• ;

28.03.2023 - Gotong-royong JIP : Sempena Iftar Perdana

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan terima kasih kepada warga JIP yang berjaya melaksana gotong-rotong menyediakan menu makanan untuk Iftar Perdana IPG Kampus Ipoh. 

Master Chef, En Mustafa Kamal dan turut dibantu oleh rakan pensyarah JIP serta siswa guru. Gotong-royong masakan ini berlangsung pada 28.03.2023 (Selasa), jam 9.00pagi - 6.30 petang di Surah Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh.

 











Kongsi:

23.03.2023 - Marhaban Ya Ramadan : Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapakn Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada Warga Jabatan Ilmu Pendidikan.


Marhaban Ya Ramadan, Bulan Suci Penuh Keberkatan Telah Tiba. Saatnya Untuk Lebih Mendekatkan Diri pada-Nya, Menjauhi Keburukan, Memperbanyakkan Ibadah. Dengan Segala Kerendahan Hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin. Marhaban Ya Ramadan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.




Kongsi:

22.03.2023 - Tahniah Pn Mastura : Sumbangan Bakti sebagai Pemeriksa Luar Bagi Program PISMP Sesi Mac - April 2023.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Mastura Karimuddin telah dilantik oleh IPGM untuk membantu pemeriksa luar Dr. Amira Najiha binti Yahya dari Universiti Malaya (UM). 

Aktiviti pemeriksaan tersebut yang dijalankan pada 20-22 Mac  2023 di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah.






Kongsi:

17.03.2023 - Tahniah Webmaster JIP - Anugerah Portal Aktif

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Webmaster JIP, En Azlan Lin yang mengendalikan Portal JIP dan memuatnaikkan berita/aktiviti jabatan sepanjang Tahun 2022. 

Pada 17.03.2023, sijil penghargaan Webmaster Aktif telah disampaikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh sempena Perhimpunan Organisasi Anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Dewan Seri Tanjung.




Kongsi:

16.03.2023 - Tahniah Dr. Mariah : Pakar Kesahan Kandungan Instrumen (UPSI)

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Pakar Kesahan Soal Selidik Kajian  bagi Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


 

Kongsi:

15.05.2023 : Tahniah Dr Baskaran : Perkongsian Profesionalisme - Kepentingan Kerja Berpasukan.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Baskaran, Pensyarah Kanan, Unit Ilmu Pendidikan, JIP  yang terus berkongsi kepakaran dalam bidang motivasi dan profesionalisme keguruan. 

Beliau telah menyampaikan perkongsian ilmu di SJKT Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak pada 15.03.2023, jam 8.30am - 4.30am. 

Seramai 30 orang guru menghadiri bengkel untuk meningkatkan motivasi diri. Tajuk bengkel ialah Kerja berpasukan meningkatkan kecemerlangan prestasi organisasi. Guru-guru melibatkan diri dengan penuh semangat dan menunjukkan komitmen yang membanggakan. 

Dr Rajeswari dan Cik Sarasvathy turut membantu dalam menjayakan bengkel ini. 








Kongsi:

15.03.2023 - Tahniah Dr. Mariah : Pakar Kesahan Instrumen Soal Selidik dan Temu Bual

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Panel Pakar Pengesahan Instrumen Soal Selidik dan Temu Bual  bagi Ijazah Doktor Falsafah (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).



Kongsi:

10.03.2023 - DLO GOOGLESITE : Kursus Pemanfaatan Pembelajaran Digital

Syabas dan tahniah kepada pensyarah JIP yang mengikuti Kursus Pemanfaatan Pembelajaran Digital dalam bidang DLO Googlesite pada 10.3.2023 (Jumaat) bertempat di Makmal Simulasi Bestari, IPGKI.

Penceramah jemputan ialah Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Unit Ilmu Pendidikan yang berpengetahuan luas dalam bidang Pedagogi dan Teknologi Maklumat. 

Para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah berjaya membina googlesite berkaitan DLO untuk subjek yang diajar bagi setiap semester.

Dr. Hamdiah sedang berkongsi input berkaitan DLO berasaskan GoogleSite.

Para peserta bengkel sedang khusyuk mengikuti perkongsian ilmu.


Kongsi:

09.03.2023 - Kursus Pemanfaatan Digital Oengajaran dan Pembelajaran Berimpak Tinggi

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Unit Ilmu Pendidikan yang telah menganjurkan Kursus Pemanfaatan Digital Pengajaran dan Pembelajaran Berimpak Tinggi pada 9 - 10 Mac 2023 bertempat di Makmal Simulasi Bestari, IPG Kampus Ipoh. 

Penceramah jemputan ialah En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, Pegawai Pengurusan, Unit Penilaian dan Peperiksaan yang memiliki pengetahuan luas dalam bidang Teknologi Maklumat. 

Para pensyarah JIP seramai 25 orang telah mendapat pengetahuan baharu dengan aplikasi Tik-Tok dalam pendidikan. 

Kursus ini amat bermakna kerana dunia digital amat pantas berlaku perubahan demi perubahan. Pensyarah JIP terus bersemangat mempelajari dan mengaplikasi Tik Tok dalam dunia pendidikan. 



Hari Pertama : 09.03.2023 (Khamis)

Ucapan Perasmian oleh Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan.
Penceramah jemputan, En Muhamad Firdaus bin Mohamad yang berpengetahuan luas dalam bidang Teknologi Pendidikan. 


Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Unit Ilmu Pendidikan turut mengakses akaun Tik Tok.

















Kongsi:

08.03.2023 : Perkongsian Pintar: Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling

Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan program Perkongsian Pintar: Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling yang bertempat secara atas talian pada 08.03.2023, jam 2.00 hingga 4.30 petang. 

Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Kamaruddin bin Ilias, pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh dan sasaran program ini merupakan semua pensyarah dan siswa guru major Bimbingan dan Kaunseling seramai 80 orang. 

Tujuan ceramah ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada siswa guru berkenaan Penyelidikan Kuantitatif dan analisis data, membudayakan aktiviti penyelidikan yang berkualiti dalam kalangan siswa guru dan mewujudkan kefahaman yang mendalam berkenaan penyelidikan kualitatif serta analisis data.




Program ini dimulakan tepat pada jam 2.00 petang dengan dimulai bacaan doa daripada Muhammad Izham, siswa guru dari unit V18, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh dan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling oleh Dr. Kamaruddin bin Ilias.

Peserta hadiri dalam Google Meet

 Dr. Kamaruddin telah menyampaikan perkongsian secara dua hala yang juga melibatkan komunikasi bersama para siswa guru walaupun secara atas talian. Pada akhir program, para siswa guru telah mempunyai celik akal mengenai penyelidikan kuantitatif yang termasuk dalam aspek jenis-jenis penyelidikan kuantitatif, jenis-jenis instrumen yang digunakan, cara mengumpul data, cara melaksanakan penyelidikan secara kuantitatif dan banyak lagi. Program ini tamat pada tepat jam 4.30 petang. 

Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyampaikan cenderamata kepada penceramah.


Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan kerana dapat memberi pendedahan dan maklumat yang baru terhadap para siswa guru IPG Kampus Ipoh mengenai penyelidikan secara kualitatif sekaligus dapat membantu para siswa guru menyelesaikan tugasan kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (PBKK3143) yang diambil oleh para siswa guru pada semester ini.


Kongsi:

08.03.2023 - Tahniah Dr Vasuki : Johan Pertandingan Soduku di Program STEM Challenge IPGKI 2023

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Vasuki, Pensyarah Kanan, Unit Ilmu Pendidikan yang mendapat anugerah Johan Pertandingan Sudoku sempena program STEM Challenge IPGKI 2023.

Dr. Mariah Kamaruddin menyampaikan hadian kepada Dr Vasuki sebagai pemenang Pertandingan Soduku.

Program ini berlangsung pada 7-8 Mac 2023.. Program ini adalah anjuran Kelab STEM dgn kerjasama Jabatan Sains dan Matematik, IPGKI.

Penyampaian hadiah adalah ketika Perhimpunan Pelajar . Dr Leena sebagai wakil rasmi Dr Vasuki untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah. 





Kongsi:

04.03.2023 - Tahniah Dr Kanthasamy dan En. Thayalan : Menang dalam Merentas Desa.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Khantasamy  dan En. Thayalan yang aktif, bersemangat dan turut serta dalam acara merentas desa pada 4 hb Mac 2023 anjuran Unit W.

Dua (2) orang Pensyarah (En. Thayalan dan Dr Kanthasamy telah mengambil bahagian dalam acara ini dalam kategori staff. 

Kedua- dua pensyarah JIP telah memenangi acara ini.En. Thayalan berjaya mendapat tempat kedua manakala Dr. Kanthasamy pula berjaya mendapat tempat ke empat.




Kongsi:

01.03.2023 - Perkongsian Pintar : Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling.

Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan program Perkongsian Pintar: Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling yang bertempat secara atas talian pada 01 Mac 2023,  jam 2.00 hingga 4.00 petang. 


Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Munirah binti Abdul Hamid, pensyarah Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh dan sasaran program ini merupakan semua siswa guru major Bimbingan dan Kaunseling seramai 80 orang. 

Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada siswa guru berkenaan Penyelidikan Kualitatif dan analisis data, membudayakan aktiviti penyelidikan yang berkualiti dalam kalangan siswa guru dan mewujudkan kefahaman yang mendalam berkenaan penyelidikan kualitatif serta analisis data.

Program ini dimulakan tepat pada jam 2.00 petang dengan dimulai bacaan doa daripada Muhammad Suhaid Irfan, siswa guru dari unit V17, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh dan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Pendekatan Kualitatif dalam Penyelidikan Bimbingan dan Kaunseling oleh Dr. Munirah binti Abdul Hamid. 

Dr. Munirah telah menyampaikan perkongsian secara dua hala yang juga melibatkan komunikasi bersama para siswa guru walaupun secara atas talian. 

Pada akhir program, para siswa guru telah mempunyai celik akal mengenai penyelidikan kualitatif yang termasuk dalam aspek jenis-jenis penyelidikan kualitatif, jenis-jenis instrumen yang digunakan, cara mengumpul data, cara melaksanakan penyelidikan secara kualitatif dan banyak lagi. Program ini tamat pada tepat jam 4.00 petang. 

Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa hadapan kerana dapat memberi pendedahan dan maklumat yang baru terhadap para siswa guru IPG Kampus Ipoh mengenai penyelidikan secara kualitatif sekaligus dapat membantu para siswa guru menyelesaikan tugasan kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (PBKK3143) yang diambil oleh para siswa guru pada semester ini.





Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1