TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang diberi kepercayaan tinggi oleh IPGM.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Senat Pensyarah Pakar IPG Sesi 2023-2024 bagi sidang Bimbingan dan Kaunseling.
TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang diberi kepercayaan tinggi oleh IPGM.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Senat Pensyarah Pakar IPG Sesi 2023-2024 bagi sidang Bimbingan dan Kaunseling.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual Workshop on Research Methods and Research Writing " yang diadakan selama tiga hari dari 21- 23 Disember , 2022 di Tamil Nadu, India.
Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu, India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.
Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2023.
Semoga tahun 2023 menjadi tahun yang bertambah sejahtera, gemilang dan terbilang dalam kalangan warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh.
"Permulaan adalah elemen terpenting dalam sesuatu pekerjaan" - Plato.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual Workshop on Research Methodolgy , Research Writing and Manuscript Editing" yang diadakan selama tiga hari dari 28 - 30 November , 2022 di Tamil Nadu, India.
Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu, India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 80 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.
Syabas dan tahniah kepada pensyarah JIP yang telah berjaya mengikuti Bengkel Penyediaan Dokumen LAM-PT-03, Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum.
Bengkel ini berlangsung pada ketetapan berikut :
Tarikh : 19.12.2022 (Isnin)
Masa : 8.30am - 4.30am
Tempat : Bilik Dahlia.
Penceramah : Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin.
TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Penilai Proposal Pelajar PHD (Falsafah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sesi Pembentangan Proposal berlangsung seperti berikut :
Tarikh 16.12.2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Profesional Aras 1, Bilik 9, UPSI
SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang berjaya menyumbang kepakaran dalam Sesi Motivasi di Program Perkampungan Ilmu SPM 2022 seperti berikut :
Tarikh : 09.12.2022
Hari : Jumaat
Tempat : IPG Kampus Ipoh
Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.7/2022 telah berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh: 07 Disember 2022 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PULAKO, IPG Kampus Ipoh.
TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Penyemak Kesahan Kandungan Protokol Temu Bual Penilaian dan Kebolehgunaan Modul Intervensi Kaunseling Kebolehpercayaan Modul, Kajian Spiritual bagi Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Syabas dan tahniah kepada Pn Latifah binti A. Jamil sebagai JU Kebangsaan PBD dapat berkongsi profesionalisme bersama pensyarah IPG Kampus Ipoh.
Bengkel Penataran PBD Siri 1 ini berlangsung pada 01-02.12.2022 bertempat di Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh.
Syabas dan tahniah kepada ahli Jabatan Ilmu Pendidikan dapat mengikuti Bengkel Penataran PBD Siri 1 anjuran UPL, IPG Kampus Ipoh.
Bengkel ini berlangsung pada 01-02 Disember 2022, dari jam 8.30am - 4.30pm bertempat di Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh.
SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Baskaran a/l Kannan telah berkongsi ilmu di Bengkel Penerapan Nilai Murni dan Kecemerlangan Diri bersama murid-murid Tahun 5 dan 6 SJKT SANGGETHA SABAH, IPOH.
Pihak sekolah telah membuat persiapan rapi dalam menjayakan bengkel. Sangat teruja dengan sikap murid yang sangat aktif dan pihak sekolah yang sangat komited. Semoga perkongsian ini membantu pihak sekolah dalam menghasilkan murid yang cemerlang dan meningkatkan kemenjadian insan bermoral.
Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Mastura binti Karimuddin, Pensyarah Kanan JIP yang telah menerima Sijil Anugerah Pelantikan Gred DG52 (KUP) daripada Dr. Hj. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Penganugerahan sijil pelantikan gred ini di Majlis Perhimpunan Organisasi November 2022 dan Majlis Santunan Budi di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.
Semoga pelantikan ini memberi inspirasi untuk beliau terus menyumbang bakti dalam dunia pendidikan.
Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan satu kursus pada 24 November 2022 bertujuan mendedahkan kepada para pensyarah dengan amalan gaya hidup sihat yang wajib ada bagi setiap individu kerana penjagaan kesihatan yang betul, amalan pemakanan secara sihat, dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
Objektif kursus adalah supaya pensyarah
i. Menjadikan diri lebih produktif di tempat kerja
ii. Mengurangkan risiko pensyarah mendapat pelbagai
penyakit kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti diabetes, serangan
jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser
iii. Meningkatkan jangka hayat dan status
kesihatan pensyarah untuk kelihatan lebih baik
iv. Memiliki stamina dan keupayaan untuk
mengajar dan bertenaga di dalam kelas serta mempunyai penampilan diri yang lebih menarik.
Penceramah :
1. Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin -
JPJK, IPGKI
2. Pn. Norfaridah bt. Mohamad Khannas -
JPJK, IPGKI
3. En. Azhar Bin Awang - JPJK, IPGKI
4. Cik. Jamiah Ismail -
Unit Peperiksaan, IPGKI
Jadual bermula dengan Kepentingan Kecergasan Diri ( Jom Senam) di Gymnasium dan padang pada pukul 8.00-9.30 pagi oleh Pensyarah Pendidikan Jasmani yang diketuai oleh En. Azhar Bin Awang. Kemudian diteruskan dengan Ceramah Amalan Pemakanan Sihat oleh Pn. Nor Faridah bt. Mohamad Khannas pada jam 9.30-11.00 pagi di Mini Teater. Pada pukul 11.30 – 1.00 diteruskan dengan Amalan Gaya Hidup Sihat oleh Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin. Untuk slot petang adaah Slot Senamtari untuk kesihatan oleh Cik Jamiah bt. Ismail.
Semua pensyarah JIP menunjukkan komitmen yang baik dan seronok ketika Kursus ini dijalankan
Tahniah, dan syabas diucapkan kepada pensyarah pembimbing dan peserta Showcase KPPB Sem. I 2022, kerana telah membentangkan hasil KPPB sepanjang Sem. I 2022 ini. Wakil daripada JIP adalah
1. TENG QUAN YI
2. AZREEN BINTI ROSLAN
3. AIN NADIA BINTI AHMAD ROZI
4. NUR ANIS NADHIRAH BT MUHAMAD ZULKHAN
5. NURHAMIZAH BINTI AWANG
UNIT X6
PENSYARAH PEMBIMBING :
EN. SUNDAR A/L SUBBRAMANIAM
KURSUS : EDUP3103 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA & EDUP3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
DAN
1. NUR NASUHA BINTI ABDUL FATTAH
2. MOHAMAD AMIR FARHAN BIN AZLAN
3. TAN QIAN QI
4. CHONG YAN QI
5. LENIENT CHEAH
W 14 DAN W 15
PENSYARAH PEMBIMBING :
EN. MUHAMAD TAJUDIN BIN MUSTAFA
KURSUS : PBKK3063 MAKMAL BIMBINGAN DAN KAUNSELING INDIVIDU & PBKK3073 TERAPI DALAM INTERVENSI KANAK-KANAK