Syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Gigi Prasekolah Seri Mawar IPGMK IPOH pada 25 Mac 2024, anjuran bersama Unit Prasekolah JIP dan Klinik Pergigian Dr. Karthi.
Program dan lawatan dari ini telah dihadiri oleh murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Guru dan AJK dari kalangan ibubapa murid Prasekolah. Turut hadir ialah Ketua Unit Prasekolah En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab dan Guru Prasekolah ialah Norzety Abdul Aziz.
Program dimulakan dengan penerangan tentang kebersihan dan penjagaan gigi dari Dr. Devia dibantu oleh dengan seorang pembantu doktor tersebut, Cik Putri.
Mereka juga telah mengajar cara dan teknik yang betul untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi.
Murid-murid amat berminat dengan aktiviti menggosok gigi dengan betul yang dijalankan oleh pihak dari klinik berkenaan.
Murid-murid Prasekolah juga kelihatan gembira apabila diberikan saguhati yang menarik dari klinik berkenaan.
Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang penjagaan gigi mereka dari pakar pergigian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan