• ;

11,12 13. 06.2024 - Program Sekolah Pengajar: Bengkel pemantapan pedagogi AI dalam kalangan guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands

Syabas dan tahniah kepada Jawatan Kuasa Sekolah Pengajar, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh  telah melaksanakan Program Sekolah Pengajar : Bengkel pemantapan pedagogi AI dalam kalangan guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands  yang bertarikh 11, 12 & 13 Jun 2024 dan bertempat di Dewan SK Kampung Raja, Cameron Highland.

Penceramah yang terlibat ialah  Pn Sarini bt Sulaiman, Pn Yumi bt Abdul Rahim, Pensyarah Akademik, JIP.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands dalam mengintegrasikan teknologi digital mempelajari pelbagai alat dan aplikasi teknologi digital serta bagaimana menggunakannya dengan berkesan dalam konteks pengajaran mereka. 

Antaranya ialah dengan memperkenalkan strategi pengajaran yang berkesan menggunakan teknologi digital menggunakan aplikasi Plickers sebagai salah alat penilaian yang cepat dan mudah untuk memeriksa pemahaman pelajar. Selain daripada itu, guru-guru juga diperkenalkan aplikasi “Classdojo” sebagai satu kaedah pentaksiran yang memudahkan guru-guru menyimpan evidens kerja murid. 

Dengan kemahiran yang diperoleh, diharapkan guru-guru SK Kampung Raja akan lebih berkeyakinan dan berkemampuan untuk menggunakan teknologi digital dalam pengajaran, serta mengadaptasi strategi intervensi berfokus dan terbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan pelajar, seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka. 

Program Sekolah Pengajar : Bengkel pemantapan pedagogi AI dalam kalangan guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands 









Kongsi:

28.05.2024 - Tahniah Tn Hj Azlan, Pengerusi JK Komunikasi Korporat IPGMKI Menyantuni Delegasi JK Perhubungan Awam dan Protokol IPGK Tuanku Bainun.

28 Mei 2024: Pihak pengurusan IPGMKI yang diketuai oleh Dr Suliana bt Wan Chik (Ketua Jabatan Bahasa, mewakili Dr Pengarah IPGMKI) telah menerima delegasi dari IPGMKTB seramai 9 orang untuk lawatan dan diskusi Unit Komunikasi Korporat di IPGMKI.

Lawatan dari delegasi IPGMKTB yang diketuai oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA), Tn. Ahmad Shukri Bin Ghazali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam dan Protokol, antara lain bertujuan untuk berkongsi maklumat serta kepakaran dalam mengurus tadbir skop dan fungsi komunikasi korporat di kampus masing-masing selaras dengan keperluan IPGM KPM.

Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Komunikasi Korporat IPGMKI yang diketuai oleh Tn Haji Azlan bin Lin atas persediaan rapi serta perkongsian mantap dalam memastikan objektif lawatan berada pada tahap optimum serta memberi impak positif dalam meningkatkan imej komunikasi korporat dan perhubungan awam masing-masing.

👨‍🏫👩‍🏫IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA!!!👨‍🏫

















Kongsi:

26.05.2024 - Tahniah Dr Zulliana & Dr Mariah : Lantikan JK Tertinggi dalam Sukarelawan Kaunselir Berdaftar Zon Utara

Syabas dan tahniah kepada Dr. Mariah dan Dr Zulliana yang telah menerima lantikan JK Tertinggi dalam Sukarelawan Kaunselor Berdaftar Zon Utara ketika menghadiri Mesyuarat Pembangunan Profesional Zon Utara pada 26.05.2024 di Park Evenue, Sungai Petani.

Dr. Zulliana telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha dan Dr Mariah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa SKB, Zon Utara 

Warga JIP sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah. Teruskan kecemerlangan. 


Kongsi:

25.05.2024 - Bengkel Kemahiran Lanjutan Sukarelawan Kaunselor Berdaftar Zon Utara

Tahniah kepada Dr Mariah dan Dr Zulliana yang telah mengikuti Bengkel Kemahiran Lanjutan Sukarelawan Kaunselor Berdaftar Zon Utara pada 25-26.05.2024 di Park Avenue, Sungai Petani. 



Kongsi:

21.05.2024 - Tahniah En Mustafa Kamal : Program Teaching School di SK Seri Pangkor.

21 Mei 2024 : Program ini telah dilaksanakan di SK Seri Pangkor, Pulau Pangkor, Perak bertujuan untuk memantapkan penguasaan  Bahasa Melayu murid dan guru.

En Mustafa Kamal bin Elias, Pensyarah Kanan JIP telah memberi taklimat berkaitan Teaching School kepada warga sekolah. Kefahaman dan hala tuju Teaching School dapat memberi impak kepada warga sekolah khususnya guru-guru dan murid.

Program ini juga dibahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan Pertama kategori guru-guru. Kumpulan ini diketuai oleh Dr.Hjh Nor Aziah binti Abdul Aziz. Kumpulan Dua  pula bagi murid-murid Tahap 2. Kumpulan murid Tahap 2 diketuai oleh Encik Shamsudin bin Abu Bakar dan Kumpulan ketiga pula bagi murid-murid Tahap 1, diketuai oleh Puan Nor Anis Izzati binti Mohd Sahlan. Bagi kategori guru-guru, mereka dibimbing berkaitan Pedogogi Terbeza. Mereka juga diberi taklimat berkaitan Teaching School, TS 25 dan Program Ijazah Sarjana Pendidikan (PISP). Bagi murid-nurid Tahap 2, mereka diberi pendedahan berkaitan Aktiviti Bijak Menulis dan bagi murid-murid Tahap 1 pula mereka dibimbing tentang Sasuba iaitu memantapkan kemahiran membaca murid.

Program ini diharapkan tidak hanya meningkatkan kefahaman Bahasa Melayu para murid, tetapi juga memupuk minat mereka dalam mata pelajaran tersebut melalui cara pembelajaran yang menyeronokkan. 

Semoga program ini memberi impak positif kepada pembelajaran Bahasa Melayu dalam  kalangan murid  SK Seri Pangkor.

👨‍🏫👩‍🏫IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA!!!



Kongsi:

15-17.05.2024 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on " Research Writing and Scholarly Publications in the Age of Artificial Intelligence" 15 - 17 May 2024.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Writing and Scholarly Publications in the Age of Artificial Intelligence" yang telah diadakan selama tiga hari dari 15-17 MAY 2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.






Kongsi:

16.05.2024 - Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Ilmu Pendidikan 2024

Dr. Mariah Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SELAMAT HARI GURU khusus untuk warga Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Sambutan Hari Guru peringkat jabatan berlangsung di Miker Signature, Gopeng. Semoga keakraban dan kejelekitan bersama dalam organisasi dapat diteruskan. Seiring dengan tema Hari Guru 2024 iaitu “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”.





















Kongsi:

10.05.2024 - Tahniah Warga JIP : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana IPGM Kampus Ipoh.

Syabas dan tahniah Jabatan Ilmu Pendidikan berjaya menyediakan kios masakan lemang, rendang dan teh tarik sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana IPGM Kampus Ipoh tahun 1445H/2024M pada :

Hari : 10.05.2024 (Jumaat)
Masa : 9.00am - 12.30 tengahari.
Tempat : IPGM Kampus Ipoh, Perak.

Kejayaan ini adalah berasaskan kerjasama dan komitmen warga JIP.











Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1