SKRPM seramai 56 org. Kursus ini memperkenalkan kepada guru SKRPM tentang KPPB 2.0
Pensyarah yang terlibat adalah En Zulkufli bin Mahayudin, En Abdul Aziz bin Shamsuddin, Pn Saripah Rabea'ah bt Syed Ali, En Mustafa Kamal bin Alias dan Pn Anis Salwa bt Ahmed @ Adnan
10.4.2021 - “TEA TALK” KPPB: PENDIDIKAN BERKUALITI MENJANA KECEMERLANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
“TEA TALK” KPPB: PENDIDIKAN BERKUALITI MENJANA KECEMERLANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
PENCERAMAH : PN. WAN NOMI BT. WAN OMAR, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL, SHAH ALAM
MODERATOR : CIK NUR MAIZAN BINTI MOHAMED NOR (UNIT V18)
TARIKH : 10 APRIL 2021 (SABTU)
MASA : 9.00 – 11.00 PAGI
TEMPAT : GM : meet.google.com/igk-jzzh-kot
Live : youtu.be/G_LnOEl7t7
ANJURAN : UNIT V PISMP & JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPGK IPOH
10.4.2021 - TAHNIAH Dr. Ganesan : Memenangi 3 Anugerah Peringkat Antarabangsa
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jab.Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh, kerana memenangi 3 Anugerah dalam International Innovation ARSVOT MALAYSIA (IAM),2021 yang diadakan pada 10 April, 2021.
Sebanyak 1150 pasukan telah menyertai Pertandingan tersebut. Pasukan Dr.Ganesan Shanmugavelu bersama Pensyarah dari UPSI iaitu Prof.Madya Dr.Nadarajan Thambu dan Dr.Kartheges Ponniah telah menyertai Pertandingan ini di bawah kategori Pensyarah IPT.
TAHNIAH kepada pasukan Dr.Ganesan Shanmugavelu kerana telah memenangi Anugerah GOLD AWARD, BEST AWARD dan BEST PRESENTER AWARD bagi tajuk INOVASI " Teater Forum: Inovasi Pedagogi P&P Pendidikan Moral".
09.04.2021 - Tahniah Dr Subra atas kenaikan pangkat (Gred DG48)
09.03.2021 - Warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Subramaniam dengan penganugerahan kenaikan pangkat Gred DG48 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Anugerah kenaikan pangkat ini telah disempurnakan oleh YBrs Dr Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh di Majlis Perhimpunan Organisasi April 2021 yang berlangsung dalam Dewan Seri Budiman, IPG Kampus Ipoh.
Semoga Dr Subramaniam terus berkhidmat dengan penuh komitmen, cemerlang dan menyumbang ilmu terhadap anak didik, organisasi dan warga pendidikan dalam dan luar negara.
08.04.2021 - Taklimat Pemantapan Praktikum Guru--Guru PITO Masalah Pembelajaran.
Taklimat Pemantapan Praktikum Guru--Guru PITO Masalah Pembelajaran. Anjuran JIP dgn kerjasama Unit Praktikum
Tarikh : 8 April 2021
Tempat : Hotel Seri Malaysia
Taklimat disampaikan oleh :
1. Dr. Hj. Taufik bin Ahmed
Ketua Unit Paktikum
2. En Zulkufli bin Mahayuddin - KJ JIP
3. En. Abdul Aziz bin Shamsuddin- Pensyarah Kanan JIP



















































