15.05.2023 : Tahniah Dr Baskaran : Perkongsian Profesionalisme - Kepentingan Kerja Berpasukan.
15.03.2023 - Tahniah Dr. Mariah : Pakar Kesahan Instrumen Soal Selidik dan Temu Bual
TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Pengesahan Instrumen Soal Selidik dan Temu Bual bagi Ijazah Doktor Falsafah (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
10.03.2023 - DLO GOOGLESITE : Kursus Pemanfaatan Pembelajaran Digital
Syabas dan tahniah kepada pensyarah JIP yang mengikuti Kursus Pemanfaatan Pembelajaran Digital dalam bidang DLO Googlesite pada 10.3.2023 (Jumaat) bertempat di Makmal Simulasi Bestari, IPGKI.
Penceramah jemputan ialah Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Unit Ilmu Pendidikan yang berpengetahuan luas dalam bidang Pedagogi dan Teknologi Maklumat.
Para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah berjaya membina googlesite berkaitan DLO untuk subjek yang diajar bagi setiap semester.
Dr. Hamdiah sedang berkongsi input berkaitan DLO berasaskan GoogleSite.09.03.2023 - Kursus Pemanfaatan Digital Oengajaran dan Pembelajaran Berimpak Tinggi
Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Unit Ilmu Pendidikan yang telah menganjurkan Kursus Pemanfaatan Digital Pengajaran dan Pembelajaran Berimpak Tinggi pada 9 - 10 Mac 2023 bertempat di Makmal Simulasi Bestari, IPG Kampus Ipoh.
Penceramah jemputan ialah En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, Pegawai Pengurusan, Unit Penilaian dan Peperiksaan yang memiliki pengetahuan luas dalam bidang Teknologi Maklumat.
Para pensyarah JIP seramai 25 orang telah mendapat pengetahuan baharu dengan aplikasi Tik-Tok dalam pendidikan.
Kursus ini amat bermakna kerana dunia digital amat pantas berlaku perubahan demi perubahan. Pensyarah JIP terus bersemangat mempelajari dan mengaplikasi Tik Tok dalam dunia pendidikan.
08.03.2023 : Perkongsian Pintar: Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling
Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan program Perkongsian Pintar: Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling yang bertempat secara atas talian pada 08.03.2023, jam 2.00 hingga 4.30 petang.
Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling.
Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Kamaruddin bin Ilias, pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh dan sasaran program ini merupakan semua pensyarah dan siswa guru major Bimbingan dan Kaunseling seramai 80 orang.
Tujuan ceramah ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada siswa guru berkenaan Penyelidikan Kuantitatif dan analisis data, membudayakan aktiviti penyelidikan yang berkualiti dalam kalangan siswa guru dan mewujudkan kefahaman yang mendalam berkenaan penyelidikan kualitatif serta analisis data.
Program ini dimulakan tepat pada jam 2.00 petang dengan dimulai bacaan doa daripada Muhammad Izham, siswa guru dari unit V18, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh dan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling oleh Dr. Kamaruddin bin Ilias.
Dr. Kamaruddin telah menyampaikan perkongsian secara dua hala yang juga melibatkan komunikasi bersama para siswa guru walaupun secara atas talian. Pada akhir program, para siswa guru telah mempunyai celik akal mengenai penyelidikan kuantitatif yang termasuk dalam aspek jenis-jenis penyelidikan kuantitatif, jenis-jenis instrumen yang digunakan, cara mengumpul data, cara melaksanakan penyelidikan secara kuantitatif dan banyak lagi. Program ini tamat pada tepat jam 4.30 petang.
Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan kerana dapat memberi pendedahan dan maklumat yang baru terhadap para siswa guru IPG Kampus Ipoh mengenai penyelidikan secara kualitatif sekaligus dapat membantu para siswa guru menyelesaikan tugasan kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (PBKK3143) yang diambil oleh para siswa guru pada semester ini.
08.03.2023 - Tahniah Dr Vasuki : Johan Pertandingan Soduku di Program STEM Challenge IPGKI 2023
Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Vasuki, Pensyarah Kanan, Unit Ilmu Pendidikan yang mendapat anugerah Johan Pertandingan Sudoku sempena program STEM Challenge IPGKI 2023.
Program ini berlangsung pada 7-8 Mac 2023.. Program ini adalah anjuran Kelab STEM dgn kerjasama Jabatan Sains dan Matematik, IPGKI.
Penyampaian hadiah adalah ketika Perhimpunan Pelajar . Dr Leena sebagai wakil rasmi Dr Vasuki untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah.
04.03.2023 - Tahniah Dr Kanthasamy dan En. Thayalan : Menang dalam Merentas Desa.
Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Khantasamy dan En. Thayalan yang aktif, bersemangat dan turut serta dalam acara merentas desa pada 4 hb Mac 2023 anjuran Unit W.
Dua (2) orang Pensyarah (En. Thayalan dan Dr Kanthasamy telah mengambil bahagian dalam acara ini dalam kategori staff.
Kedua- dua pensyarah JIP telah memenangi acara ini.En. Thayalan berjaya mendapat tempat kedua manakala Dr. Kanthasamy pula berjaya mendapat tempat ke empat.
01.03.2023 - Perkongsian Pintar : Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling.
Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan program Perkongsian Pintar: Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling yang bertempat secara atas talian pada 01 Mac 2023, jam 2.00 hingga 4.00 petang.
Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Munirah binti Abdul Hamid, pensyarah Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh dan sasaran program ini merupakan semua siswa guru major Bimbingan dan Kaunseling seramai 80 orang.
Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada siswa guru berkenaan Penyelidikan Kualitatif dan analisis data, membudayakan aktiviti penyelidikan yang berkualiti dalam kalangan siswa guru dan mewujudkan kefahaman yang mendalam berkenaan penyelidikan kualitatif serta analisis data.
Program ini dimulakan tepat pada jam 2.00 petang dengan dimulai bacaan doa daripada Muhammad Suhaid Irfan, siswa guru dari unit V17, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh dan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling oleh Dr. Munirah binti Abdul Hamid.
Dr. Munirah telah menyampaikan perkongsian secara dua hala yang juga melibatkan komunikasi bersama para siswa guru walaupun secara atas talian.
Pada akhir program, para siswa guru telah mempunyai celik akal mengenai penyelidikan kualitatif yang termasuk dalam aspek jenis-jenis penyelidikan kualitatif, jenis-jenis instrumen yang digunakan, cara mengumpul data, cara melaksanakan penyelidikan secara kualitatif dan banyak lagi. Program ini tamat pada tepat jam 4.00 petang.
Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan kerana dapat memberi pendedahan dan maklumat yang baru terhadap para siswa guru IPG Kampus Ipoh mengenai penyelidikan secara kualitatif sekaligus dapat membantu para siswa guru menyelesaikan tugasan kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (PBKK3143) yang diambil oleh para siswa guru pada semester ini.
27.02.2023 - Tahniah En Mohd Tajudin bin Mustafa : Menamatkan perkhidmatan dan meneruskan bidang keusahawanan pendidikan (Terapi Matematik)
Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat berbahagia kepada En Mohd Tajudin bin Mustafa, pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP kerana dapat meneruskan legasi pendidikan di luar IPG Kampus Ipoh.
Beliau pernah berkhidmat di IPG Kampus Ipoh bermula tahun Mei 2013 hingga Nov 2014 sebagai seorang kaunselor pelajar di Unit Psikologi dan Kaunseling, IPGKI. Selepas itu, beliau menyambung pendidikan dengan tajaan KPM (Hadiah Latihan Persekutuan) .
Mulai Ogos 2022, beliau kembali bertugas di IPG Kampus Ipoh sebagai pensyarah JIP di Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Kini, beliau akan menamatkan perkhidmatan dan meneruskan perniagaan pendidikan berkaitan Terapi Matematik.
Hari ini warga JIP mengadakan majlis perpisahan ringkas bersama dengan para siswa guru Unit V17 dan V18 di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh.
23-24.02.2023 - Tahniah Pn Mastura & Warga JIP : Bengkel/Kursus Pedagogi Kontemporari
Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn Mastura binti Karimudin, Penyelaras Unit Latihan Perkhidmatan (ULP) Jabatan Ilmu Pendidikan.
Penganjurkan Kursus Pedagogi Kontemporari ini bekerjasama dgn Unit Latihan Perkhidmatan IPGK Ipoh diadakan pada 23-24 Feb 2023 bertempat di Dewan Seri Kledang, IPGK Ipoh.
Tujuan kursus ini untuk menambahbaik pemahaman dan pengetahuan pensyarah JIP berdasarkan pedagogi kontemporari, fenomena dan humanisme.
Ceramah dan bengkel dikendalikan oleh Pn. Nor Hani bebe Alta Miah dan pn. Latifah a.jamil. ceramah dan bengkel berjalan lancar dan dapat menepati objektif kursus.

































.jpg)
.jpg)

























