19.03.2024 : Tahniah Unit Prasekolah : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Dua Hala Bersama Murid Prasekolah.

Syabas dan Tahniah kepada Unit Prasekolah, JIP yang terlibat dalam  Program kunjung bantu aktiviti luar bilik darjah subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) pada 19.03.2024 (Selasa) di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh.

Program telah dihadiri oleh murid-murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Ketua Unit Prasekolah dan Guru Prasekolah. 

Program ini dimulakan dengan penerangan tentang pembahagian 1 orang murid dengan 1 orang guru pelatih Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kaedah pelaksanaan aktiviti empat bidang kegiatan PSV oleh pensyarah Unit Y9 iaitu Puan Salzuriawani Binti Ridzwan. 

Setiap guru pelatih telah memilih bidang masing-masing untuk memberikan latihan dan bimbingan untuk murid-murid yang dipilih. Mereka telah mengajar dan memberikan bimbingan berkaitan bidang seperti lukisan, catan, kolaj dan sebagainya. Murid-murid amat berminat dengan aktiviti Pendidikan Seni Visual yang mereka pelajari. Murid-murid juga kelihatan gembira apabila diberikan hadiah-hadiah yang menarik daripada pihak Unit Y9. 

Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang aktiviti-aktiviti seni yang lebih menarik secara langsung kepada guru pelatih dan menerusi bimbingan tersebut guru pelatih dapat mengenal pasti minat murid prasekolah dalam pelbagai bidang.









Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1