19.06.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Pelantikan Pakar Penilai Penyelidikan Peringkat PHD, UTAR.

 Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dilantik oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebagai Pakar Penilai (Expert Validator) bagi projek penyelidikan peringkat kedoktoran dalam bidang Psikologi yang dijalankan oleh Nur Amanina binti Muhammad Tamizi.

Penyelidikan bertajuk A Phenomenological Study of Lived Experiences among Malaysian Emerging Adults Raised in Families with Narcissistic Dynamics ini memfokuskan pengalaman hidup golongan dewasa awal Malaysia yang dibesarkan dalam keluarga dengan dinamika narsisistik. Sebagai pakar penilai, Dr. Zulliana bertanggungjawab menilai kesesuaian soal selidik dan protokol temu bual serta memberikan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh kesahan instrumen penyelidikan.

Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang bimbingan, kaunseling dan penyelidikan, sekali gus mengangkat sumbangan kepakaran Jabatan Ilmu Pendidikan dalam jaringan akademik antara institusi.



Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1