• ;

26.04.2024 - Program Jelajah Ilmu : Pensyarah & Siswa Guru Prasekolah IPGMKTAR Ke IPGM Kampus Ipoh

Program Jelajah Ilmu para Pensyarah dan Siswa Guru IPGM Kampus Tun Abdul Razak telah tiba di IPGM Kampus Ipoh seperti berikut :

Tarikh : 26.04.2024 (Jumaat)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Seri Melati, IPGMKI

Seramai 4 orang pensyarah dan 30 orang siswa guru IPGMKTAR telah disambut oleh En Shaddin bin Sabri, Pen. Ketua Jabatan, JIP, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf, Ketua Unit Prasekolah, JIP, Cikgu Nor Zety, Guru prasekolah Seri Mawar, IPGMK Ipoh dan 8 orang pensyarah JIP.

Perkongsian ilmu sempena Program Jalinan Akademik ini memberi impak dan pengalaman langsung kepada siswa guru prasekolah. 

Tetamu kehormat di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh

Ucapan En. Shaddin bin Sabri, Pen. Ketua Jabatan, JIP

Ucapan Pn Zuraidah binti Maseri, Pen Ketua Jabatan PAKK, IPGMKTAR.

Persembahan Pelajar Opsyen Muzik, IPGMKI

Persembahan Pelajar Opsyen Muzik, IPGMKI

Siswa-siswi Guru IPGM Kampus Tun Abdul Razak.

Sesi suai kenal di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh.

Persembahan Siswa Guru IPGMKTAR


Ahli rombongan bergambar di Prasekolah Seri Mawar, IPGM Kampus Ipoh.








Kongsi:

22.04.2024 - Pelajar Prasekolah Seri Mawar bersama Program Hijaiyah Kit Pelajar PIMK 1 Unit X. Unit

Tahniah kepada En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf, Ketua Unit Prasekolah, Cikgu Norzety binti Abdul Aziz yang memberi peluang pengalaman langsung kepada pelajar Prasekolah Seri Mawar untuk mengikuti program aktiviti luar bilik darjah seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 22 APRIL 2024 (ISNIN)T

EMPAT : GYMNASIUM IPGM KAMPUS IPOH

PROGRAM : HIJAIYAH KIT (KAEDAH MUDAH MENGENAL HURUF)

PENGANJUR : UNIT X4, X5, X7, X8, X9 (PIMK 1) BERSAMA PRA SEKOLAH

Aktiviti ini ialah kaedah mudah mengenal huruf hijaiyah telah dihadiri oleh murid-murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Ketua Unit Prasekolah dan Guru Prasekolah.

 Program ini dimulakan dengan senamrobik ringkas yang diketuai oleh dua orang guru pelatih untuk tujuan pemanasan badan dan merangsang minat murid. Kemudian diteruskan lagi dengan penerangan tentang pembahagian 1 orang murid dengan 1 orang guru pelatih unit X Pengajian Hadis dan Tafsir (PIMK 1) dan Kaedah Hijaiyah Kit oleh pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral iaitu Puan Roezan Zullianoe binti Mamat. 

 Setiap guru pelatih telah memilih bidang masing-masing untuk memberikan latihan dan bimbingan untuk murid-murid yang dipilih. Mereka telah mengajar dan memberikan bimbingan berkaitan huruf hijaiyah tunggal dengan menggunakan pelbagai kit pengajaran dan pembelajaran seperti Let Learn Hijaiyah, Listen and Write, Flash Train, Lets Create, Hijaiyah Jar dan Write and Say It. Murid-murid amat berminat dengan aktiviti menarik yang mereka pelajari. Murid-murid juga kelihatan gembira apabila diberikan hadiah yang menarik daripada pihak Unit X (PIMK 1).

 Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang aktiviti-aktiviti huruf hijaiyah yang lebih menarik secara langsung kepada guru pelatih dan menerusi bimbingan tersebut guru pelatih juga dapat mengenal pasti minat murid prasekolah dalam pelbagai bidang. 

 






  

Kongsi:

JIP : Promosi Kursus Elektif

Jabatan Ilmu Pendidikan menawarkan Kursus Elektif  untuk Semester Jun-Ogos 2024. Kursus yang ditawarkan ialah PACK3013 (Pengurusan Acara) dan GLFS3013 (Asas Permainan Golf). 

Tarikh : 18.04.2024 (Khamis)

Masa : 8.30am - 10.30am.

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGMKI.  

Siswa-siswi Guru mendapat maklumat awal kursus PACK3013 daripada En Azlan bin Lin dan GLFS3013 daripada En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada bakal guru apabila bergelar guru di sekolah nanti. 








Kongsi:

1-3.04.2024 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop On "Research Article Writing and Publications in Scholarly Journals"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Article Writing and Publications in Scholarly Journals " yang telah diadakan selama tiga hari dari 1-3 APRIL 2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini. 




Kongsi:

03.04.2024 : Mesyuarat JIP Bil.2/2024

Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat JIP Bil.2/2024 mengikut ketetapan seperti di bawah :  

Tarikh : 03.04.2024 (Rabu)

Masa : 10.00am

Tempat : Bilik Sakura, IPGM Kampus Ipoh.








Kongsi:

02.03.2024 - Forum KPPB "Rakan Pembelajaran" Sosiologi dalam Pendidikan (EDUP3143): Pendidikan untuk Semua

Tahniah dan syabas kepada pensyarah kursus EDUP3143 (Sosiologi dalam Pendidikan) Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah menganjurkan Forum KPPB "Rakan Pembelajaran" (Pendidikan untuk Semua) pada 02.04.2024 (Selasa) di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh.

Forum telah dihadiri oleh semua pelajar Unit X IPGM Kampus Ipoh dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Dr Mariah binti Kamaruddin. Penyelaras forum ini adalah Pn. Yumi binti Abd Rahim dan dibantu oleh penyelaras kursus, Dr. Lok Wai Foong.

Forum ini menyediakan suatu platform kepada guru dan pegawai pendidikan yang berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan mengenai program pendidikan yang dilaksanakan di negara kita. Dua orang panel jemputan adalah Pn. Zuraida binti Zainol Abidin (Penyelia Sekolah dalam Hospital, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah) dan En. Mohd Tarmizi bin Mat Lin (Guru Akademik SK Sungai Tunoh, Sarawak) yang bertugas di sebuah sekolah kurang murid di Kapit, Sarawak.

Melalui forum yang dijalankan dalam talian, pensyarah dan pelajar IPGM Kampus Ipoh kursus EDUP3143 berpeluang memahami konsep, objektif dan kaedah pelaksanaan PdP bagi sekolah dalam hospital dan sekolah kurang murid.









Kongsi:

27.03.2024 : Tahniah kepada Dr. Vasuki dan Dr Chelvi : Program KPPB : Pembelajaran Interaktif Merentas Kurikulum di SJKT Dovenby, Sg Siput.

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Vasuki Muniandy dan Dr Chelvi Murugayya Pensyarah Akademik  JIP, IPG Kampus Ipoh yang telah berjaya menjalankan program KPPB seperti berikut:

1. Program: Program KPPB : Pembelajaran Interaktif Merentas Kurikulum

2. ⁠Tarikh: 27 Mac 2024

3. ⁠Masa: 1.30-4.30 pm

4. ⁠Tempat: SJKT DOVENBY, SG SIPUT

Program ini bertujuan untuk mengisi program tahunan bagi pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta meningkatkan lagi komitmen pelatih terhadap aktiviti kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan . Selain itu program ini dapat dijadikan pengalaman dan satu tanda permulaan untuk memberi keyakinan dan keseronokan kepada murid-murid sekolah untuk mempelajari subjek-subjek berkaitan melalui pengaplikasian ICT. Selain itu melalui program ini juga dapat diterapkan nilai teras Madani seperti kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat-menghormati dan keyakinan.





Kongsi:

25.03.2024 : Tahniah Unit Prasekolah : Program Kesedaran Kesihatan Gigi Prasekolah Seri Mawar IPGMK IPOH

Syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Gigi Prasekolah Seri Mawar IPGMK IPOH pada 25 Mac 2024, anjuran bersama Unit Prasekolah JIP dan Klinik Pergigian Dr. Karthi.

Program dan lawatan dari ini telah dihadiri oleh murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Guru dan AJK dari kalangan ibubapa murid Prasekolah. Turut hadir ialah Ketua Unit Prasekolah En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab dan Guru Prasekolah ialah Norzety Abdul Aziz.

Program dimulakan dengan penerangan tentang kebersihan dan penjagaan gigi dari Dr. Devia dibantu oleh dengan seorang pembantu doktor tersebut, Cik Putri.

Mereka juga telah mengajar cara dan teknik yang betul untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi.

Murid-murid amat berminat dengan aktiviti menggosok gigi dengan betul yang dijalankan oleh pihak dari klinik berkenaan. 

Murid-murid Prasekolah juga kelihatan gembira apabila diberikan saguhati yang menarik dari klinik berkenaan.

Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang penjagaan gigi mereka dari pakar pergigian.






Kongsi:

19.03.2024 : Tahniah Unit Prasekolah : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Dua Hala Bersama Murid Prasekolah.

Syabas dan Tahniah kepada Unit Prasekolah, JIP yang terlibat dalam  Program kunjung bantu aktiviti luar bilik darjah subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) pada 19.03.2024 (Selasa) di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh.

Program telah dihadiri oleh murid-murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Ketua Unit Prasekolah dan Guru Prasekolah. 

Program ini dimulakan dengan penerangan tentang pembahagian 1 orang murid dengan 1 orang guru pelatih Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kaedah pelaksanaan aktiviti empat bidang kegiatan PSV oleh pensyarah Unit Y9 iaitu Puan Salzuriawani Binti Ridzwan. 

Setiap guru pelatih telah memilih bidang masing-masing untuk memberikan latihan dan bimbingan untuk murid-murid yang dipilih. Mereka telah mengajar dan memberikan bimbingan berkaitan bidang seperti lukisan, catan, kolaj dan sebagainya. Murid-murid amat berminat dengan aktiviti Pendidikan Seni Visual yang mereka pelajari. Murid-murid juga kelihatan gembira apabila diberikan hadiah-hadiah yang menarik daripada pihak Unit Y9. 

Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang aktiviti-aktiviti seni yang lebih menarik secara langsung kepada guru pelatih dan menerusi bimbingan tersebut guru pelatih dapat mengenal pasti minat murid prasekolah dalam pelbagai bidang.









Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1