09.06.2026 - Tahniah Pasukan Unit BNK, JIP :Sesi Libat Urus Pembinaan Instrumen Penilaian Sesi Kaunseling Kelompok

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, bersama Dr. Nurul Shuhada, Dr. Sriraj dan Tn Hj Nizam telah terlibat dalam Sesi Libat Urus Pembinaan Instrumen Penilaian Sesi Kaunseling Kelompok bersama Jemaah Nazir Negeri Perak. 

Sesi yang berlangsung di IPG Kampus Ipoh ini dilaksanakan bagi meneliti dan membuat verifikasi terhadap instrumen yang sedang dibangunkan oleh pihak Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan instrumen tersebut bertujuan meningkatkan kualiti dan keberkesanan sesi kaunseling kelompok melalui kaedah penilaian yang lebih sistematik, jelas dan bersesuaian dengan amalan profesional. Pelibatan ini turut mencerminkan sumbangan kepakaran Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menyokong usaha pemerkasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di institusi pendidikan.






Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1